Benarkah Tidur Cukup 8 Jam Tingkat Peluang Untuk Hamil? Ini Saranan Doktor...

Kehamilan ada satu proses, jadi jika mahu ia perlu dirancang oleh empunya badan dan juga penyumbang sperma. Tidur cukup 8 jam juga penting untuk peluang hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan anak untuk mewarnai kehidupan berkeluarga. Menurut kajian tidur cukup 8 jam akan tingkatkan peluang hamil? Adakah ia benar?

Kehamilan ada satu proses, jadi jika mahu ia perlu dirancang oleh empunya badan dan juga penyumbang sperma.

Jika mudah hamil, mungkin tidak perlu merancang tetapi bagi yang sudah menunggu lebih dua tahun, mungkin ada langkah yang perlu anda ambil bagi membolehkan anda hamil seperti yang dirancang.

Tidur cukup tingkat peluang hamil 91%

Ada banyak faktor yang boleh membuatkan wanita memilik peluang besar untuk hamil. Ada kajian yang menemukan tidur malam lebih lama melipatgandakan peluang untuk hamil.

Berdasarkan kajian pakar, tidur malam selama 8 jam akan meningkatkan kesuburan dapat menyeimbangkan hormon dan mengurangkan stress.

Menurut pakara, pasangan suami isteri yang menantikan zuriat dan tidur 8 jam boleh meningkatkan peluang hamil sebanyak 91 peratus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Neil Stanley seorang pakar berkaitan tidur, jika anda ingin hamil, anggaplah tidur sebagai kuncinya. Tidur nyenyak dan melakukan hubungan seks di waktu pagi atau ketika makan tengah hari akan meningkatkan peluang hamil. 

Para pengkaji dari India yang memeriksa kira-kira 200 wanita yang menjalani rawatan IVF, sebanyak 40 peratus daripada mereka mendapatkan tidur malam selama 8 jam dan berjaya untuk hamil. 

Selain itu, sebanyak 23 peratus yang tidur selama 6 jam setiap hari, satu daripada enam pasangan di United Kingdom mengalami kesukaran untuk hamil. 

Cukup tidur ini bukan hanya untuk wanita yang menjalani IVF atau bayi tabung uji tetapi juga untuk semua wanita yang ingin hamil. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tidur yang cukup bermanfaat untuk keseimbangan hormon,” kata Profesor Geeta Nargund dari Klinik Kesuburan.

Cukup tidur juga beri kesan ketika bersalin

Selain untuk meningkatkan kehamilan, tidur yang cukup juga mempengaruhi dan memberi kesan ketika bersalin. Kurang tidur ketika kehamilan juga boleh mendatangkan komplikasi termasuk preeklampsia. 

Keadaan ini termasuk boleh dianggap serius kerana ia mempengaruhi tekanan darah dan buah pinggang. Akibatnya ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Disebabkan itu tidur yang cukup sangat penting untuk ibu hamil. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika hamil, anda juga perlu memastikan ibu hamil tidak penat dan kepenatan juga berkait rapat dengan waktu tidur! 

Kepenatan ini seringkali dikatakan disebabkan bayi semakin membesar, tetapi hakikatnya mungkin si ibu tidak mendapat tidur yang cukup atau kurang nyenyak. 

5 tips mudah hamil

#1. Tahu waktu subur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda perlu peka dengan waktu subur anda. Masa yang tepat adalah penting dalam meningkatkan peluang kehamilan.

Jangan bergantung kepada kalendar atau carta kesuburan semata-mata tetapi gunakanlah kit ramalan ovulasi. Kit ramalan ovulasi atau OPK sangat mudah didapati kini dengan harga yang sangat murah. Anda boleh beli di dalam talian juga. Ia seperti kita ujian mengandung yang menunjukkan secara tepat waktu subuh anda.

Selain itu, perhatikan juga cairan servik. Jika kelihatan seperti putih telur, ia menunjukkan ovulasi sedang berlaku.

#2. Hindari tekanan

Hindari tekanan dan carilah cara untuk melepaskan tekanan. Lebih baik lagi jika dilakukan bersama-sama. Bersukan, bersenam, akupuntur dan sesi kaunseling dapat membantu mengurangkan hormon penyebab tekanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Amalkan pengambilan vitamin

Amalkan pengambilan vitamin termasuk zat besi, kalsium dan asid folik untuk wanita serta zat besi dan selenium untuk lelaki.

Makanan yang tinggi antioksidan juga baik untuk diambil.

#4. Lakukan persetubuhan sebelum ovulasi

Adalah lebih baik jika sperma telah tersedia dalam rahim sebelum telur dilepaskan melalui proses ovulasi. Telur hanya bertahan selama 24 jam manakala sperma dapat bertahan selama 3 hingga 5 hari.

Lakukan persetubuhan 2 atau 3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi untuk meningkatkan lagi peluang persenyawaan. Persetubuhan 3 kali seminggu juga dapat membantu.

#5. Kurangkan pergerakan selepas persetubuhan

Berdiri selepas melakukannya boleh menyebabkan air mani keluar. Tunggu lebih kurang 20 minit sebelum bangun dan bergerak.

Cuba kekalkan sperma dalam faraj selama mungkin. Letakkan bantal di bawah pelvis bagi memudahkan sperma bergerak ke bahagian atas dan kekalkan kedudukan tersebut selama 20 hingga 30 minit selepas persetubuhan.

Cubalah! Ramai yang sudah mengakuinya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: suara.com

Baca juga: 

https://my.theasianparent.composisi-seks-yang-boleh-dilakukan-untuk-mengelakkan-kehamilan

Penulis

Lala Annuar