Pada masa kini seakan menjadi isu utama atau isu biasa dalam rumah tangga suami terutamanya yang 24 jam hanya berkepit dengan telefon bimbit mereka.
Malah lebih teruk ada yang langsung tidak hiraukan isteri dengan anak dan membiarkan isteri seorang membuat kerja rumah. Stres pula jadinya bila ada suami yang begini seolah-olah hidup dalam dunia mereka sendiri.
Kadang-kadang pelik juga, apa yang membuatkannya melekat sangat dengan telefon bimbit itu sedangkan anak menjerit dalam rumah bagai nak pecah rumah, dia masih boleh relaks menghadap telefon bimbit.
Mulalah isteri nak naik hantukan? Sudahlah penat menguruskan hal rumah, suami pula langsung tidak mahu membantu. Ada bagaikan tiada saja. Bila dah sibuk sangat dengan handphone, bukan saja anak tidak dilayan, tetapi isteri dilupakan dan tak terlayan.
Telefon bimbit dan suami tak boleh ‘berpisah’? Ini cara ‘ceraikan’ mereka
Tips ini dikongsikan Taufiq Razif, Ketua Pegawai Eksekutif TheProParenting, yang berkongsikan bagaimana isterinya memisahkannya dengan telefon bimbit.
Ini antara yang dikongsikan lelaki berkenaan:
Ramai rupanya isteri ada masalah suami asyik sangat main handphone sampai takde masa nak layan isteri. Saya mengaku saya pun dulu tergolong dalam golongan suami yang macam tu. Orang bisnes memang matanya macam kena pukau dengan skrin handphone sikit tapi kalau si isteri tahu cara nak atasinya, memang benda ni ada ubatnya.
5 teknik pisahkan suami dengan telefon bimbit
#1. Dia akan berhias cantik macam puteri raja.
Dia tahu lelaki ni akan kalah dengan visualnya sendiri. Memang dia tahu kelemahan suami adalah pada matanya jadi dia gunakan benda ni untuk mengalahkan godaan handphone tu.
Jadi dah ada tips kan? So isteri bolehlah gunakan teknik ini untuk memukau suami anda! Jangan duduk diam saja, berhiaslah. Anda pasti akan menang.
#2. Dia akan banyak bertanya
Sebenarnya dia nak alihkan perhatian saya je tapi memang berkesan la sebab otak lelaki ni bukan multitasking macam perempuan. Tak ramai lelaki yang ada bakat untuk jawab soalan sambil main handphone. Kena fokus buat satu benda je.
Jadi anda boleh gunakan cara ini. Ajak suami bersembang, kalau bersembang topik yang dia suka mungkin lagi cepat anda boleh tarik perhatiannya. Anda lebih mengenalinya jadi anda lebih tahu!
#3. Dia ajak ajak saya berjalan ataupun keluar makan
Saya kan memang driver tetap dia. Mana la kita mampu nak drive sambil main handphone kan. Kadang-kadang handphone pun kita campak entah ke mana kalau nak memandu.
Bila dah keluar, memang telefon bimbit jarang kita hiraukan. Jadi ajaklah suami anda keluar, buat peraturan tiada telefon di meja makan atau apa saja. Jadikan peraturan ini peraturan wajib dalam keluarga. Ada yang pernah buat, memang menjadi!
#4. Dia akan guna kabel charger kita ataupun buat-buat pinjam powerbank kita
Suami ni pulak kalau isteri dah minta nak pinjam takkan tak bagi kan. Jadi termagu la kita seharian sambil menunggu handphone si dia dicas penuh.
Tak terfikir kan cara ini? So boleh cuba buatlah selepas ini. Biarkan dia tertunggu-tunggu barang yang kita pinjam itu. Nak main telefon bimbit lama-lama sangat pun takut bateri habis kan, So cubalah cara ini pula!
#5. Dia akan guna apa sahaja cara untuk distract perhatian saya terhadap handphone
Tiba-tiba je dia boleh masuk ke bilik sambil bawa buah epal la buah anggur la semata-mata nak alihkan perhatian saya. Paling dasyat sekali dia bawak masuk anak-anak. Mana boleh tahan! Comel kot! Terus saya letak handphone dan peluk cium anak saya! Argh!
Kita perlu bantu suami agar dia tidak terlalu bergantung dengan ‘kawan baik’ nya itu. Cuba tarik perhatiannya dengan cara ini pula. Mana tahu anda dan anak-anak akan menang pula. Tiada ruginya anda mencuba, boleh cuba semua cara yang dikongsikan itu.
Mungkin ia akan menjadikan? Tak cuba, tak tahukan? Jom cuba!
Ingatkan suami bahaya terlalu melekat dengan handphone!
Apa pun kita kena educate suami masing-masing tentang Electronic Screen Syndrome. Bagitahu suami elok-elok atau share artikel ni kat suami tentang efek buruk kalau duk mengadap je skrin handphone dan laptop tu. Antaranya :
- Menyebabkan penurunan kemampuan kognitif
- Mata jadi kering dan retina mata boleh rosak
- Susah nak tidur
- Emosi tak stabil
- Lebih cenderung untuk kena Metabolic Syndrome seperti kencing manis, kegemukan dan tekanan darah tinggi
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Taufiq Razif
Baca juga:
Untuk suami yang tak mahu letak telefon dan bersembang dengan isterinya…