9 Tempat Percutian Di Perak Yang Menarik & Wajib Dikunjungi Seisi Keluarga

Anda sedang mencari lokasi menarik untuk cuti-cuti Malaysia bersama keluarga tercinta? Apa kata rancang perjalanan anda ke tempat percutian di Perak ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perak adalah salah sebuah negeri di pantai Barat Semenanjung Malaysia yang terbesar dan ada pelbagai tempat percutian menarik. Berikut antara 9 tempat percutian di Perak yang mungkin anda belum tahu.

Jom ambil masa cuti panjang ini untuk bawa sanak-keluarga ke 9 tempat percutian di Perak ini. Bolehlah kalian merapatkan hubungan silaturahim, malah menenangkan fikiran sebentar!

Baca juga: Elak Anak Moody Ketika Bercuti, Ini Tips Mudah Bawa Bekal Bayi Yang Sedap & Berkhasiat!

9 tempat percutian di Perak yang menarik buat seisi keluarga

1. Kuala Sepetang

foto: shutterstock

Kuala Sepetang adalah sebuah kampung perikanan yang kaya dengan keindahan semula jadi.

Apa yang paling best dekat sini adalah aktiviti makan-makan sebab semua seafood di sini sungguh segar! Selain seafood, mee udang juga amat popular di sini.

Selepas anda dan keluarga makan-makan, kalian bolehlah buat pelbagai aktiviti lain dalam tempat perlancongan di Perak ini. Antaranya seperti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • lawat kilang arang tradisional
  • naik bot/memancing dengan nelayan
  • tengok kelip-kelip

2. Teluk Senangin

credit to sources

Teluk Senangin yang terletak di Lumut ini antara salah satu pantai yang popular untuk anda bawa sekeluarga bercuti.

Oleh sebab ia tak sepopular Pulau Pangkor atau Teluk Batik, anda bolehlah menetap di sini dengan tenang dan santai. Sambil itu, buat apa-apa aktiviti sukan air. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Royal Belum State Park

credit to sources

Hutan hujan di Royal Belum ini berusia 130 juta tahun dan antara yang paling tertua di dunia!

Antara tarikan yang menarik di tempat percutian ini adalah air terjun Sungai Kooi dan Sungai Papan. Nak tengok binatang liar pun boleh di sini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Tasik Banding

credit to sources

Jom lupakan kesibukan di kota dan gangguan TV mahupun media sosial dengan melawat tasik buatan ini! Lagi best jika anda sewa housebot dan bermalam di atas tasik!

Tasik Temenggor di Pulau Banding juga merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Perak! 

5. Hutan Lipur Ulu Kenas

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air terjun di Hutan Lipur Ulu Kenas antara salah satu air terjun yang popular di Kuala Kangsar.

Jalan nak masuk ke dalam Hutan Lipur Ulu Kenas ini sungguh mudah dan hanya sejauh 13km dari pekan Kuala Kangsar. 

Apa yang best di sini adalah ia merupakan hutan dipterokarpa yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan. Jadi, kawasannya memang bersih!

Anda boleh 

  • mandi sungai
  • berkelah
  • berkhemah
  • jungle trekking 

6. Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Lata Tebing Tinggi adalah salah satu air terjun yang terkenal di Daerah Selama, Perak. 

Selain itu, daerah ini juga mempunyai sungai dan tasik yang masih terpelihara. Homestay juga ditawarkan bagi pengunjung yang merangkumi pakej lawatan ke lokasi pelancongan yang lain di sekitarnya.

8. Pulau Orang Utan

credit to sources

Orang Utan antara spesies haiwan yang makin terancam kini. Kalau di Malaysia, orang Utan terkenal dan boleh dilihat dengan lebih dekat di kepulauan Borneo, Sabah. 

Tapi kini, di Perak pun anda sudah boleh melihat orang Utan! Dekat mana lagi kalau bukan di Pulau Orang Utan ini! 

Di sini, anda akan disambut oleh hampir 20 ekor orang utan. Pulau ini merupakan lokasi pakar sains membuat kajian tentang spesies terancam ini.

Apabila membuka pulau ini pada orang awam, kita akan lebih mengenali orang Utan dan tidak sewenang-wenangnya membiarkan haiwan ini pupus.

Jom bawa anak-anak kita tengok orang Utan! Pasti mereka excited!

9. Bukit Larut

credit to sources

Bukit Larut antara tempat percutian di Perak yang paling popular. Kalau waktu cuti sekolah, memang penuh orang di sini! 

Bukit Larut atau lebih dikenali sebagai Maxwell Hill terkenal sebab ia destinasi yang sangat ideal untuk anda sekeluarga yang mendambakan ketenangan. Nak berbulan madu pun seronok di sini!

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Bukit Larut ialah:

  • lihat pemandangan sunset dari puncak bukit
  • lihat bunga-bunga liar di sekitarnya
  • lihat unggas-unggas
  • jungle trekking

Ha… bagaimana? Menarik tak 9 tempat percutian di Perak ini? Jom luangkan masa kita dengan membawa ahli keluarga ke tempat-tempat yang disenaraikan di atas!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Bidadari.my, Cari Destinasi

Penulis

Ayu Idris