Pengantin Lelaki Ini Selamba Pakai Baju Kahwin Tema Doraemon, Alahai Comelnya!

Bila bercakap tentang tema perkahwinan, pasti anda terbayang imej "raja sehari", kan? Tapi lelaki ini nekad mengambil tema Doraemon untuk perkahwinannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila bercakap tentang tema perkahwinan, pasti anda terbayang betapa indahnya pelamin dihias dengan lampu berkilapan, dan warna baju secocok yang menaikkan lagi aura “raja sehari”. 

Sebab itu pasangan suami isteri yang melangsungkan perkahwinan akan memilih tema dan warna kegemaran mereka. 

Tapi, pernah tak anda terfikir tentang tema perkahwinan Doraemon? Doraemon memang tidak asing lagi di Malaysia. Siapa yang tak kenal watak kucing robot Jepun ini, kan?

Dan dek terlalu dekat dan menyukai kartun Doraemon ini, ada seorang lelaki di Malaysia yang akhirnya mengambil keputusan untuk memakai baju Melayu bertemakan Doraemon!

Alahan comelnya…. Tak percaya jom tengok gambar-gambar ini.

Tema perkahwinan versi Doraemon – Comel tak?

Lelaki yang bernama Abann Dass itu telah mencipta tema perkahwinan versi Doraemon yang sungguh comel! 

Semuanya berlaku pada tanggal 16 November lalu di perkahwinannya. Baju Melayu yang dipakai Abann dicetak dengan karakter terkenal Doraemon seperti Doraemon sendiri, Nobita, Sizuka, Suneo dan Giant.

Kredit gambar: Facebook Abann Dass

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Facebook Abann Dass

Menurut The Star Online, pada mulanya, Abann hanya ingin memakai Baju Melayu tersebut untuk gambar perkahwinannya.

Namun, dia mengubah fikiran dan akhirnya memilih Doraemon sebagai tema perkahwinan terus!

Apa pandangan pasangannya tentang tema perkahwinan Doraemon ini?

Pengantin perempuan tersebut dilaporkan pada mulanya “malu” dan risau dengan pandangan orang lain, akan tetapi, dia akhirnya setuju dengan permintaan Abann Dass. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Abann Dass dipetik mengatakan – 

“Dia mula-mula tidak mahu saya memakainya. Dia malu apa orang akan cakap. Tapi saya yakinkan dia. Saya cakap kalau you sayangkan I, pakai sekejap pun tak apa.”

Walau bagaimanapun, pengantin perempuan itu memohon agar semua pihak tidak memuatnaik gambar pakaiannya ke atas lain.

Kredit gambar: Facebook Abann Dass

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Facebook Abann Dass

Ha… apa pandangan anda? Ada tak yang berani untuk cuba tema perkahwinan yang lain dari lain ini?

Jika ada yang berminat, jom kami bantu anda tentang 5 tema perkahwinan lain yang rare lagi pelik di seluruh Malaysia, sumbangan Says Seismik.

Mana tahu ada yang berkenan!

5 tema perkahwinan yang aneh dan lain dari lain

1. Tema perkahwinan Power Rangers

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: robot6.comicbookresources.com

Majlis ini dikatakan berlangsung di Rawang, Selangor. Rakan-rakan kepada pengantin sengaja memberi kejutan dengan bertukar ke Power Rangers ketika majlis resepsi.

2. Tema perkahwinan superhero Kamen Rider

Untuk majlis perkahwinan yang tidak kurang uniknya ini, pengantin lelaki itu sendiri dikatakan amat menyukai animasi Kamen Rider.

Jadi, dia menyimpan angan-angan untuk mengadakan majlis perkahwinan bertemakan Kamen Rider. Tak sangka impiannya jadi kenyataan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: www.amazingify.com

3. Tema Star Wars perkahwinan 

Oleh sebab terlalu meminati filem aksi Star Wars, ada pasangan yang memilih tema “Star Wars” untuk hari bersejarah mereka. 

Yang menariknya tentang tema perkahwinan ini, pasangan pengantin terbabit bukan saja membuat majlis bertemakan Star Wars, malah hantaran mereka juga merupakan alat-alat dari filem tersebut. Wah, hebat!

Kredit gambar: inarasouza.blogspot.com

4. Majlis perkahwinan bertemakan Football Club Arsenal

Pasangan ini merealisasikan perkahwinan idaman mereka dengan menjadikan pasukan bola kegemaran, Arsenal sebagai tema majlis.

Malah padang bola sepak mini turut disediakan bagi menaikkan mood bola sepak sewaktu majlis berlangsung! 

Kredit gambar: Atikah/Twitter

5. Majlis perkahwinan tema “Di Bangku Sekolah”

Ada kenangan unik di sebalik majlis perkahwinan tema sekolah ini. Menurut sumber, pasangan pengantin ini telah mengenali satu sama lain sejak zaman sekolah lagi.

Oleh sebab tidak menyangka hubungan ini akan kekal hingga ke jinjang pelamin, mereka sengaja throwback semua kenangan dengan tema perkahwinan “sekolah”.

Wah, comel kan?

Kredit gambar: Titik Cahaya/Facebook

Ha… ada tak yang anda berkenan?

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Mothership SG, Says Seismik

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcontoh-kad-kahwin/

Penulis

Ayu Idris