Bayi Kerap Terjaga & Menangis Waktu Malam Sebab Tilam Tak Selesa?

Mungkin sesetengah ibu bapa tidak tahu yang tilam bayi memberi efek kepada tidur mereka. Tilam yang selesa dapat menjamin tidur nyenyak!

Selain pakaian, ibu bapa perlu juga melihat keperluan tidur bayi. Ini kerana anak kecil akan bangun di malam hari untuk menyusu dengan lebih kerap. Oleh itu, ibu akan rasa sedikit letih untuk bangun keesokannya. Jadi keperluan tidur bayi seperti tilam baby, selimut dan bantal seharusnya selesa serta dibuat dengan bahan material yang sesuai. 

Kita sendiri tahu menyambut orang baru dalam keluarga adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Apatah lagi bayi pertama yang dinantikan suami isteri.

Pastinya pelbagai persiapan akan dilakukan. Ini termasuklah dengan set tilam baby yang harus selesa agarsi kecil tidur nyenyak. Jadi, jangan sembarangan beli tilam baby kalau anda tak mahu anak menangis dan susah tidur di tengah malam!

pinterest

Apa patut anda lihat ketika membeli tilam baby?  

Berikut antara perkara yang anda perlu pertimbangkan ketika ingin membeli tilam baby:

1. Pilih yang sesuai dengan bayi 

Semasa memilih tilam baby, paling utama adalah melihat pada keselesaan bayi. Cuba anda baring dan rasai keselesaannya. 

Jika ia selesa untuk anda, bayi juga turut rasai yang sama. Selain tilam itu haruslah selamat digunakan. Pastikan permukaan tilam lembut dan friendly dengan kulit bayi. 

Di samping itu, jangan tidur di atas tilam yang sama dengan anak kerana pelbagai risiko boleh berlaku seperti terhimpit badan anak, anak sukar bernafas atau tidak selesa tidur bersama orang dewasa.

Namun begitu, jika ingin tidur bersama bayi, pilihan tilam double side adalah lebih baik. 

2. Buat kajian 

Walaupun memilih tilam baby ini nampak seperti senang saja, tapi anda harus membuat sedikit kajian berkaitan dengannya. Tak bolehlah simply beli tanpa tahu sama ada ia baik atau tidak pada bayi.

Antara yang sesuai untuk bayi seperti tilam rata (tak ada benjol-benjol), lembut dan organik (kekabu). 

3. Bahan buatan tilam baby

Sebelum membeli tilam baby, apa yang penting untuk dilihat adalah bahan buatan tilam. Tilam yang dibuat dari bahan organik seperti kekabu adalah yang terbaik kerana ia selamat untuk kesihatan bayi .

Kajian mendapati bantal dari bahan organik dapat mengurangkan penyakit berbahaya selain memberikan keselesaan sepanjang anak tidur. 

4. Saiz tilam besar mana?

Saiz tilam baby ini seharusnya sederhana. Jika terlalu besar mungkin tak sesuai untuk bayi dan jika terlalu kecil pula, tak dapat digunakan lama untuk anak apabila sudah menginjak ke umur kanak-kanak. 

5. Ketebalan tilam 

Semasa membuat pilihan tilam baby, ibu perlu juga melihat ketebalan tilam itu. Hal ini kerana sekiranya memilih tilam yang terlalu tebal ia akan menyukarkan bayi untuk belajar meniarap.

Jangan pilih tilam yang terlalu keras hingga bayi kurang selesa untuk tidur. 

6. Tilam ada sarung dan mudah cuci

Tilam yang boleh disarungkan cadar juga penting kerana bayi kecil mungkin terkencing di atas tilam tersebut jadi ibu boleh tukar dan cuci tilam dengan lebih mudah.

Jadi dapatkan cadar yang banyak untuk senang ditukar nanti. 

7. Ada pengudaraan yang baik 

Untuk tilam yang tiada pengudaraan yang baik boleh dilihat semasa berbaring belakang badan akan rasa berpeluh. Manakala bayi akan ditumbuhi ruam dan bintik-bintik merah. Disebabkan itu, bayi tidak dapat tidur dengan selesa dan menangis sepanjang hari. 

8. Kekalkan kebersihan

Kebersihan tilam amat penting untuk kesihatan dan keselesaan bayi. Sekiranya anda recycle tilam yang lama pastikan untuk bayi anda kali ini anda cuci tilam itu terlebih dahulu. Jemurkan pada hangat matahari untuk membuangkan debu, pepijat dan bakteria yang melekat selama anda simpan tilam itu. Tidak kiralah asalnya itu tilam anak anda yang terdahulu atau tilam second hand yang anda beli, ia tetap perlu dibasuh bersih.

Sentiasa alaskan cadar yang bersih, tukar cadar tilam serta merta jika sudah terkena kencing atau muntah bayi, atau lapikkan dengan kain yang bersih sekiranya berlaku insiden tengah malam. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia:

Sumber: The Spruce, Babychecklist

Kredit gambar: Mom Junction

Baca juga: Bilakah Bayi Boleh Mula Tidur Menggunakan Bantal?