Biasanya, kebanyakan orang telinga pekak disebabkan oleh kecacatan dari kecil atau golongan warga emas yang kualiti pendengarannya semakin berkurangan akibat proses penuaan namun agak mengejutkan pada masa kini orang muda juga mengalami masalah tersebut.
Hal ini disebabkan oleh gaya hidup terkini yang menyebabkan generasi muda terdedah dengan pelbagai gangguan bunyi seperti kerap memakai ear phone untuk mendengar muzik atau memakai head phone ketika bermain games.
Hari ini kita kerap melihat remaja menggunakan ear phone sebagai satu cara mendengar muzik. Malah ia juga satu cara untuk “tidak mahu berkomunikasi” dengan orang sebelah selain dilihat agak stylo penggunaannya.
Berkongsi dalam sebuah bebenang di Twitter, Dr. Samhan menyatakan kebimbangan dengan trend remaja masa kini yang mana penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh menyebabkan telinga pekak.
Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pernah melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi(alat audio, konsert & tempat kerja).
Tips Elak Telinga Pekak Di Usia Muda
Dr. Samhan turut berkongsi tips menggunakan earbud atau earphone bagi mengelakan masalah pendengaran. Berikut adalah antara saranannya :
1) Elak penggunaan earbud
Earbud mempunyai speaker kecil dengan volume besar yang mampu memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai di luar telinga. Gantikan penggunaan earbud kepada headphone.
2) Tetapkan setiap penggunaan earphone tidak lebih dari 90 minit
Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan earphone/headphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh mengganggu fungsi otak. Oleh itu, setiap 90 minit penggunaan earphone, kalian harus rehatkan telinga agar kesihatan telinga tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.
3) Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan
Telinga kita memerlukan 16 jam untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.
4) Tetapkan tahap bunyi tidak lebih dari separuh
Kekalkan penggunaan volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang darinya. Biasakan diri mendengar bunyi dengan volume yang rendah kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga mengalami rosak yang teruk.
5) Minimum penggunaan earphone
Bagi yang gemar memakai earphone 24 jam sehari, siang dan malam. Tabiat sebegini harus di buang, ingat telinga adalah salah satu anggota badan kita juga dan memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Bahaya tindik telinga bayi yang ramai ibu bapa terlepas pandang!
Baca juga : Jangan Mencium Telinga Bayi Kalau Anda Tak Mahu Gegendang Telinganya Pecah!
Baca juga : Anda Suka Korek Telinga? Hati -Hati Boleh Mengakibatkan Gegendang Telinga Pecah!