Tak siapa sangka orang yang kita percaya dan sayang tiba-tiba berkelakuan aneh dengan tikam belakang badan serta beberapa anggota tubuh yang lain seperti mana yang berlaku kepada seorang guru wanita yang sedang berbadan dua ini.
Guru wanita yang sedang hamil 37 minggu itu cedera parah selepas ditikam suaminya di kediaman mereka yang terletak di Putrajaya Kuala Lumpur.
Kejadian yang berlaku pada jam 9.50 pagi itu menyebabkan mangsa yang berumur 35 tahun terpaksa memandu kenderaannya sendiri dari rumah di Presint 9 Putrajaya dalam keadaan sakit akibat cedera yang dialami untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Putrajaya.
Luka akibat tikam belakang badan dan kesan hirisan di perut serta lengan
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata guru wanita itu mengalami pendarahan teruk kerana hirisan di jari kiri, lengan kanan, dua kesan hirisan di perut dan luka di belakang kanan badan.
Malah mangsa turut mengadu kepada pihak hospital sakit di bahagian perut dan bimbang dengan kandungannya sebelum dirujuk kepada Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik untuk rawatan yang selanjutnya supaya bayi yang dikandung tidak terjejas.
Berjaya lahir bayi lelaki
Setelah dirujuk, akhirnya mangsa selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan czer dan keadaan ibu serta bayinya dalam keadaan stabil.
Sementara itu, suami guru wanita itu yang berumur 39 tahun yang bekerja sebagai seorang jurutera telah ditahan di kediaman mereka di Putrajaya untuk disoal siasat.
Bagi membantu kes, polis turut merampas pisau yang dipercayai digunakan bagi mencederakan mangsa dan berdasarkan siasatan polis suspek tiada rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksen 326 Kanun Keseksaan.
Suami mengalami kemurungan
Menurut guru wanita itu, beliau tidak ingat apa-apa selepas ditikam suaminya dan terus memandu kenderaan untuk ke hospital.
Malah, beliau sendiri tidak sedar bagaimana kekuatannya muncul untuk terus memandu ke hospital bagi menyelamatkan diri dan bayi yang dikandungkan.
Beliau turut menambah, suaminya itu mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat bagi mengurangkan tekanan yang dialami.
Katanya lagi, sepanjang tempoh perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah berkelakuan kasar apatah lagi ingin mencederakannya namun apa yang berlaku ini benar-benar mengejutkan.
Hasil perkahwinan pasangan ini mereka dikurniakan tiga anak termasuk bayi lelaki yang baru dilahirkan itu sementara anak yang lain berumur enam dan empat tahun.
Tikam belakang, anak jadi trauma selepas menyaksikan kejadian
Lebih memilukan, kedua-dua anaknya menyaksikan kejadian yang berlaku itu dan sangat trauma dengan apa yang terjadi.
Selepas bersalin, beliau turut merancang untuk pulang ke kampung bagi proses berpantang di Kedah.
Nasihat yang paling dibenci oleh mereka yang mengalami kemurungan
Isu kemurungan bukanlah isu yang harus dipandang ringan. Isu ini adalah isu serius, dan ini antara nasihat yang paling dibenci oleh mereka:
#1. “Tolong bebaskan diri dari kemurungan”
Sebenarnya, nasihat sebegini menambahkan lagi kemurungan yang dialami mereka hingga menyebabkan mereka mengasingkan diri, berputus harapan, tiada selera makan, mengalami masalah tidur dan sebagainya.
#2. “Orang lain jauh lebih teruk”
Kata-kata sebegini langsung tidak membantu menyelesaikan masalah, sedangkan mereka memerlukan sokongan dan seseorang untuk berada di sampingnya. Mungkin anda boleh tukar cara nasihat dengan sentiasa menyokong setiap apa yang mereka lakukan.
#3. “Anda perlu membiasakan diri dengannya”
Cara nasihat ini adalah salah malah menguatkan lagi rasa pengasingan yang dialami oleh pesakit kemurungan. Namun, apa yang anda boleh buat adalah sentiasa menghubungi mereka sebagai tanda mengambil berat.
#4. “Hidup perlu diteruskan”
Dengan nasihat ini, ia hanya menunjukkan yang anda tidak prihatin terhadap masalah yang mereka hadapi.
#5. ” Keluar dan berseronok”
Mencadangkan aktiviti yang menyeronokkan sebenarnya tidak langsung membantu tetapi anda boleh menemani pesakit dengan mengalakkan mereka berseronok secara perlahan-lahan.
#6. ” Percayalah anda seorang yang kuat dan semua akan jadi baik”
Penghidap kemurungan ini biasanya merasakan hidup ini tidak bermakna apa-apa tapi anda boleh menjadi pendengar yang baik dan tenangkan individu yang mengalami kemurungan itu.
#7. “Anda boleh hubungi saya jika diperlukan”
Sekiranya anda teman yang baik, adalah lebih baik anda sendiri yang memulakan untuk menghubungi penghidap kemurungan sekaligus dapat menunjukkan sikap ambil berat dan keprihatinan anda terhadapnya.
*****
Sekiranya anda mengalami kemurungan, stres, tekanan dan kegelisahan adalah lebih baik segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Harian Metro, My Health
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga
https://my.theasianparent.comibu-tikam-anak