Cemas! Tinggal Anak Untuk Beli Barang, Kereta Pula 'Autolock' Dari Dalam, Anak Tak Bangun

Sepasang suami isteri mengalami detik cemas hampir 10 minit apabila anak perempuan mereka terperangkap dalam kereta yang terkunci sendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian kanak-kanak terperangkap dalam kereta bukan isu baharu malah ia berlaku hampir setiap hari.

Sama ada dilaporkan media atau tidak, kejadian kanak-kanak terperangkap dalam kereta ibarat perkara biasa sedangkan kesannya boleh menyebabkan kematian. 

Terbaharu, sepasang suami isteri mengalami detik cemas hampir 10 minit apabila anak perempuan mereka terperangkap dalam kenderaan yang terkunci sendiri. 

Terperangkap dalam kereta terkunci sendiri

Difahamkan pasangan itu meninggalkan kanak-kanak berusia 10 tahun berkenaan yang sedang tidur di dalam kereta untuk membeli barang di sebuah kedai di kawasan Taman Indah Muar, semalam.

Berdasarkan kenyataan daripada Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mangsa ditinggalkan di dalam kereta itu bersendirian.

Katanya, sebaik pasangan itu kembali, mereka dapati kereta itu terkunci.

Tinggal anak dalam kereta untuk beli barang di kedai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Mereka (pasangan suami isteri) dapati kanak-kanak perempuan itu sedang tidur dalam kereta yang enjinnya masih hidup.

“Pasangan itu dibantu orang awam cuba memanggil untuk mengejutkan kanak-kanak itu dari tidur namun tidak berjaya,” katanya. 

Anggota bomba buka pintu guna peralatan khas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut jurucakap itu, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudian terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta berkenaan. 

Anggota bomba mengambil masa lima minit untuk membuka kenderaan yang terkunci itu dan mangsa dipercayai sudah terperangkap kira-kira 10 minit dalam kereta berkenaan. 

Kanak-kanak perempuan itu kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga dan operasi ditamatkan. 

Tips elak kanak-kanak terkunci dalam kereta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1.Paling asas adalah anda tidak sepatutnya meninggalkan anak dalam kereta bersendirian

2. Jangan sesekali tinggalkan kunci kereta di dalam kereta sewaktu anda meninggalkannya. 

3. Sentiasa bawa kunci pendua dalam dompet, sekiranya ia terjadi, ia boleh jadi penyelamat anda. 

4. Jangan keluar bersendirian bersama mereka, pastikan anda ada membawa remaja atau orang dewasa yang lain 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Jika anda terlalu terpaksa meninggalkan mereka berseorangan dalam kereta, buka sedikit tingkap untuk membenarkan pengaliran udara dan jika sesuatu terjadi mudah untuk anda mencari ruang membuka pintu kenderaan.

Tips elak anak tertinggal dalam kereta

1. Jangan letakkan kerusi keselamatan (carseat) anak di tempat duduk belakang pemandu, ya! Nanti anda mungkin tak perasan dan kemungkinan itu akan tertinggal di dalam kereta keseorangan.

Kawasan di belakang pemandu adalah adalah titik buta (blindspot).  Anda tidak akan melihatnya dengan jelas apabila anda keluar dari kereta, jadi risiko untuk tertinggal anak amat tinggi!

2. Cuba letakkan barangan yang penting di belakang bersama anak. Seperti beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Ini bagi memastikan anda akan pasti toleh di belakang sebelum keluar kereta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak tidak tiba di sekolah atau rumah asuhan pada waktu kebiasaannya. Juga tinggalkan pesan kepada pasangan untuk sentiasa mengingatkan anda terutama jika bertukar rutin. 

6. Guna peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta apabila tiba di destinasi. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety dan  waze.

7. Amalkan untuk memeriksa kenderaan setiap kali keluar

Sebelum  anda mengunci kereta, periksa semua ruang tempat duduk terlebih dulu. Ia boleh mengelakkan anak anda supaya tidak tertinggal dan terkunci dari bahagian dalam kenderaan. 

8.Letakkan label pada pemegang pintu sebelah luar sebagai simbol anak anda ada di dalam kereta. Jadi bila anda lihat itu, automatik anda teringat anak. 

9. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan pastikan anak anda sentiasa berada dalam keadaan yang selamat!

10.Fokus kepada apa yang anda perlu lakukan, elakkan daripada melihat atau bercakap di telefon bimbit ketika menghantar anak ke pengasuh atau sekolah kerana ia mampu menganggu fokus anda. Anda mampu mengubahnya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber :SirapLimauHarian Metro

Baca juga

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Lepas "Terkunci" Dalam Kereta Jiran Sebelah

Penulis

Lala Annuar