TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Acara Tahunan Antarabangsa "The Great Cloth Diaper Change (GCDC)" 2017

3 min bacaan
Acara Tahunan Antarabangsa "The Great Cloth Diaper Change (GCDC)" 2017

100 pasangan ibu dan bayi telah mengambil bahagian dalam acara antarabangsa tahunan The Great Cloth Diaper Change (GCDC)!

Ibu Bapa Pengguna Lampin Kain bersama dengan Real Diaper Association, telah menganjurkan acara antarabangsa tahunan The Great Cloth Diaper Change (GCDC) 2017 ketujuh baru-baru ini. Ia telah diadakan pada hari Sabtu, minggu lepas, di The School, Jaya One, sempena Hari Bumi.

Acara Tahunan Antarabangsa The Great Cloth Diaper Change (GCDC) 2017

Saksi-saksi aktiviti rakaman rekod dunia acara GCDC.

Berbilion-bilion lampin pakai buang membanjiri tempat pelupusan sampah setiap tahun, di mana mereka memerlukan ratusan tahun untuk diuraikan. GCDC telah berusaha dengan jayanya selama enam tahun berturut-turut, untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan lampin kain yang lebih mesra alam dan berpatutan berbanding lampin pakai buang.

Manfaat menggunakan lampin untuk bayi

Menurut Dr. Shahreedhan Shahrani, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran GCDC KL 2017, “Di zaman ini, ramai ibu bapa sudah mula menggunakan lampin kain guna semula yang mempunyai banyak manfaat untuk ibu bapa (dan anak mereka). Selain daripada menyumbang kepada pengurangan sisa buangan dan tempat pelupusan sampah, lampin kain sangat menjimatkan, dengan kos separuh daripada kos penggunaan lampin pakai buang.”

“Untuk golongan yang gemarkan fesyen, terdapat pelbagai pilihan corak-corak comel dan menarik. Anda juga tidak perlu risau tentang masalah kebocoran dan bahan kimia mencurigakan yang digunakan untuk meningkatkan kuasa penyerapan lampin pakai buang.”

100 pasangan ibu dan bayi telah mengambil bahagian

Tahun ini, terdapat hampir 200 lokasi GCDC 2017 dari 18 negara yang turut serta, termasuklah Malaysia, Argentina, Australia, Kanada, Chile, Britain, Finland, Indonesia, Jepun, Mexico, Belanda, Panama, Filipina, Puerto Rico, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, dan Amerika Syarikat. Para peserta dari negara-negara ini telah bergabung untuk meningkatkan kesedaran tentang lampin kain di komuniti tempatan dan di seluruh dunia.

100 pasangan ibu dan bayi yang mewakili Malaysia telah mendaftar untuk menjadi sebahagian daripada ribuan peserta GCDC di seluruh dunia.

Acara Tahunan Antarabangsa The Great Cloth Diaper Change (GCDC) 2017

100 pasangan ibu dan bayi selepas rakaman rekod dunia acara GCDC.

Yang turut memeriahkan acara ini:

  • booth-booth produk bayi mesra alam dan semula jadi,
  • ceramah daripada pakar berkenaan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak, penyusuan ibu, asas lampin kain dan mengendong bayi,
  • aktiviti-aktiviti lain untuk seisi keluarga.

Para penceramah yang telah berkongsi ilmu seperti Puan Rita Rahayu Omar, Dr. Ezura Madiana Md. Monoto, Tuan Syed Azmi. Dr. Shahirah Hassan, dan Puan Liza Yaakup, semuanya pakar dalam bidang mereka masing-masing.

Acara ini dijayakan oleh penaja utama The School Jaya One, bersama dengan penaja premium Global Product Solutions, Charlie Banana, dan ISANI Malaysia. Splashtastik Swim School, Paul Tan Automotive News dan 100 lagi penaja lain turut telah menaja cenderahati, hadiah cabutan bertuah, dan makanan.

Tentang The Great Cloth Diaper Change

Acara ini adalah inisiatif peringkat antarabangsa yang dianjurkan dengan sokongan organisasi antarabangsa yang bukan berasaskan keuntungan, Real Diaper Association (RDA), dan diilhamkan oleh Judy Aagard, pemilik Tiny Tots dari Amerika Syarikat. Tujuan acara ini adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa kain lampin pilihan terbaik untuk ibu bapa zaman kini.

‘The Great Cloth Diaper Change’ telah berubah menjadi acara yang menarik dalam usaha memecahkan rekod dunia. Pada tahun 2014, GCDC telah mencipta rekod baru dalam buku Rekod Dunia Guinness di mana 8,459 bayi telah ditukar lampin pada waktu tempatan yang sama.

Acara Tahunan Antarabangsa The Great Cloth Diaper Change (GCDC) 2017

Ahli-ahli jawatankuasa semasa majlis memotong kek

Setiap tahun, GCDC telah berjaya menarik ribuan peserta dari seluruh dunia. Sasaran kami untuk 2017 adalah untuk meningkatkan lagi jumlah negara peserta untuk bersama-sama dalam mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: Great Cloth Diaper Change

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Acara
  • /
  • Acara Tahunan Antarabangsa "The Great Cloth Diaper Change (GCDC)" 2017
Kongsikan:
  • Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

    Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

  • Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

    Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

  • 20 Hadiah Krismas Untuk Menambat Hati Orang Tersayang, Mereka Pasti Suka!

    20 Hadiah Krismas Untuk Menambat Hati Orang Tersayang, Mereka Pasti Suka!

  • Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

    Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

  • Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

    Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

  • 20 Hadiah Krismas Untuk Menambat Hati Orang Tersayang, Mereka Pasti Suka!

    20 Hadiah Krismas Untuk Menambat Hati Orang Tersayang, Mereka Pasti Suka!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham