7 hotel terapung di Malaysia yang romantik, sesuai untuk honeymoon dan bercuti

Siapa kata tiada tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon? Berikut antara 11 hotel terapung yang penuh romantik, sesuai untuk honeymoon atau bercuti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa kata tiada tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon?

11 hotel terapung yang kami senaraikan di bawah ini pasti akan buat anda excited untuk pergi bulan madu atau bercuti di Malaysia saja.

Tentulah best kan kalau dapat hotel atas air dengan suasana romantik, tenang, indah dan jauh dari hiruk-piruk kota?

Dengan 11 hotel terapung ini, anda tak payah pergi bercuti atau berbulan madu di luar negara, tak payah bayar tiket flight yang mahal! 

11 tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon dan bercuti

1. Mabul Water Bungalows

Salah satu tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon yang amat terkenal di kalangan pelancong ialah Mabul Water Bungalows di perairan Pulau Mabul, Sabah.

Yang seronoknya, resort ini telah dinobatkan sebagai “the best dive bases in the world” kerana kejernihan airnya! Memang best melakukan aktiviti menyelam di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Ciao Pass

Jika anda tidak berminat untuk menyelam, jangan risau. Anda masih boleh melihat pemandangan hidupan marin hanya dari tingkap balkoni anda. 

Bilik-bilik di sini sungguh luas dan moden, namun direka dengan bentuk tradisional. Jangan risau, masih ada kemudahan internet di sini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk menempah, sila layari laman web berikut: MabulWaterBungalows.com

Alamat: Pulau Mabul, Sabah, Malaysia

2. Gayana & Bunga Raya Eco Resort

Gayana & Bunga Raya Eco Resort terletak di Pulau Gaya, luar Pantai Borneo. Jika anda mahu ke resort ini, ambil feri percuma dari Terminal Feri Kota Kinabalu. 

Resort yang cukup menarik ini menawarkan layanan 1st Class! Aktiviti air seperti snorkelling dan kayak diberi secara percuma. Sarapan pagi juga boleh dihantar ke bilik anda jika anda tak mahu meninggalkan bilik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila sampai saja di sini, anda akan nampak puncak Gunung Kinabalu dengan jelas. Jangan lupa bawa kamera kalis air jika anda mahu ke sini. Barulah berbaloi! 

Resort ini turut menyediakan rawatan spa, pusat pemulihan haiwan dan bermacam-macam lagi aktiviti menarik. 

Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Untuk menempah, sila layari laman web Gayana Eco-Resort.com.

Alamat: Malohom Bay Pulau Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

3. Pom Pom Island Resort & Spa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: RanRanAnn

Tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon ini terletak 50 minit dari jeti Semporna. Jadi, anda perlu menaiki bot untuk ke tempatnya.

Kerana jauh dari kesibukan kota, anda pasti merasakan diri seolah-olah di syurga menyaksikan ketenangan dan pelbagai hidupan marin di sini. 

Malah, anda juga masih boleh merehatkan badan dengan rawatan spa, bermain bola tampar, jungle trekking, berlayar dan menikmati pemandangan tapak sulaiman. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk membuat tempahan, sila layari laman web PomPomIsland.com

Alamat: A-2-1 Jalan Karamunsing | Lorong Kapital, Block A, 2nd Floor, Pulau Sipadan 88000, Malaysia

4. Lexis Hibiscus, Port Dickson

Jika anda mendambakan percutian yang cukup mewah namun penuh privasi, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda.

Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, resort Lexis Hibiscus menawarkan kolam renang dalam bilik setiap pengunjung.

Malah, anda juga boleh melihat pemandangan laut lepas terus dari balkoni bilik anda. Tak payah sibuk-sibuk nak keluar dan cari baju yang sesuai. Semuanya dalam bilik anda saja!

Yang paling best… resort ini juga meletakkan sauna dalam setiap biliknya! Wow! Untuk membuat tempahan, sila ke laman web  Lexis Hibiscus PD.

Alamat: Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia

5. Pangkor Laut Resort

Resort ini dibina di atas pulau persendirian di Pangkor Laut. Jadi, untuk sampai ke resort ini, anda perlu menaiki bot laju dari Marina Island, Pangkor. 

Jauh dari sebarang gangguan bunyi atau udara, inilah resort yang menawarkan taman tropika malah laut yang indah.

Anda boleh melakukan apa-apa saja di sini kerana keseluruhan pulau di Pangkor Laut Resort ini memang disediakan khas buat pengunjung. Wow, dahsyat kan? 

Untuk membuat tempahan, sila layari  PangkorLautResort.com.

Alamat: Pangkor Laut Island, Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak, Malaysia

6. Dragon Inn, Semporna

Pernah tak anda dengar tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon ini? Dragon Inn Semporna direka mengikut gambaran kampung air masyarakat Bajau.

Resort ini tidak terlalu jauh dari bandar, namun anda masih dapat merasakan suasana kampung yang tenang. Apa yang bestnya, di sini juga ada Live Fish Open Aquarium di mana anda boleh tengok hidupan marin!

Yang membuatkan tempat ini amat istimewa kerana gelarannya iaitu Royal Resort kerana kekerapannya menerima lawatan diRaja. Wow!

Untuk melakukan tempahan, sila layari Dragon Inn Semporna

Alamat: Dragon Inn (Floating Hotel) Jalan Kastam, 91307 Semporna

7. Avani Hotel Sepang

Siapa yang tak teringin untuk pergi bercuti menenangkan fikiran dengan bajet yang murah saja, kan? Kali ini, anda sudah tahu mana nak pergi!

Avani Hotel, Sepang merupakan satu tempat yang amat menakjubkan, sudahlah murah! Kalau lihat matahari terbenam di sini, sungguh cantik… 

Bolehlah anda merehatkan minda dan mencari ketenangan dari riuh bandaraya.  Jangan risau, soal keselasaan di sini memang tip top. 

Untuk tempahan, sila layari laman web  AvaniHotels.com.

Alamat: Sepang Goldcoast, No. 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, 43950 Kampong Bagan Lalang

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber rujukan: Mai Singgah, The Vocket

Baca juga:

https://my.theasianparent.compercutian-menarik-di-asia/

 

Penulis

Ayu Idris