5 tempat menarik anda harus melawat bersama anak anda di Malaysia

Lokasi-Lokasi dibawah bukan sahaja menarik, malah, anda boleh meluangkan masa besama keluarga tercinta sambil menimba ilmu bersama anak tersayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak tempat yang menarik dan unik boleh didapati di Malaysia yang sesuai dilawati pada bila bila masa sahaja kerana lokasi lokasi tempat ini, terletak di Kuala Lumpur dan Selangor.

1. Farm In The City (FITC), Seri Kembangan, Selangor

Terletak di Taman Equine, Seri Kembangan di antara Kuala Lumpur dan Putrajaya, Farm in the City (FITC) adalah suatu tempat yang bertemakan perkampungan di bandar dan masa perjalanan ke lokasi ini adalah dibawah 1 jam.

Di sini, anda dan anak-anak dapat melihat dan memegang lebih daripada 100 spesis haiwan eksotik dan yang jarang dapat dilihat. Selain daripada itu, anda juga dapat melihat pelbagai jenis pokok buahan yang ditanam di kawasan FITC serta kebun sayuran.

Konsep terbuka Farm In The City juga membuatnya amat popular dikalangan sekolah yang sering melawat lokasi ini untuk lawatan sambil belajar. (https://www.fitc.com.my/)

2. Kidzania, Mutiara Damansara, Selangor

Kidzania adalah tempat di mana impian kerjaya anak-anak anda direalisasikan. Mereka dapat mempelajari tentang pengalaman dan situasi sebenar di alam pekerjaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka akan seronok mengalami senario sebagai seorang doktor, bomba, juruterbang, pengacara TV dan lain lain. Di sini mereka juga boleh mendaftar ke kelas persolekkan, masakan dan juga kelas seni.

Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang keselamatan mereka, kerana mereka akan sentiasa dipantau oleh pekerja-pekerja di sana. (https://www.kidzania.com.my/)

3. Aquaria & Petrosains, KLCC, Kuala Lumpur.

Kedua-dua tempat menarik ini terletak di dalam bangunan yang sama dan berhampiran. Aquaria terletak di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Dan menempatkan 250 spesis yg berbeza dan lebih daripada 5,000 haiwan daratan dan lautan dari Malaysia dan seluruh dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga boleh menyertai program “Dive With Sharks” atau “Cage Rage” yang membolehkan anda menyelam bersama haiwan lautan yang garang. Anak anak anda pula akan seronok di “Oceanarium”; terowong dengan laluan pejalan kaki yang bergerak selama 90 meter dan “Deep Forest”; Dua akuarium bertaraf dunia yang mempamerkan haiwan & hidupan laut dari Malaysia dan Amazon. (https://aquariaklcc.com/ )

Bagi anak-anak yang meminati bidang sains, Petrosains Discovery Centre akan membuat mereka sangat teruja. Petrosains menawarkan informasi-informasi mengenai sains dan teknologi. Menggunakan konsep pembelajaran interaktif dan menyeronokkan untuk menarik minat anak-anak anda tentang ilmu sains.

Perjalanan anda bemula dengan “Dark Ride”; Trek yang berbentuk seperti penurunan minyak, perjalanan membawa anda melalui persekitaran yang gelap dan tenang menampilkan hutan hujan Malaysia , gunung dan pemandangan air. Diikuti dengan dunia molekul nano, teknologi angkasa lepas, Geotime Diorama, Teater 3D dan banyak lagi. (https://www.petrosains.com.my/ )

4. Jumpstreet Trampoline Park, Petaling Jaya, Selangor

Jumpstreet adalah satu tempat yang memang unik dan seronok untuk semua umur. Ia memang unik kerana pelbagai trampolin yang dipasang dari lantai hingga ke dinding dan lokasinya adalah gedung yang diubahsuai untuk memuatkan fasiliti jumpstreet ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, salah satu ciri yang menarik adalah “Foam Pit”; yang membolehkan anda melompat kedalam foam foam yang lembut. Anda bukan sahaja akan melompat-lompat sahaja, tetapi, terdapat “instrutor” yang akan mengajar anda melompat stail-stail yang berlainan dan anda boleh ke peringkat seterusnya. (https://jumpstreetasia.com/ )

5. Skytrex Adventure, Shah Alam, Selangor

Skytrex Adventure adalah aktiviti sukan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Skytrex Adventure memberikan pengalaman 'sky-trekking' dari pokok ke pokok yang pertama di Malaysia di mana anda boleh terbang dan hayun dari pelbagai halangan dari udara yang digantung di atas pokok.

Anda juga dapat menikmati kesegaran udara dari hutan hujan Malaysia tropika yang akan menyegarkan fikiran anda. Aktiviti-aktiviti di sini juga amat sesuai bagi kanak-kanak yang suka aktiviti luar dan lasak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga haruslah bersedia untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini bersama mereka. Jadi, pastikan stamina anda cukup kuat sebelum membuat keputusan membawa mereka ke sini. (https://www.skytrex-adventure.com/ )

Penulis

Michelle Goh