Tips Beli Tiket Flight Murah Yang Ramai Tak Tahu, Mungkin Anda Boleh Cuba!

Sebenarnya ada travel hacks untuk anda dapatkan harga tiket flight murah dari harga kebiasaan untuk ke destinasi pelancongan anda nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan COVID-19 bukan lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa jadi masing-masing dah boleh kan survey tempat untuk melancong tapi susahnya nak dapatkan tiket flight murah!

Tanpa perancangan yang rapi, pastinya kita berhadapan dengan paparan harga tiket yang cekik darah, mahu tidak mahu poket kena tebal juga kalau nak pergi melancong lebih-lebih lagi jika melancong bersama ahli keluarga banyak yang perlu difikirkan.

Sebenarnya anda boleh jimatkan sedikit kos perjalanan ke destinasi pelancongan dengan travel hacks untuk anda dapatkan harga tiket flight murah dari harga kebiasaan.

Berikut merupakan 6 tips bagi memastikan anda tidak terlepas peluang untuk grab harga tiket flight murah setiap kali anda ingin melancong pada bila-bila masa.

Cara Beli Tiket Flight Murah

1. Clear cache

Jika anda sudah melawati mana-mana website booking tiket flight seperti Air Asia ataupun Mas Airlines untuk survey harga dan sebagainya, anda perlu pastikan anda clear cache browser yang anda gunakan di phone atau laptop.

Ini untuk mengelakkan harga tiket menjadi semakin mahal apabila anda membuka atau melayarinya buat kali kedua kerana website penerbangan tersebut dapat “track” yang anda pernah buka website mereka sebelum ini.

Jadi, sentiasa clear cache browser selepas anda survey harga tiket flight di mana-mana website penerbangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Beli tiket lebih awal

Kebiasaannya, syarikat penerbangan seperti Air Asia akan tawarkan harga ticket flight yang lebih murah jika anda buat tempahan 6 bulan ke 12 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan.

Bagi yang merancang beli tiket flight murah langkawi, rancang percutian dan beli tiket lebih awal. Pastikan waktu penerbangan tidak berlaku pada musim tengkujuh. 

3. Set reminder promosi syarikat penerbangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh cuba untuk melanggan newsletter syarikat -syarikat penerbangan seperti Air Asia dan Mas Airlines. Anda boleh menjadi antara orang terawal yang akan mendapat tahu tentang tawaran atau promosi tiket flight yang bakal berlangsung dan dilancarkan oleh syarikat-syarikat ini. Dalam masa yang sama, anda boleh jimat masa dan rancang percutian dengan lebih awal.

4. Tempah tiket pada hari selasa dan rabu

Salah satu waktu tiket flight murah yang terbaik untuk anda beli adalah pada hari relasa dan Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan biasanya mempunyai sistem tempahan di mana tawaran tiket flight akan ditetapkan pada hari selasa jam 7 malam.

Sistem ini dibuat kerana syarikat penerbangan tersebut tahu kebanyakan pembeli akan survey dan membuat tempahan tiket flight pada hari minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Beli tiket one way 

Buat pembelian tiket secara one way juga salah satu trick untuk dapatkan harga tiket kapal terbang murah yang ramai tak tahu.

Jika anda beli tiket flight murah ke sabah secara pergi dan balik, sudah pasti syarikat penerbangan tersebut dapat tahu yang anda akan pulang dari percutian tersebut dan dari sinilah mereka dapat kaut keuntungan lebih banyak dan kenakan harga yang lebih tinggi berbanding jika anda membeli tiket secara asing pergi dan balik.

6. Beli menerusi aplikasi 3rd party

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh menggunakan 3rd party apps untuk survey dan bandingkan harga tiket flight yang termurah, tetapi pembelian dibuat di website atau aplikasi syarikat penerbangan yang korang pilih.

Selain Skyscanner, anda juga boleh melihat menerusi Google Flight, Hopper, Kayak, dan Cheapflight.

7. Beli tiket di Matta Fair

Jika anda sudah menetapkan destinasi yang ingin dituju, lebih baik jika terus berkunjung ke acara travel fair iaitu Matta Fair anjuran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

Terdapat pelbagai promosi pakej penerbangan jauh lebih murah dari harga asal yang ditawarkan oleh ejen-ejen syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adalah lebih baik anda beli tiket awal daripada tempah di saat akhir kerana boleh memakan kos yang tinggi. 

Berikut adalah senarai jadual yang dianjurkan oleh Matta Fair pada tahun 2023 dan 2024.

JADUAL MATTA FAIR BAGI TAHUN 2023

No.  Negeri Tarikh Lokasi No. Telefon 
1. PENANG

30 SEPTEMBER - 1 OCTOBER

SETIA SPICE ARENA

 MR GOH

012-418 1777

secretariat.penang@matta.org.my

2. MELAKA

6 - 8 OCTOBER

ELEMENTX MALL, MELAKA

SOH

012-637 5969

secretariat.melaka@matta.org.my

3. SARAWAK 7 - 8 OCTOBER AEON MALL KUCHING SENTRAL

AZLINA 019-708 1995

secretariat.sarawak@matta.org.my

4. SABAH

 

13 - 15 OCTOBER

SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SICC)

LIZA 088-233 363

secretariat.sabah@matta.org.my

JADUAL MATTA FAIR BAGI TAHUN 2024

 

No.  Negeri Tarikh Lokasi No. Telefon 
1. JOHOR 8-10 MARCH AUSTIN INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (AICC)

AISH

012-903 2370

secretariat.johor@matta.org.my

2. PERAK 9 - 10 MARCH IPOH CONVENTION CENTRE (ICC), IPOH

SYAFINAZ 017-264 0799

secretariat.perak@matta.org.my

3. SARAWAK 15-17 MARCH TBC

AZLINA 019-708 1995

secretariat.sarawak@matta.org.my

4. NATIONAL MATTA FAIR KUALA LUMPUR 22 - 24 MARCH MITEC, KUALA LUMPUR

AMIR / PUTERI 03-9222 1155

mattafair@matta.org.my

5. PAHANG 10 - 12 MAY MEGA MALL, KUANTAN

MR. ALEX CHEA 012-983 2229

secretariat.pahang@matta.org.my

6. SABAH 10 - 12 MAY SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SICC)

LIZA 088-233 363

secretariat.sabah@matta.org.my

7. JOHOR 20 - 21 JULY THE SUMMIT MALL, BATU PAHAT, JOHOR

AISH

012-903 2370

secretariat.johor@matta.org.my

8. JOHOR 2 - 4 AUGUST AUSTIN INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (AICC)

AISH

012-903 2370

secretariat.johor@matta.org.my

9. MELAKA 9 - 11 AUGUST ELEMENTX MALL, MELAKA

SOH

012-637 5969

secretariat.melaka@matta.org.my

10. PERAK 10 - 11 AUGUST IPOH CONVENTION CENTRE (ICC), IPOH

SYAFINAZ 017-264 0799

secretariat.perak@matta.org.my

11. SARAWAK 23 - 25 AUGUST TBC

AZLINA 019-708 1995

secretariat.sarawak@matta.org.my

12. NATIONAL MATTA FAIR KUALA LUMPUR 6 - 8 SEPTEMBER MITEC, KUALA LUMPUR

AMIR / PUTERI 03-9222 1155

mattafair@matta.org.my

13. PAHANG 4 - 6 OCTOBER MEGA MALL, KUANTAN

MR. ALEX CHEA 012-983 2229

secretariat.pahang@matta.org.my

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Tips Melancong Dengan Anak Kecil

Baca juga : 5 Tempat Paling Kotor & Banyak Virus Di Airport, Hati-Hati Ibu Ayah Bawa Anak Bercuti Esok!

Baca juga : Tips Melancong Bersama Bayi: Ketahui Usia Selamat Untuk Perjalanan Darat & Udara

Penulis

Nursyamimi