5 Lokasi Romantis Berhujung Minggu, Untuk Pengantin Baru Apa Tunggu Lagi?

Baik percutian resort, glamping mahupun percutian bandar, pilih saja mana yang bersesuaian dengan anda! Kami sediakan lima tempat menarik untuk honeymoon yang mampu menyulam asmara buat pasangan pengantin baru ataupun lama!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda baru melangsungkan perkahwinan waktu PKP ini mesti tercari-cari tempat menarik untuk honeymoon yang mana tidak ramai orang, yang tenang dari kesibukan kota dan dalam masa yang sama tidak ingin pergi terlalu jauh dari Kuala Lumpur, cukuplah yang boleh pergi kala hujung minggu saja. 

Lebih-lebih lagi sekarang dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi eloklah jika pergi sekadar yang dekat-dekat. Malah tidak banyak tempat percutian yang buka sepenuhnya, ada bahagian dan kemudahan yang masih tidak dibuka sehinggalah PKPP berakhir sepenuhnya. 

5 tempat menarik untuk honeymoon

Baik percutian resort, glamping mahupun percutian bandar, pilih saja mana yang bersesuaian dengan anda! Kami sediakan lima tempat menarik untuk honeymoon yang mampu menyulam asmara buat pasangan pengantin baru ataupun lama!

#1. Tiarasa Escape Glamping Resort

Foto: Tiarasa Escape

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Telah dibuka kembali pada 12 Jun yang lepas. Resort ini telah meningkatkan tahap keselamatan dan kebersihan bagi menjanjikan satu percutian yang terjamin selamat buat anda yang ingin menginap di perkhemahan mewah ini. 

Hadir dengan 20 jenis khemah safari dan empat rumah pokok untuk anda diami dengan selesa di tanah seluas 7 ekar ini. Malah Tiarasa Escape juga menjanjikan ‘Absolutely No Crowd’ di perkhemahan mewah yang terletak di Janda Baik ini. 

Mengambil masa hanya 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur, Tiarasa Escape ini menawarkan satu pengalaman semula jadi yang cukup menarik malah aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan (bagi percutian keluarga). 

Harga bermula RM1,089 satu malam.

#2. Avani Sepang Goldcoast Resort

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Trip Advisor

Cantiknya melihat pemandangan resort ini dari atas. Susunan chalet atas air ini membentuk sebuah pokok palm yang sangat unik. Resort ini baru dibuka awal bulan ini, kesan dari PKP dan proses menaiktaraf penginapan serta keselamatan berlandaskan SOP dan normal baru. 

Bertempat di Bagan Lalang, Selangor, ia hanya mengambil masa selama 40 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Jadi tidak perlu naik kapal terbang atau memandu jauh-jauh untuk menikmati pemandangan laut yang indah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Avani Sepang Goldcoast Resort ini hadir dengan 315 villa atas air inspirasi dari Polynesia di lokasi pantai persendirian. Mempunyai lima outlet makanan dan minuman serta kemudahan seperti AvaniKids dan AvaniSpa untuk ibu bapa memanjakan diri tanpa gangguan anak-anak. 

Namun perlu diingat, sesetengah kemudahan masih belum dibuka atas dasar-dasar kebersihan dan keselamatan. 

Harga promosi sempena pembukaan kembali bermula dengan harga serendah RM324 satu malam. 

#3. Mandara Tree Villa

Bertempat di Janda Baik, lokasi ini sangatlah dekat sekiranya anda menetap di kawasan Lembah Klang dan KL. Boleh menginap satu malam bersama yang tersayang. Suasana hijau semula jadi ini buat anda mahu berkepit saja dengan pasangan. 

Rekaan villa dengan kayu tradisional ini sangatlah klasik tapi dalamannya masih mengekalkan ciri moden klasik. Anda boleh tempah villa satu bilik untuk honeymoon, manakala sekiranya anda ingin kembali bersama keluarga mereka juga menawarkan villa lebih daripada satu bilik. 

#4. The Shorea

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terletak di Seremban, Negeri Sembilan, lokasi yang juga tidak terlalu jauh dari bandar. Tapi ia menjanjikan alam semula jadi yang cukup menenangkan. Villa ini mungkin sedikit mahal, tapi ia hadir dengan kolam renang infinity membuat anda tidak senang duduk untuk berenang. 

Terdapat pelbagai jenis villa yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian. Harga penginapan satu malam bermula dengan RM610.

#5. Kloe Hotel

Untuk pasangan bandar yang masih gemarkan ciri percutian yang moden lagi chic! Inilah pilihan yang tepat. Hotel ini baru dibuka pada bulan Mac tahun ini. Dan menariknya, ia telah menerima respon yang cukup menggalakkan terutama dari golongan milenial. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hotel ini mempunyai sebanyak 80 bilik dan 5 artist lofts, namun waktu PKP ini mereka menghadkan bilangan pengunjung bagi memastikan keselamatan dan keselesaan terjamin. 

Anda boleh membuat tempahan secara menerus di laman web Kloe Hotel ini dengan harga bermula RM240 satu malam. 

Prosedur Operasi Standard (SOP) hotel dan pusat peranginan sepanjang PKPP

  • Semua pengunjung dan staf hotel perlu lakukan ujian suhu semasa masuk premis. 
  • Semua permukaan di tempat penginapan akan disanitasi setiap masa. 
  • Pelitup muka perlu dipakai setiap masa.
  • Hand sanitizer tanpa sentuh disediakan di setiap kemasukan premis. 
  • Untuk memastikan penjarakan sosial diamalkan, jarak satu meter antara satu sama lain perlu dipatuhi pada setiap ruang menunggu. 
  • Setiap meja di restoran akan dijarakkan satu meter antara satu sama lain. 
  • Setiap staf pusat penginapan perlu membuat ujian suhu sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Tips Melancong Dengan Anak Kecil