Tempat Best Pavilion Bukit Jalil Yang Mampu Milik Untuk Bonding Dengan Keluarga, Wajib Pergi!

Bukit Jalil Pavilion tidak hanya menawarkan pengalaman membeli-belah, ia satu-satunya mall yang mesra keluarga dan kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tibanya cuti hujung minggu ataupun cuti sekolah, mungkin ada ibu ayah yang mula memikirkan tempat untuk healing dengan anak-anak. Sekali sekala apa salahnya bawa mereka cipta memori indah bersama, malah boleh kuatkan lagi hubungan keluarga.

Jika anda tiada idea untuk bawa anak berjalan, apa kata bawa mereka ke satu-satunya pusat membeli belah mesra keluarga dan kanak-kanak ini- Pavilion Bukit Jalil. Jangan risau kerana di sini harganya adalah berpatutan mengikut bajet anda.

Bagaimana Untuk Pergi Ke Pavilion Bukit Jalil

Bila dengar mall Pavilion, mungkin ramai yang ingat ia adalah untuk golongan kaya yang sukakan jenama mewah. Namun sebenarnya tanggapan anda adalah salah kerana Pavilion Bukit Jalil menawarkan kelainan berbanding pusat membeli-belah yang lain.

Hal ini kerana ia dibina dengan konsep Mesra Keluarga. Maknanya pusat membeli belah ini sesuai untuk semua peringkat usia.

Ada tempat untuk kanak-kanak bermain, ada banyak pilihan untuk aktiviti bersama keluarga, malah jika ibu-ibu nak me-time, Pavilion Bukit Jalil antara lokasi yang sangat disyorkan!

Jika anda memandu kenderaan sendiri, berikut beberapa panduan perjalanan untuk pergi ke Pavilion Bukit Jalil:

  • Dari MRR2/KESAS, anda boleh memasuki ruang parkir pusat membeli-belah ini melalui Car Park Entrance E
  • Dari Lebuhraya KL-Seremban/ Sungai Besi/ MEX, anda boleh memasuki pusat membeli belah ini melalui Car Park Entrance D
  • Dari LDP/KESAS, anda boleh memasuki Pavilion Bukit Jalil melalui Car Park Entrance A,B,C dan D

Sekiranya ingin menaiki pengangkutan awam:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Stesen MRT & LRT Pavilion Bukit Jalil yang terdekat adalah Awan Besar. Jika ingin berjalan kaki, ia memakan masa lebih kurang 21 minit.
  • Hentian Bas yang terdekat dengan Pavilion Bukit Jalil adalah Aurora Place (Kl2026). Jika berjalan kaki, ia mengambil masa lebih kurang 6 minit sahaja.

Makanan Sedap Di Pavilion Bukit Jalil

Baru-baru ini kami berkesempatan untuk menerokai apa yang best di Pavilion Bukit Jalil. Kali ini kami bawa anak-anak bersama kerana ramai yang mengesyorkan dan mengakui Pavilion Bukit Jalil adalah Family-Friendly mall.

Untuk aktiviti pertama, mestilah acara makan-makan! Perut kenyang, barulah hati akan senang untuk jalan-jalan dengan anak.

Untuk tempat makanan sedap di Pavilion Bukit Jalil, kami memilih restoran yang menawarkan konsep buffet atau makan tanpa had kerana ia lebih berbaloi. 

#1. BBQ Town

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lokasi: Lot 4.53.00, 4.54.00, 4.56.00, Level 4 (Zon Merah Jambu)

Untuk anda yang inginkan pengalaman menjamu selera dengan konsep BBQ 2-dalam-1 dan shabu-shabu, BBQ Town antara pilihan paling tepat!

BBQ Town ialah restoran gaya bufet yang menggabungkan BBQ dengan shabu-shabu, dengan daging lembu, kambing, ayam, udang, sushi dan sayur-sayuran tanpa had.

Berikut harga BBQ Town:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips: Jika anda ingin meluangkan masa 65 minit di BBQ Town, boleh ambil pakej Express Lunch kerana harganya lebih murah. Untuk anak yang masih kecil, perlukan penjagaan ekstra bagi mengelakkan mereka menyentuh dapur gril yang panas.

#2. Facial Treatment Di Shiseido Ginza Tokyo

Lokasi:

Seterusnya, tempat best di Pavilion Bukit Jalil untuk ibu-ibu me time adalah Shiseido Ginza Tokyo. Kami amat memahami bahawa tugas seorang ibu bukanlah mudah, jadual yang padat kerana menguruskan rumah tangga hingga kadang-kadang tiada masa langsung untuk menjaga kulit wajah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pengetahuan anda, Shiseido menawarkan produk berkualiti tinggi dalam penjagaan kulit, solekan dan pewangi yang mencerahkan dan anti-penuaan dengan teknologi selama 145 tahun.

Kali ini kami memilih untuk mencuba rawatan wajah di Shiseido Ginza Tokyo yang menawarkan harga yang mampu milik dan mesra poket ibu-ibu.

Essential Energy Reactivate Your Skin’s Sensors oleh Shiseido membawa visi sains hayat generasi akan datang kepada kulit anda. Menghidupkan semula keupayaannya untuk bertindak balas terhadap penjagaan kulit, mengekalkan kelembapan untuk menangani kulit wajah kusam, tidak berseri dan penampilan garis halus.

