Kajian mengatakan tempoh untuk pulih trauma bersalin adalah setahun

Berapa lama agaknya masa diambil untuk pulih daripada bersalin dan “kembali bergetah”? Menurut kajian ini, tempoh untuk pulih mungkin lebih panjang berbanding yang dikatakan doktor pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor pakar menegaskan wanita perlu sekurang-kurangnya 6 minggu untuk pulih daripada trauma bersalin. Namun, menurut laporan The Daily Mail, sebuah kajian menegaskan wanita perlu tempoh yang lebih panjang untuk pulih!

Dr Julie Wray dari Universiti Salford telah menemuramah beberapa wanita yang melalui tempoh pulih selama 2-3 minggu, 3 bulan, dan 6-7 bulan selepas bersalin untuk mendapatkan pencerahan tentang bagaimana wanita pulih daripada bersalin.

Wanita-wanita ini mengatakan tempoh selama 6 minggu untuk pulih adalah “mustahil & sebuah fantasi”! Tempoh yang sewajarnya adalah setahun. Mereka juga dilaporkan berasa kecewa dengan kekurangan penjagaan berpantang selepas tempoh 6 minggu yang ditetapkan.

“Masa diambil untuk pulih mungkin lebih panjang daripada 6 minggu”

Dr. Wray dalam sebuah kenyataan media mengulas “kajian menunjukkan wanita perlu perkhidmatan selepas bersalin yang lebih realistik dan mesra pelanggan. Tempoh untuk pulih adalah lebih panjang berbanding selama 6 minggu, dan mereka harus diberi sokongan walaupun selepas tempoh 6 hingga 8 bulan selepas bersalin.”

Setahun adalah tempoh yang ideal. Menurut The Huffington Post, komplikasi kesihatan seperti pemisahan otot perut (diastasis recti), masalah ketahanan lekatan, kesakitan selepas dijahit, atau lantai pelvik tidak berfungsi lebih berpeluang terjadi selepas tempoh 2 tahun bersalin.

Wanita bukan hanya perlu pulih dari segi fizikal selepas bersalin, malah mereka juga memerlukan bantuan dari segi emosi dan psikologi untuk mula menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Wanita yang memiliki kerjaya sebelum bersalin akan menghadapi kesukaran ini. Pemaparan imej keibuan yang tidak realistik di media sosial juga tidak membantu!

Antara pemaparan yang tidak realistik di sosial media adalah imej selebriti/ibu. Jo Lamble, pakar psikologi mendedahkan pada Daily Mail Australia yang masalah ini “mungkin tidak cukup untuk mencetuskan masalah kemurungan selepas bersalin, tapi jika anda sudah terdedah dengan imej tubuh yang tidak realistik atau kemurungan dan kebimbangan, ia mampu memberi kesan sampingan yang buruk”.

“Ia seperti hanya masalah kecil, tapi wanita yang baru menjadi ibu tidak biasa dengannya”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Sue MacDonald daripada Royal College of Midwives, wanita yang baru menjadi seorang ibu tidak berpeluang mendapat akses penjagaan seperti yang sepatutnya. Mereka harus bertahan dengan sebarang ketidakselesaan atau kesakitan kerana gambaran mengatakan ketidakselesaan yang mereka rasai adalah normal.

“Wanita menderita dengan kesakitan seperti sakit belakang dan mudah letih. Ia seperti hanya masalah kecil, tapi wanita yang baru menjadi ibu tidak biasa dengannya,” ulas MacDonald pada Daily Mail.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris