Dalam menempuhi kehidupan, setiap orang ada cabarannya. Bagi anak kecil ini, mungkin kesusahan hidup memaksanya mencari rezeki dengan mengutip barang terpakai. Disebabkan lapar dan terlalu letih, kanak-kanak ini dilihat tertidur sambil memeluk guni berisi barang cariannya.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Terlalu letih & lapar, budak tertidur peluk guni lepas cari barang terpakai
- Cara ajar anak survive
Kejadian itu tular di laman media sosial sehingga mendapat perhatian netizen yang simpati dengan keadaan menimpa kanak-kanak itu.
Terlalu letih & lapar, budak tertidur peluk guni lepas cari barang terpakai
Tidak dapat dipastikan siapa kanak-kanak ini, namun difahamkan kejadian berkenaan berlaku di negara jiran iaitu Indonesia.
Namun keprihatinan mereka yang terlihat kejadian itu kemudiannya membantu kanak-kanak berkenaan.
Kanak-kanak yang dilihat berbaju T berwarna merah dengan seluar pendek dan berkaki ayam itu dilihat tertidur dalam keadaan duduk sambil tangannya memegang guni berwarna putih yang berisi barangan terpakai cariannya.
Ia pasti meruntun hati sesiapa saja yang melihat kejadian itu. Di usianya yang kecil yang mana rakan sebaya sibuk bermain mungkin kerana kesempitan hidup memaksa kanak-kanak ini ke luar mencari rezeki dengan kudrat kecilnya.
Semoga dipermudahkan urusan adik ini dalam mencari rezeki.
Cara ajar anak survive ketika ketiadaan ibu atau ayah
Dalam zaman serba mencabar ini, ada baiknya kita ajar anak cara untuk mereka survive sekiranya sesuatu perkara tidak diingini berlaku kepada kita.
Antara yang boleh diajar pada anak termasuklah:
#1. Memasak
Ibu bapa perlu lihatkan anak secara aktif dalam tugas memasak atau beli barang dapur. Pada usia sekurang-kurangnya 9 tahun anak sepatutnya sudah tahu buat perkara asas seperti masak nasi atau goreng telur.
#2. Membaca, menulis
Seawal usia empat tahun, berusahalah untuk ajar anak menulis dan membaca kerana ia boleh digunakan sewaktu kecemasan berlaku.
#3. Menulis surat atau diari
Ini penting jika berlakunya sesuatu kecemasan mereka boleh menulis dan membaca untuk meminta bantuan orang lain dan sebagainya.
#4. Menguruskan wang
Ada baiknya anda ajar mereka mengenal wang dan cara menguruskannya sejak umur 6 tahun lagi.
#5. Seni pertahankan diri
Ini juga penting bagi membolehkan anak mempertahankan dirinya sekiranya cuba diapa-apakan atau diganggu oleh sesiapa saja. Bukan mengajar untuk dia menjadi kasar tetapi sebagai perlindungan dan keselamatan diri mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kalau Rasa Nak Marah Suami, Pandang Wajahnya Dahulu Mungkin Dia Penat Mencari Rezeki
Baca juga: Beginilah perjuangan dan susah-payah seorang ibu mencari rezeki dari mata lelaki
Baca juga: Tak mampu bayar pengasuh, ibu 4 anak ini terpaksa letak anak di kedai dobi