5 Tip mudah untuk tidurkan bayi anda dengan lena di hotel

Nak tidurkan bayi kadang-kadang memang agak mencabar. Inikan pula nak tidurkan mereka di hotel jika kalian pergi melancong! Tapi mari cuba 5 tips ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips tidurkan bayi dengan lena di hotel

Jika pergi melancong dengan anak kecil, salah satu perkara yang menjadi kegusaran ibu bapa ialah, adakah bayi anda akan tidur lena di hotel nanti? Bagaimana nak tidurkan bayi kalau mereka susah nak tidur?

Apabila jadi ibu bapa, memang dalam setiap perkara, anda akan menitik-beratkan tentang bayi anda dulu. Menidurkan bayi ada kalanya memang satu cabaran. Apatah lagi menidurkan mereka di tempat baru seperti hotel.

Kredit: Red Tricycle

Berikut adalah 5 saranan dari ibu-ibu di atas talian tentang bagaimana hendak memastikan bayi anda tidur lena di hotel.

#1 Pilih bilik hotel yang terbaik untuk tidurkan bayi

Ramai ibu bapa setuju yang pemilihan bilik mempengaruhi tidur bayi. Jika anda ada bajet lebih, pilihlah bilik yang lebih selesa buat keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pandangan bilik perlu tertutup dari sinaran matahari secara terus kerana bilik yang terang dan panas boleh menyebabkan bayi tidak tidur lena.

Anda boleh juga meminta pihak hotel untuk memberi anda tingkat yang bebas asap rokok. Ini kerana asap rokok boleh menyebabkan bayi tidak selesa untuk tidur lena.

#2 Terbuka pada pilihan lain yang ada

Minta cadangan dari pihak hotel juga jika mereka boleh menyediakan pilihan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. Sesetengah hotel ada menyediakan bilik yang lebih senyap, lebih malap untuk ibu bapa yang mempunyai bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, terdapat hotel yang menyediakan katil bayi untuk ibu bapa yang membawa bayi. Jadi jangan segan untuk bertanya pada pekerja hotel, ya!

#3 Bawa alat penenang untuk bayi

Alat penenang adalah apa sahaja yang boleh membantu bayi anda tidur lebih lena. Lampu tidur, puting atau anak patung kegemaran selalunya yang menjadi pilihan ibu bapa.

Alat penenang ini akan menjadi sahabat baik anda jika bayi mengamuk tidak dapat tidur lena.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4 Buat ruang tidur yang selamat untuk bayi

Bayi yang sudah biasa tidur di atas katil sendiri pasti sukar untuk tidur lena jika pihak hotel tidak menyediakan katil bayi. Apa yang anda boleh lakukan ialah membina ruang tidur selesa untuk mereka. Bawa selimut atau bantal kegemaran mereka.

#5 Anggap seperti di rumah

Biarpun berjalan-jalan, tapi jangan lari dari rutin biasa anak anda. Pastikan bayi tidur dan makan pada rutin yang biasa seperti anda di rumah. Bezanya, anda berada di tempat lain, tetapi bayi anda tidak tahu akan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila si kecil sudah tidur lena, bolehlah anda dan suami menonton filem atau makan malam romantik di bilik! Room service!! 🙂

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combagaimana-tidurkan-bayi-baru-lahir/

Penulis

Aqma