Isu parkir berganda atau ‘double park’ sering terjadi kerana tempat letak kereta yang disediakan begitu terhad sehingga tidak mencukupi keperluan orang awam.
Fenomena ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat sehingga ada di antaranya berakhir dengan pergaduhan dan melibatkan campur tangan dari pihak polis.
Menghalang kenderaan keluar dari tempat letak kereta
Isu ‘double park’ yang terjadi dalam negara sering dimuat naik dalam media sosial sehingga perkongsian tersebut meraih perhatian netizen.
Segelintir masyarakat Malaysia kini didapati semakin kurang bertimbang rasa untuk meninggalkan nombor telefon agar senang dihubungi ketika keretanya menghalang laluan orang lain.
Hal yang lebih teruk adalah mereka meninggalkan begitu sahaja kereta untuk jangka masa yang lama dengan tidak menurunkan brek tangan sehingga menyusahkan pemilik kenderaan lain untuk keluar dari tempat letak kereta.
Ada yang berang apabila berhadapan dengan situasi ini sehingga bertindak di luar kawalan dengan alasan mahu ‘mengajar’ pemilik kenderaan berkenaan dengan menconteng kereta.
Bukan itu sahaja, ada juga yang bertindak merempuh kenderaan tersebut meskipun telah berkali-kali mereka menekan hon bagi menyedarkan pemilik kereta berkenaan.
Nota & ‘hadiah’ untuk pemilik kereta yang parkir berganda
Namun, berbeza dengan perkongsian dari seorang pengguna Twitter apabila dia menggunakan cara ‘halus’ untuk memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menghalang keretanya.
Kongsinya, dia yang perlu menghadiri majlis perkahwinan rakannya terpaksa menunggu dari pagi sehingga ke petang.
Namun, nasibnya kurang baik kerana pemilik kereta tersebut masih tidak kelihatan.
Terdetik dalam hatinya untuk menggunakan servis e-hailing, namun setelah menyemak jarak dan kos pengangkutan untuk ke majlis berkenaan agak mahal dan dia mengambil keputusan membatalkan sahaja niatnya.
Pastinya, timbul rasa geram dan marah sekiranya anda berhadapan dengan manusia yang mementingkan kesenangan dirinya sahaja tanpa rasa bersalah.
Pemuda ini menyangkakan pemilik kenderaan tersebut hanya meletakkan sebentar sahaja parkir di belakang keretanya.
Sehingga 18 jam menunggu, tuan kereta tersebut masih tidak mengalihkan kenderaannya itu dan Syafiq terlepas untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan rakannya.
Difahamkan masalah tersebut telah selesai keesokan paginya apabila pemuda itu melihat kenderaan yang menghalangnya tidak lagi berada di situ.
Apa yang menarik perhatian warganet, lelaki ini bertindak menulis sepucuk nota dan ‘hadiah istimewa’ kepada pemandu tidak bertanggungjawab tersebut.
”Kepada Bod**,
Terima kasih menghalang kereta saya. Sila guna ‘benda’ (kondom) ini sebaiknya sebab kami tidak mahu orang seperti kamu.”
Panduan double parking yang betul
#1. Sekiranya anda menggunakan kenderaan jenis Auto, pastikan gear kereta anda diletakkan pada kedudukan ‘N’.
#2. Jangan menarik atau mengangkat brek tangan (hand break)
#3. Ini sangat penting! Rajinkanlah diri anda untuk mengambil secebis kertas dan menulis nombor telefon anda dengan jelas dan paparkannya di atas dash board.
#4. Pastikan diri anda berada tidak terlalu jauh dari kenderaan anda. Hal ini penting untuk menyedarkan anda sekiranya pemilik kenderaan dalam tempat letak kereta ingin keluar.
#5. Sentiasa peka terhadap bunyi hon. Hal ini penting ya sekiranya pemilik kenderaan yang dihalang mempunyai masalah telefon dan tidak dapat untuk menghubungi anda, pastinya dia akan menekan hon bagi menyedarkan anda untuk mengalih segera kereta.
Kesalahan menghalang laluan
Sudah jelas bahawa tindakan double park ini menjadi satu kesalahan sekiranya anda memberi kesusahan kepada orang lain.
Menurut Ketua Trafik Kuala Lumpur SAC Mahamad Akhir Darus, kesalahan parkir berganda bukan sahaja menyebabkan kereta ditunda, malah anda juga perlu membayar denda sebanyak RM300 mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam hal ini, sesiapa yang menghentikan kenderaan di seberang jalan raya secara berbahaya atau yang menyusahkan pengguna lain boleh dikenakan denda dari RM1000 sehingga RM5 000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Jika anda adalah pegawai awam seperti polis atau pegawai pengangkutan yang melakukan kesalahan ini, Seksyen 48 (2) Akta Pengangkutan Jalan membenarkan pihak berkuasa untuk mengapit (clamp) kenderaan anda.
Langkah berhadapan dengan isu double parking
Pelbagai cara boleh dilakukan termasuklah anda perlu menunggu beberapa minit dan membunyikan hon dengan harapan pemilik kenderaan tersebut akan muncul.
Sekiranya anda telah menunggu beberapa minit dan tiada tindakan dari pemilik kenderaan berkenaan, anda boleh terus menghubungi pegawai trafik atau majlis perbandaran.
Mereka akan menunda kenderaan yang menghalang laluan di tempat letak kereta selaras dengan peruntukan undang-undang.
Elakkan dari bertindak melanggar kereta yang ‘double park’ kerana anda juga akan didapati melakukan jenayah.
Biarkan sahaja pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi pesalah parkir berganda ini.
Walaupun perbuatan double parking tidak boleh dibiarkan tetapi perlakuan itu sendiri tidak memberi kuasa kepada yang disekat untuk mengambil tindakan di tangan sendiri.
Adalah lebih baik untuk menangani keadaan dengan cara yang tenang berbanding dengan tindak balas melulu dan boleh mendatangkan masalah yang lain.
Fenomena double parking ini bukannya sesuatu yang baru. Masalah ini telah meningkat berlipat ganda sejak sepuluh tahun kebelakangan ini.
Bagi mengekalkan keadaan yang harmoni, anda perlu bergantung sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.combuang-sampah