3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit

Kajian membuktikan kanak-kanak yang tidur lebih awal akan lebih sihat dan kurang risiko berpenyakit. Tapi macam mana nak bagi anak senang tidur awal?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidur lebih awal bagus untuk kanak-kanak

Tidur awal — Saintis telah lama membuktikan yang kanak-kanak tak cukup tidur memiliki risiko tinggi untuk mengalami obesiti.

Tapi, kajian terbaru pula mendapati semakin lambat mereka tidur, semakin banyak masalah kesihatan yang mereka akan hadapi! Bukan setakat obesiti saja. 

Jadi, kajian menguji kebaikan tidur awal pula. Pengkaji menguji hampir 977 kanak-kanak. Keputusan yang mereka perolehi amat memberangsangkan!

Tidur awal mendatangkan kebaikan pada kesihatan anak anda.

Kanak-kanak yang tidur lebih awal akan mendapat lebih banyak rehat. Malah, mereka juga kurang mengalami masalah tidur seperti bangun di tengah malam atau susah untuk tidur.

Tidur lebih awal juga terbukti mengurangkan risiko penyakit, membantu perkembangan minda, dan meningkatkan prestasi kanak-kanak di sekolah!

Tapi, macam mana nak bagi anak tidur awal?

Cakap tentang kajian saja tapi tak praktikkan ia sebagai amalan tak guna juga, kan?

Jadi, macam mana ibu bapa nak buat supaya anak-anak tidur lebih awal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hehe… jom tengok #3 tip yang kami ada.

#3 tip untuk bagi anak senang tidur awal

1. Rutin tidur awal pada waktu yang sama

Tip paling penting untuk pastikan anak senang nak tidur awal setiap malam adalah dengan menyediakan rutin sebelum tidur.

Contohnya: Anda ajar anak untuk gosok gigi mereka sebelum tidur. Kemudian, bacakan sebarang buku yang menarik. Baringkan mereka di katil sambil popok.

https://giphy.com/gifs/bed-VCN6qQbvEylXi

Rutin sebelum tidur akan membentuk kebiasaan pada anak-anak. Jadi, mereka akan terbiasa dan tahu sudah tiba masanya untuk masuk tidur awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Ketepikan semua telefon pintar/teknologi

Untuk kanak-kanak yang sudah besar, mereka mungkin ada telefon pintar atau PS2 atau sebarang mainan games lain yang mereka tak mahu lepaskan.

Waktu tidur adalah waktu untuk berehat. Jadi, pastikan anda telah mengambil atau meletakkan semua teknologi mereka di tempat lain.

Ini supaya mereka tak berjaga. Tip ini juga digunakan oleh Bill Gates! 

3. Anda kena tunjuk contoh

Percayalah, tidur lebih awal bukan saja bagus untuk kanak-kanak, tapi untuk orang dewasa juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab itu anda pun… kena tidur awal

https://giphy.com/gifs/childhood-care-bears-80s-baby-CDVoZtvOq4Io0

Salah satu cara paling berkesan nak tunjuk dekat anak yang tidur ini penting adalah dengan anda sendiri melakukannya.

Kajian dari Oxford Academic mendapati orang dewasa yang tidur awal pada pukul 10 malam (atau lebih awal) jarang menderita penyakit kemurungan atau memikirkan tentang bunuh diri.

Lagipun, lebih awal anda tidur, lebih banyak tenaga anda dapat keesokan harinya.

Berapa jumlah tidur yang cukup untuk anak anda?

The American Academy of Sleep Medicine mendedahkan senarai jumlah waktu tidur yang mencukupi untuk kanak-kanak, iaitu:

  • Bayi (4-12 bulan) perlu tidur sebanyak 12 hingga 16 jam
  • Kanak-kanak (1-2 tahun) perlu 11 hingga 14 jam
  • Kanak-kanak (3-5 tahun) perlu 10 hingga 13 jam
  • Kanak-kanak (6-12 tahun) perlu 9 hingga 12 jam
  • Remaja (13-18 tahun) perlu sekurang-kurangnya 8 hingga 10 jam

Jadi, jom cuba praktikkan rutin waktu tidur dan beri contoh yang sebenar untuk menjaga kesihatan keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan untuk orang lain, untuk anak-anak anda juga!

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Sumber rujukan: CNN, Oxford Academic dan NCBI

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-susah-tidur-penyelesaian/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris