Guna Testimoni Palsu Untuk Naikkan Jualan? Haram Di sisi Islam Dan Boleh Didenda!

Tahukah anda bahawa ada segelintir penjual yang mencipta testimoni palsu untuk menarik pelanggan untuk membeli produk mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan testimoni, feedback dan review daripada pelanggan adalah salah satu teknik pemasaran yang digunakan oleh kebanyakan peniaga bagi memasarkan produk atau servis mereka untuk meningkatkan keyakinan pembeli kepada produk mereka.

Ini kerana keyakinan pembeli merupakan satu faktor yang sangat penting untuk membantu pelanggan membeli produk atau melanggan servis daripada seorang peniaga.

Namun tahukah anda bahawa terdapat segelintir penjual yang mencipta feedback atau testimoni palsu untuk menarik pelanggan? Hakikatnya Islam melarang menipu dan bersumpah secara palsu dalam jual beli untuk meningkatkan jualan.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menggunakan testimoni palsu adalah sama seperti perbuatan menipu dan merupakan teknik pemasaran yang tidak beretika.

Testimoni palsu tersebut bertujuan untuk memberi gambaran bahawa produk yang dijual tersebut adalah berkualiti dan terbukti berkesan sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Oleh itu, perbuatan ini adalah sama seperti konsep najasy (tawaran palsu) yang dilarang dalam Islam. Rasullah SAW bersabda: 

وَلَا تَنَاجَشُوا

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Janganlah kamu melakukan Najasy (tawaran palsu).

Riwayat al-Bukhari (6066)

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa najasy atau tawaran palsu ini adalah satu penipuan terancang di pihak penjual yang berperanan untuk menambah daya tarikan pada produk yang dijual dan menyebabkan orang lain terpedaya dengannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

نَجْشًا ‌وَفِي ‌الشَّرْعِ ‌الزِّيَادَةُ ‌فِي ‌ثَمَنِ ‌السِّلْعَةِ مِمَّنْ لَا يُرِيدُ شِرَاءَهَا لِيَقَعَ غَيْرُهُ فِيهَا سُمِّيَ بِذَلِكَ لِأَنَّ النَّاجِشَ يُثِيرُ الرَّغْبَةَ فِي السِّلْعَةِ

Maksudnya: Najasy (tawaran palsu) menurut syarak adalah satu perbuatan menaikkan harga barang oleh orang yang sebenarnya tidak ingin membeli barang tersebut dengan tujuan supaya orang lain terpedaya dengannya. Tindakan tersebut dikenal sebagai najasy kerana penawar palsu (najisy) memainkan peranan dalam menambah daya tarikan pada barang.

Di samping itu, Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari turut menukilkan kata-kata Imam al-Rafi’i yang menyatakan bahawa pelaku najasy adalah suatu maksiat apatah lagi apabila peniaga itu tahu tentang larangan perbuatan tersebut. Tambahan lagi, Imam al-Rafi’i turut menyatakan bahawa agak sukar untuk memperincikan sebab-sebab al-Najasy tersebut diharamkan, tetapi sebab utamanya adalah kerana ada unsur niat untuk merugikan orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh Didenda Mengikut Undang-Undang

Tambahan pula, tindakan menggunakan testimoni palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Individu mengeluarkan iklan palsu mengenai butiran kuantiti, kualiti, harga, keberkesanan dan sebagainya boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun. Manakala pertubuhan boleh didenda tidak lebih RM100,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih RM200,000 bagi kesalahan kedua.

Oleh itu, mana-mana peniaga khususnya peniaga muslim perlu menerapkan sikap jujur dalam melakukan perniagaan. Ini adalah kerana peniaga yang jujur bukan sahaja mendapat keuntungan di dunia terutamanya mendapat kepercayaan daripada pelanggan bahkan peniaga yang jujur juga diberi keistimewaan secara khusus di akhirat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini Senarai Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

Baca juga : Neelofa Kongsi Tips Berniaga Mencecah 50 Juta Jualan

Baca juga : Cara Buat Link Whatsapp Mudah, Betul & Selamat, Tanpa Nombor Dengan Teks Sendiri!

Penulis

Nursyamimi