Tempat duduk baby sepatutnya dapat memastikan anak kita selamat dan terjamin, namun satu laporan baru-baru ini menjumpai yang sesetengah tempat duduk kereta kanak-kanak mungkin diperbuat daripada bahan kimia toksik dan berbahaya yang boleh membahayakan anak-anak kita.
Tempat duduk baby mengandungi bahan kimia berbahaya
Laporan ini adalah berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Ecology Center di United Kingdom. Ecology Center telah menguji tempat duduk kanak-kanak selama sepuluh tahun, menjejak perbezaan bahan kimia yang digunakan di dalam pembuatan tempat duduk itu.
Mereka menemui penebat api di dalam 15 jenis tempat duduk kereta kanak-kanak yang mereka uji, dan ia digunakan di dalam fabrik tempat duduk tersebut. Bahan kimia penebat api ini mengandungi karsinogen, pengganggu hormon dan bahan toksik mengganggu tumbesaran yang bahaya terutamanya kepada bayi.
Untuk yang pertama kalinya, mereka tidak menemui logam plumbum
Walaupun berita yang sangat mengejutkan, tempat duduk kereta kanak-kanak menunjukan progres yang signifikasi apabila dilihat dalam penyingkiran bahan kimia paling bahaya yang digunakan satu masa dahulu di dalam pembuatan tempat duduk anak.
Pembaikan yang signifikasi untuk kali pertama di dalam 10 tahun yang mereka telah melakukan kajian ini, mereka menemui yang tidak ada satu pun tempat duduk kanak-kanak mengandungi bahan kimia logam plumbum dan tris klorin, satu lagi bahan kimia yang merosakan dan bahaya serta mempunyai risiko penyebab kanser.
Penebat api adalah penting kerana ia diperlukan untuk menepati standard keselamatan dan kesihatan. Namun, para pengkaji berkata yang pihak pembuat boleh menepati standard ini dengan mula menggunakan bahan kimia yang bebas kimia, tidak karsinogen.
Kajian ini juga menunjukan bertapa penting untuk ibu bapa tahu bahan kimia yang terkandung di dalam bahan yang digunakan anak-anak, kerana sesetengah produk mesra kanak-kanak mungkin boleh jadi sangat membahayakan.
Apakah bahan kimia isi rumah yang biasa?
- Bisphenol-A, atau BPA. Biasanya boleh dijumpai di tin dan bekas makanan, BPA boleh menyebabkan pengurangan produksi sperma untuk lelaki, akil baligh awal bagi perempuan dan masalah kesuburan bagi lelaki dan perempuan.
- Dioxins. Dioxins adalah bahan kimia peluntur kertas dan pulpa kayu meletakan dioxins yang sangat tinggi di dalam udara dan air. Dioxins banyak boleh ditemui di dalam lampin pakai buang dan pad pakai buang wanita. Dioxins boleh menyebabkan ketidak suburan, diabetis, endometriosis, masalah imunisasi badan, tahap testosteron yang rendah, dan keguguran.
- Atrazine. Atrazine ialah bahan kimia yang boleh ditemui di dalam sayur-sayuran kerana ia adalah racun herba. Ia boleh menyebabkan masalah ketidak suburan untuk manusia dan juga sangat dikenali sebagai punca ikan dan katak jantan bertukar menjadi betina.
- Pthalates. Pthalates mengganggu testosteron dan estradiol, iaitu hormon yang memberi kesan terhadap pembentukan payu dada, dan jumlah yang terlampau banyak menyebabkan kanser payu dara. Pthalates sering dijumpai di dalam pembuatan lantai, langsir tandas, kulit sintetik dan produk PVC vinyl.
- Plumbum. Plumbum memang sangat selalu dijumpai di dalam barangan rumah termasuk air dari paip lama, cat dan juga penapis paip. Plumbum yang tinggi boleh menyebabkan keracunan plumbum dan kematian