Tidur tanpa pakaian mungkin menjadi larangan bagi kaum wanita, namun jika anda tahu manfaatnya ini, mungkin anda akan mencubanya sekarang.
Menurut penelitian yang dijalankan, ada beberapa manfaat tidur berbogel bagi kesihatan dan kehidupan seksual anda. Ini penjelasan yang lebih lengkap!
7 Manfaat Tidur Tanpa Pakaian: Ramai Orang Tak Tahu!
1) Tidur lebih cepat
Menurut National Sleep Foundation, tidur bogel mampu menurunkan suhu tubuh, lalu membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak kerana suhu turun maka tubuh akan memberi signal untuk tidur pada waktunya.
Jadi, salah satu cara yang berkesan untuk tidur lebih cepat adalah dengan tidur tanpa seurat benang!
2) Tidur nyenyak
Mengurangkan suhu tubuh bukan hanya membuatkan anda tidur cepat, tetapi ia juga membantu tidur dengan lebih nyenyak.
Penjelasan dari Dr. W. Christopher Winter mengatakan bagi mencapai tidur yang lebih nyenyak dan selesa adalah tidur tanpa pakaian dan anda boleh mengawal suhu tubuh dengan selimut ketika tidur.
3) Meningkatkan kualiti hubungan intim
Sebuah kajian menemui orang yang tidur bertelanjang cenderung lebih bahagia dengan hubungan mereka. Survey itu dijalankan pada 1000 orang dewasa yang telah berkahwin bagi mengetahui bagaimana kebiasaan cara tidur dan perasaan tentang hubungan mereka.
Hasil dari penyelidikan menemui 57 % daripada mereka yang tidur tanpa pakaian mengatakan hubungan intim jadi lebih mudah. Sementara itu, 48% yang tidur berpakaian turut merasakan hal yang sama. Namun, secara puratanya, berpelukan tanpa pakaian dapat meningkatkan kepuasan dalam hubungan seksual.
Sentuhan kulit ke kulit dapat melepaskan hormon oksitosin yang menyenangkan sehingga memberikan kesan positif pada hubungan kelamin pasangan yang sudah berkahwin.
4) Mengurangkan stres dan tekanan
Oksitoksis yang dilepaskan melalui sentuhan kulit juga dapat mengurangkan stres namun ia tidak berlaku pada mereka yang tidur secara bersendirian.
Dr. Winter turut menjelaskan bahawa tindakan tidur tanpa pakaian ini dapat menghilangkan stres bagi sesetengah pasangan kerana apabila cara tidur anda lebih santai maka anda berpeluang merasai tidur yang lebih nyenyak.
Apabila dapat tidur nyenyak maka tubuh menghasilkan sedikit kortisol (hormon stres). Sekaligus ia dapat mengurangkan tekanan darah, risiko strok atau serangan jantung.
5) Kesihatan vagina meningkat
Apabila tidur bertelanjang, ia dapat memberi vagina ruang untuk bernafas dengan baik. Ini kerana, pakaian dalam yang ketat dan berpeluh boleh meningkatkan peluang terkena infeksi kerana tubuh berada dalam linkungan yang lembab dan panas.
6) Berpeluang menurunkan berat badan
Selain membuatkan anda tidur nyenyak, tidur tanpa pakaian juga memberi anda peluang cerah untuk menurunkan berat badan.
Hal ini kerana, ketika anda merasa kesejukan di malam hari, tubuh akan memaksa mengeluarkan lebih banyak tenaga supaya tetap terasa kehangatan. Sekaligus ia dapat meningkatkan kemampuan untuk membakar kalori.
7) Kelihatan awet muda
Tiada siapa pun tahu bahawa tidur tanpa pakaian dapat membuatkan anda lebih awet muda. Selain dapat memerangi infeksi dan menjaga tubuh supaya lebih sihat dan cergas untuk menjalani sebarang aktiviti pada hari keesokannya.
Adakah manfaat ini membuatkan anda tertarik untuk tidur tanpa pakaian? Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: