Dilemma gaji si isteri lebih besar daripada suami.
Di zaman yang penuh mencabar ini, lelaki biasanya takut untuk melamar wanita yang jauh lebih berpangkat dan bergaji besar. Maklumlah, ego lelaki tercabar kerana kebanyakan perempuan zaman kini lebih memandang lelaki yang berjaya untuk dijadikan suami.
Lain kisahnya dengan Fynn Jamal, seorang pensyarah yang menerima lamaran seorang runner makanan. Dia tidak kisah walaupun tahu status dirinya dan suaminya, seorang runner makanan tidak berada dalam tahap yang sama.
Dia tidak pernah bercinta, tetapi bercinta selepas nikah. Tidak pernah kisah dengan status bakal suaminya yang berstatus biasa. Dia tidak kisah asalkan gaji dan pendapatan yang diperolehi suaminya halal.
Dia juga tidak kisah asalkan mampu mendidik dirinya agar menjadi seorang insan yang lebh baik.
Kisah ini adalah secebis daripada kisah si wanita yang jatuh cinta terhadap lelaki berstatus biasa. Tidak semua wanita memandang harta dan rupa.Wanita yang baik dan ikhlas tidak mengambil kira soal rupa, harta dan status.
Wanita yang baik adalah wanita yang berkahwin dengan lelaki bukan kerana agama, kerana dia tahu lelaki yang da sayangi mampu mendidiknya ke arah tujuan hidup yang baik.
Gambar dari laman Facebook Fynn Jamal
Lelaki yang baik ialah lelaki yang mampu mengubah isterinya menjadi seorang wanita sederhana dan tidak taksub terhadap keduniaan semata-mata.
Wanita yang baik ialah wanita yang berada disamping suaminya di kalau senang atau susah sehingga berjaya. Bagaimana tangan yang menggoncang buaian mampu menggegar dunia. Di balik kejayaan seorang lelaki ada wanita di belakangnya.
Sebagai contoh, kejayaan Dato Aliff Syukri dalam membina empayar perniagaannya adalah kerana isteri di belakang yang sentiasa setia menyokong suaminya di masa senang atau susah.
Oleh itu, jika menginginkan sebuah perkahwian yang berkekalan sehingga ke akhir hayat, rupa, pangkat dan harta tidak penting. Yang paling penting sekali, bagaimana lelaki membina hidup dalam dunia yang penuh mencabar di samping isteri yang sentiasa menyokongnya di kala senang atau susah.
Buktinya, vokalis kumpulan Hujan, Noh berjaya mengubah isterinya Mizz Nina seorang penyanyi daripada seoarang wanita yang berpenampilan moden kepada seorang wanita berpenampilan sopan dan bertudung litup dan boleh menjadi contoh ikutan masyarakat yang lain.
Mizz Nina juga tidak memandang harta, walaupun beliau lahir daripada latar belakang keluarga berpengaruh, tetapi beliau menerima suaminya seadanya kerana dia yakin suaminya seorang lelaki yang baik dan mampu membimbingnya menjadi seorang yang baik walaupun suaminya tidak berharta.
Kesimpulannya, wanita berhati mulia tidak akan kisah akan status lelaki yang dikahwini dan menerima lelaki yang menyayanginya seadanya.
Gambar dan cerita dari laman Facebook Fynn Jamal
Artikel juga dari Siakap Keli