Lakukan rawatan wajah dengan tekstur dan wangian ini membuatkan kulit anda menjadi lebih lembut, lebih licin dan kelihatan lebih sihat. 

Tempoh masa untuk facial: 90 minit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harga: RM180

#3. Alha Alfa Cosmetics Pavilion Bukit Jalil

Setelah siap melakukan facial, seterusnya kami berkesempatan mengunjungi cawangan Alha Alfa Cosmetics Pavilion Bukit Jalil.

Jangan tidak tahu, ini adalah jenama solekan dan penjagaan wajah tempatan yang berkualiti tinggi, setanding antarabangsa dengan harga mampu milik.

Melangkah sahaja masuk ke kedai ini, mata anda pastinya akan terpukau kerana ada banyak pilihan produk penjagaan wajah dan juga alat solekan yang menjadi satu keperluan buat wanita.

Jika anda tidak tahu jenis produk mana yang bersesuaian dengan kulit wajah, jangan malu untuk meminta bantuan staff Alha Alfa kerana mereka sedia memberikan penerangan dan mengesyorkan produk terbaik untuk anda. 

Kali ini kami diberikan peluang sesi Make Over oleh staff Alha Alfa bernama Firdaus dengan solekan gaya ringkas tanpa menggunakan foundation. Berikut langkah solekan menggunakan produk Alha Alfa:

  1. Bersihkan wajah menggunakan Alha Alfa Facial Cleanser & Makeup Remover
  2. Semburan wajah Alha Alfa Long Lasting Makeup Setting Spray. Setting spray ini adalah untuk ‘mengunci’solekan selama 12 jam tanpa meleleh, merekah, pudar, memindahkan atau mengendap menjadi garis halus.
  3. Pemakaian serum Alha Alfa Centella Skin Booster. Manfaatnya adalah untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan dan mengembalikan keanjalan kulit.
  4. Loose Powder: Super Stay Fixing Powder. Ia bersifat sangat kalis air dan sesuai untuk mereka yang jenis cepat berpeluh. 
  5. Adunkan pembayang mata menggunakan Pressed Powder Palette Alha Alfa Cosmetics, yang membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa.
  6. Maskara menggunakan Dimensional Mascara Alha Alfa. Solekan anda tidak akan lengkap tanpa mengenakan sedikit maskara. Penggunaannya amat penting untuk melebatkan, melentikkan atau menebalkan bulu mata yang pendek.
  7. Akhir sekali, calitkan bibir dengan Alha Alfa Gradient Lips Edition untuk kelihatan lebih berseri. Ia diperkaya dengan Avocado butter dan Argan oil untuk mengelakkan bibir kering.

#4. Little Pirates Playland Pavilion Bukit Jalil

Seterusnya kami bawa anak-anak bermain di Little Pirates Playland. Ia adalah taman permainanan indoor kanak-kanak  yang paling besar dan luas iaitu 16,000 kaki persegi!

Jangan lupa untuk bawa bersama sepasang stoking anda dan anak sebelum memasuki taman permainan ini. Orang dewasa pun dah terpegun dan teruja melihat ada pelbagai jenis mainan, inikan pula anak-anak.

Untuk harga tiket Little Pirates Playland, boleh rujuk gambar di bawah. Kami mengatakan ia adalah pelaburan yang sangat berbaloi kerana anda boleh akses ke taman ini selama sehari bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Maksudnya jika anda dan anak-anak ingin keluar seketika dan masuk semula, ia adalah boleh dan tidak dilarang. Berikut mengapa anda perlu bawa anak ke Little Pirates Playland:

  • Little Pirates Playland di Pavilion Bukit Jalil ialah taman permainan indoor yang direka untuk kanak-kanak meneroka, bermain dan belajar dalam persekitaran yang selamat dan merangsang.
  • Ia menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan pendidikan, termasuk lubang bola, dinding panjat mini, trampolin dan kawasan permainan lembut untuk kanak-kanak.
  • Taman permainan ini juga menampilkan pelbagai kawasan main peranan, termasuk kapal lanun, pasar raya, dan dapur, yang membolehkan kanak-kanak menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka.
  • Little Pirates Playland juga menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk keluarga, termasuk kafe, bilik penjagaan dan bilik parti hari jadi.
  • Bilik penyusuan juga tersedia. Ia adalah ruang yang selesa dan peribadi untuk ibu menyusu atau mengepam.

Tiada had umur untuk memasuki Little Pirates Playland. Untuk tiket kanak-kanak, ia bermula 1 tahun hingga 17 tahun. Bayi yang berusia 12 bulan kebawah perlu bawa dokumen pengenalan diri seperti Mykid atau sijil lahir.

Tips untuk pergi Little Pirates Playland: Jangan lupa bawa stokin dan termos minuman. Untuk kurang kesesakan dan lebih privasi, bolehlah datang ke Little Pirates Playland sewaktu hari bekerja. Anak-anak boleh main dengan bebas.

Kesimpulannya, satu hari tidak akan cukup untuk anda menjelajahi tempat best di Pavilion Bukit Jalil kerana ia bukan sekadar menyediakan pengalaman membeli belah sahaja. Malah, menawarkan pelbagai untuk aktiviti bersama keluarga seperti karaoke, menjamu selera serta taman permainan indoor kanak kanak. 

Untuk maklumat lanjut dan rujukan tempat best di Pavilion Bukit jalil, anda boleh terus ke laman web rasmi Pavilion Bukit Jalil.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia