Duduk Di Rumah Menyebabkan Masalah Lebih Mendalam Seperti Screen Time Berlebihan & Diet Tak Teratur

Keadaan terkurung menyebabkan kanak-kanak tiada had screen time kerana ibu bapa sibuk bekerja dari rumah. Ia mungkin menyebabkan diet anak tidak teratur dan terjejas!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perintah kawalan pergerakan sepanjang pandemik mengakibatkan kebanyakan anak-anak terkurung di rumah. Ibu bapa pula sibuk bekerja, jadi anak-anak bebas untuk menonton skrin tanpa had. Sebenarnya, apabila screen time limit ini tidak dikawal, ia akan mengganggu pemakanan anak-anak.

Ini kerana ibu bapa mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan makanan buat mereka. Ibu bapa yang terpaksa bekerja dari rumah menyebabkan mereka juga tiada pilihan selain memberi anak screen time. 

Malangnya ini menyebabkan had screen time terabai hingga masa anak makan pun mereka masih diberikan menonton skrin digital hanya semata-mata supaya anak tidak mengamuk atau merengek.

Pastikan diet seimbang, elak kesan buruk bergantung kepada skrin digital

Sepanjang perintah kawalan pergerakan, semua terpaksa duduk di rumah menyebabkan ramai anak-anak menjadi kurang aktif. Kami di theAsianparent Malaysia bertanya kepada pembaca apakah kerisauan utama mereka tentang anak-anak sepanjang perintah kawalan pergerakan ini.

1 daripada 4 ibu bapa di Malaysia melalui tinjauan kami mengatakan bahawa mereka risau anak-anak mereka kurang berinterasi dengan orang luar/kanak-kanak lain selain ahli keluarga sendiri manakala 1 per 4 lagi pula risau anak-anak mereka tidak melakukan aktiviti fizikal.

Manakala 1 per 4 daripada ibu bapa pula menyatakan mereka risau had screen time anak-anak (tablet/komputer/telefon/TV) semakin bertambah dan 1 per 4 pula risau akan pendidikan secara talian anak-anak.

Jadi apa yang ibu bapa boleh buat bagi memastikan diet anak menjadi lebih seimbang? Hidangan apakah yang diperlukan agar anak-anak mendapat zat dan vitamin yang mencukupi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, apa yang penting adalah anda sebagai ibu bapa harus bertanggungjawab dalam sentiasa memupuk pemakanan seimbang di rumah. Semuanya bermula di rumah. Jika anda gemar makan makanan ringan, anak-anak juga akan lebih terpengaruh untuk meniru tabiat ini.

Sebaliknya anda digalakkan untuk menjadi role model  yang lebih baik buat mereka. Anda perlu lakukan perubahan pada diri sendiri terlebih dahulu, barulah anak-anak akan turuti. Perubahan ini penting bagi memperkenalkan pemakanan sihat pada anak.

Antara cara-cara yang anda boleh cuba untuk menitikberatkan diet seimbang anak adalah dengan:

#1. Penuhkan pinggan anak dengan sayuran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Shutterstock

Pastikan pinggan anak-anak berwarna-warni dengan sayur-sayuran dan jadikan ia juga sebagai snek anak anda. Anda juga boleh membuat potongan tertentu yang memudahkan anak untuk gengam dan makan. 

Semakin banyak sayur-sayuran dan semakin besar variasinya adalah lebih baik. Usah risau jika anak tidak terus makan sayur-sayuran apabila anda menghidangkannya buat kali pertama. Jangan mudah berputus asa atau memaksa mereka secara keras,  cuba hidangkan sayur-sayuran setiap kali  waktu makan.

Apabila anak mula kenal akan sayur yang dihidangkan, dia akan mula cuba sendiri tanpa paksaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanapun, kentang dan kentang goreng tidak dikira sebagai sayur kerana kesan negatifnya terhadap gula dalam darah. Kentang goreng juga berminyak dan kurang sesuai diberikan sebagai diet seharian anak.1

Sepanjang perintah kawalan pergerakan dan bekerja daripada rumah, kami bertanya kepada komuniti ibu bapa di theAsianparent Malaysia, bagaimana mereka memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi?

1 per 3 daripada ibu bapa mengatakan bahawa mereka akan bangun awal untuk sediakan makanan untuk anak-anak kemudian mereka akan masuk kerja manakala 1 per tiga lagi ujar bahawa mereka menukar kepada susu formula bagi memastikan anak-anak mendapat nutrisi tambahan yang lebih baik.

#2. Pastikan anak makan buah-buahan

Selain sayur-sayuran, anda juga boleh cuba hidangkan buah-buahan segar2 pada anak-anak.

Bagi menarik minat mereka untuk cuba buah-buahan ini, anda boleh memperkenalkan pelbagai jenis buah-buahan dalam warna, bentuk, rasa serta potongan yang berbeza. Sedikit sebanyak, anak akan sedar bahawa anda memperkenalkan mereka pelbagai pilihan agar mereka dapat memilih mana satu yang mereka gemar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, cara lain untuk memujuk anak-anak untuk makan buah-buahan adalah dengan menghidangkannya dalam bentuk smoothie yang sejuk dan lazat! Ajak anak-anak untuk buat smoothie bersama-sama, mereka pasti rasa lebih berpuas hati dengan karya istimewa mereka.

Dugro® Fruit & Veg mengandungi kebaikan NextGen NUTRI dengan zat besi aktif serta tanpa sukrosa yang diperkaya dengan 13 ekstrak buah-buahan dan sayuran.

#3. Hidang protein dan karbohidrat yang sihat

Selain itu, dalam diet pemakanan yang seimbang, anda harus pastikan bahawa anak-anak mendapat protein yang sihat dan mencukupi. Semasa waktu makan, hidangkan lauk-pauk yang berasaskan kekacang, bjiirin, ikan, telur atau protein sihat berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Hadkan pengambilan daging merah dan daging yang diproses seperti daging salai dan sosej. Kajian oleh Harvard School of Public Health mendapati pengambilan daging merah dan daging yang diproses dengan kerap boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2, penyakit jantung koronari, strok serta barah kolorektal3.

Namun begitu, jika anda bimbang anak anda kurang pengambilan makanan yang seimbang akibat memilih makanan, anda boleh bekalkan mereka dengan Dugro® Multi Grains sebagai diet harian tambahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dugro Multi Grains diformulasikan dengan kebaikan NextGen NUTRI dengan zat besi aktif serta diperkaya dengan empat jenis bijirin. Bijirin yang terkandung dalam formulasi itu termasuklah gandum, jagung, beras dan oat yang membantu anak untuk berasa lebih kenyang dan bertenaga sepanjang hari. 

#4. Produk tenusu 

Di pasaran, ada pelbagai jenis produk tenusu seperti keju, yogurt, mentega serta susu. Untuk kanak-kanak yang sedang membesar, mereka amat digalakkan untuk minum susu yang kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh dan minda mereka.

Ibu dan ayah perlu bijak dalam memilih jenis susu yang sesuai untuk anak. Contohnya, susu Dugro® NextGen NUTRI yang mengandungi Zat Besi Aktif dan nutrien-nutrien lain! Ibu bapa juga boleh memastikan Si Manja mendapat perlindungan luaran dan juga dalaman dengan sentiasa melakukan aktiviti seperti senaman ringan dan mengamalkan pemakanan yang baik kerana ia sangat penting untuk Si Manja menghadapi situasi mencabar.

Jadi kukuhkan imuniti dan sokong tumbesaran penuh Si Manja. Dugro® Asli dan Madu Langkah 3, 4 & 5 dan Coklat Langkah 4 & 5 memiliki kandungan DHA tertinggi*, kalsium dan juga tertinggi* zat besi.

Ia juga mengandungi 21 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk Si Manja anda selain kalsium dan dwi protein^ untuk tumbesaran yang baik. 

Jika anda berminat untuk mencuba Dugro, anda boleh mendapatkan sampel percuma Dugro Susu Asli percuma di sini.

#5. Ajar anak minum air

Kredit: Shutterstock

Anak kecil selalu enggan untuk minum air kosong, sebaliknya mereka lebih gemar untuk minum air manis. Malah kajian mendapati kanak-kanak gemarkan air manis akan menjadi lebih gemuk4, boleh mempengaruhi prestasi mereka di sekolah serta menyebabkan perkembangan mereka terbantut.

Jadi ibu bapa harus terapkan tabiat minum air ini sejak awal lagi. Jika boleh, elak hidangkan mereka minuman lain selain air kosong. Lebih baik jika air-air manis tiada di dalam rumah, agar mereka tidak terpengaruh untuk minum. 

Selain itu, anda juga digalakkan untuk lebih kreatif dalam menghidangkan air. Anda boleh cuba letak hirisan timun atau lemon, ataupun letak beberapa ketulan ais agar rasanya lebih sejuk dan nyaman.

Sebagai ibu bapa, ini adalah tugas anda untuk menjaga pemakanan anak3

  • Tetapkan waktu makan yang sesuai untuk seisi keluarga. Kongsi waktu makan dan makan bersama anak-anak anda.
  • Sediakan pelbagai makan seimbang dan daripada semua kumpulan makanan pada setiap waktu makan.
  • Sediakan makanan yang bersesuaian dengan umur anak anda dari segi saiz dan jenis makanan. Contohnya, potong, atau lenyek makanan untuk mengelakkan daripada anak-anak kecil dari tercekik.
  • Bantu anak anda belajar menggunakan sudu atau cawan sehingga mereka dapat makan sendiri.
  • Galakkan anak untuk menyiapkan meja makan dan menyediakan makanan bersama-sama.
  • Hidangkan pilihan pencuci mulut yang sihat, seperti buah dan yogurt.
  • Tunjukkan kepada anak anda cara membaca label dalam pemilihan makanan semasa membeli-belah.
  • Mengelakkan dari makan di restoran makanan segera menunjukkan betapa pentingnya menikmati waktu makan bersama keluarga, sambil makan makanan yang sihat yang dimasak di rumah.

*Dugro Asli dan Madu Langkah 3, 4 & 5 dan Coklat Langkah 4 &5 adalah tertinggi dalam DHA (41.8 mg- 51.2mg/100g), Kalsium dan Zat Besi berbanding jenama lain (setiap 100g), berdasarkan label produk pada Feb 2021 (Harga jualan yang disyorkan kurang daripada RM30 untuk pek 900g/850g) 

^60% Protein dadih 

Rujukan:

  1. Harvard TH. Chan School of Public Health (n.d). Vegetables and Fruits. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/vegetables-and-fruits/
  2. Harvard TH. Chan School of Public Health (n.d). Kid’s Healthy Eating Plate. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/kids-healthy-eating-plate/
  3. Caring for kids.cps.ca (January 2020). Healthy eating for children. https://www.caringforkids.cps.ca/handouts/healthy-living/healthy_eating_for_children
  4. (April 22, 2019). Alan Mozes. Lack of Water Consumption Tied to Kids’ Obesity. Retrieved from www.webmd.com/children/news/20190422/lack-of-water-consumption-tied-to-kids-obesity

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Lala Annuar