Cedera Parah Sebab Terjatuh Punca Utama Kanak-Kanak Masuk Hospital

Terjatuh bukan lagi kecederaan biasa. Hampir 426,000 kanak-kanak dimasukkan ke wad kecemasan setiap tahun kerana mengalami kecederaan parah di kepala akibat terjatuh daripada basikal, skuter dan kerusi tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terjatuh. Ia mungkin satu perkara biasa di rumah. Anak-anak buas sangat. Mana nak dengar nasihat dan kata-kata kita. Bila mereka jatuh, baru mereka faham erti sakit. Anak lelaki pula lasaknya lain macam!

Kadang-kala, cedera akibat terjatuh mungkin hanya ringan. Tapi masih ada kes kanak-kanak patah tangan atau kaki, tercedera di kepala dan sebagainya kerana insiden ini!

Mungkin begitu cara manusia belajar daripada kesilapan. Tapi, tinjauan terbaru yang dikeluarkan Safe Kids Worldwide merisaukan saya. Hampir 420,000 orang kanak-kanak dilaporkan masuk ke wad kecemasan setiap tahun kerana mengalami kecederaan parah akibat terjatuh!

Kredit gambar: Metro Parent

Dr. Prashant Mahajan, ketua dan pengarah Bahagian Perubatan Kecemasan Kanak-Kanak di Wad Kecemasan Hospital Michigan mengakui laporan ini dan menjelaskan kecederaan akibat terjatuh adalah punca utama kanak-kanak dimasukkan ke hospital. 

Kecederaan parah akibat terjatuh

Kecederaan akibat terjatuh terdiri daripada beberapa kategori. Antaranya ialah terjatuh daripada ketinggian, akibat kenderaan dan kecederaan kepala. 

Dr. Marcee White dari Safe Kids Worldwide mengatakan kecederaan akibat terjatuh sering melibatkan kepatahan, retak dan kecederaan parah di kepala. 

 11% kanak-kanak dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami kecederaan kepala apabila terjatuh akibat bermain permainan sukan tanpa memakai topi keselamatan.

Topi keledar keselamatan memainkan peranan penting di sini. Hampir 68% ibu bapa mengatakan anak-anak mereka memakai topi keledar ketika berbasikal. Tapi, hanya 57% kanak-kanak memakai topi keledar keselamatan!

Kerusi tinggi juga menjadi antara punca utama kanak-kanak yang lebih muda terjatuh. Ramai doktor pakar di wad kecemasan menggalakkan ibu bapa untuk tak menggunakan kerusi tinggi di rumah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Dari segi saintifik, kanak-kanak yang berusia 14 tahun ke bawah (terutamanya 10 tahun) amat berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan kepala akibat terjatuh. Semuanya kerana pusat graviti."

Jelas White lagi, semuanya kerana mereka memiliki pusat graviti yang lebih rendah. Fizikal mereka juga masih belum berkembang dengan secukupnya, maka mereka memiliki tahap keseimbangan yang kurang stabil.

Reaksi mereka ke atas sesuatu kejadian juga masih perlahan dan kurang selaras seperti orang dewasa. Maka, mereka tak berupaya untuk menahan diri daripada terjatuh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah terbaik untuk mengelak kecederaan parah akibat terjatuh adalah dengan memakai topi keledar keselamatan!

Apa ibu bapa boleh buat untuk melindungi si manja mereka?

Risau, kan? Jadi apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di luar sana untuk mengelak anak-anak mereka tercedera parah kerana terjatuh? Berikut antara 5 cara yang boleh dibuat semua ibu bapa:

#1 Peralatan Keselamatan

Ini benda wajib! Kecederaan di bahagian lain mungkin masih boleh disembuhkan, tapi tak kepala. Pakaikan mereka topi keledar keselamatan ketika bermain basikal, kasut roda dan sebagainya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Persediaan Dengan Air

Kecelakaan akibat air juga tak terkecuali antara sebab kanak-kanak tercedera. Paling tragis ia mampu membawa maut! Untuk mengelak insiden ini, pakaikan anak-anak anda jaket keselamatan setiap kali mereka bermain dalam air.

Mereka juga perlu diajar "teknik dan kemahiran di dalam air" yang baik. Seelok-eloknya, ajar mereka berenang. Ibu bapa juga perlu belajar teknik CPR.

#3 Cuaca Panas

Cuaca panas di Malaysia mampu membuatkan anak anda kekurangan air dalam badan. Jika bermain di luar, pakaikan mereka dengan pakaian yang longgar dan berwarna cerah. Galakkan mereka untuk minum banyak air.

#4 Jangan Beri Tekanan Pada Mereka

Jika mereka tercedera ketika bermain sukan, pastikan mereka benar-benar sembuh sebelum boleh kembali bermain. Ia bagi mengelak sebarang kecederaan lanjut.

#Sentiasa berwaspada

Tiada cara lain. Anda dan pasangan harus lebih berwaspada. Mata kena sentiasa terbuka. Pantau segala-galanya. Kanak-kanak yang masih muda akan lebih berisiko untuk tercedera. Sentiasa bersedia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan persekitaran anda selamat, untuk melindungi si manja yang tercinta. Kemalangan dan kecederaan tak dapat dijangka. Jangan terhantuk baru terngadah!

Semoga perkongsian ini membuka mata lebih ramai ibu bapa untuk lebih berwaspada!

Sumber rujukan: Metro Parent, Today, dan Safe Kids Worldwide

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris