Tempat Bayar Zakat Fitrah Ikut Negeri Asal Atau Tempat Mencari Rezeki? Ini Jawapannya

Pernah tak terfikir sama ada tempat bayar zakat fitrah ikut negeri asal atau tempat bekerja? Ini penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tinggal berbaki satu dua hari sahaja lagi, pasti anda tertanya-tanya mana satu tempat bayar zakat fitrah yang lebih afdal? Sama ada ikut negeri asal atau tempat mencari rezeki?

Tempat Bayar Zakat Fitrah, Lebih Afdal Di Tempat Tinggal Sendiri

Menurut artikel Irsyad Al-Fatwa ke-35 yang diterbitkan menerusi laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, zafat fitrah adalah lebih afdal jika dibayar di tempat tinggal masing-masing.

Dalam erti kata lain, seseorang itu dituntut membayar zakat fitrah di mana dia berada pada waktu wajib zakat ditunaikan iaitu bermula pada malam raya sehingga sebelum solat sunat hari raya.

Walau bagaimanapun, kita boleh bayar sehari atau dua hari sebelum hari raya bagi mengelakkan kita membayarnya dengan tergopoh-gapah mengejar waktu yang menyebabkan terlepas menunaikan zakat firah pada waktu wajib dilakukan.

Seperti mana yang dilakukan oleh para sahabat, Ibn Umar RA:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

كَانُوا يُعْطُونَ صَدَقَةَ الفِطْر قَبْلَ العِيدِ بِيَومٍ او يَوْمَينِ

Maksudnya : “Mereka di kalangan sahabat menunaikan zakat fitrah sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu Wajib Bayar Zakat Fitrah

Waktu afdal bayar zakat fitrah adalah pada hari terakhir Ramadan iaitu pada malam raya sehingga sebelum solat hari raya.

Harus membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan, manakala menjadi makruh sekiranya dibayar selepas selesai solat sunat raya.

Melewatkan pembayaran sehingga luput 1 Syawal pula hukumnya adalah haram.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai umat islam, kita mestilah cakna dan peka dengan waktu pembayaran zakat fitrah supaya dapat mengelakkan kita tergolong dalam golongan yang sengaja melewatkan membayar zakat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Zakat Fitrah 2024: Hukum, Syarat Wajib & Kadar Zakat

Baca juga: Bayi Dalam Kandungan Perlu Zakat Fitrah, Hukum Dalam Islam Yang Ayah Perlu Tahu

Baca juga: Hari Raya Aidilfitri: Sejarah Bermulanya Hari Raya & Cara Menyambut Aidilfitiri Ikut Sunnah

Penulis

Noorhidayah