Metro UK, telah melaporkan yang seorang pelawat taman tema Thorpe telah menjumpai seorang bayi berusia lebih kurang setahun dibiarkan keseorangan di dalam kerete sorong bersebelahan tong sampah.
Menakutkan bagaimana ibu bapa bayi tersebut sanggup meninggalkan anak lebih satu jam supaya mereka dapat menaiki permainan di taman tema.
Pelawat yang menjumpai bayi tersebut telah menotifikasikan pekerja taman tema mengenai bayi yang dijumpainya.
Pihak sekuriti kemudian menghubungi polis dan pekerja sosial yang tiba tidak lama kemudiannya.
Daniel Bevis, 22 sedang bersama dengan kawan-kawannya ketika beliau menjumpai bayi tersebut berdekatan permainan Colossus di taman tema Thorpe, Surrey.
Menurut Daniel lagi, mereka telah menemani bayi tersebut selama hampir 15 minit namun tiada siapa yang datang mengambilnya, jadi mereka menelefon pihak sekuriti.
Mereka telah membawa bayi tersebut ke bilik rawatan dan hanya selepas lebih satu jam, baru ibu bapanya tiba. Ianya sungguh menakutkan kerana sesiapa boleh menculik bayi itu, tambah Daniel.
Mereka telah bercakap dengan ibu bapa bayi tersebut tentang apa yang baru terjadi, namun mereka hanya berdiam diri.
Kemudiannya mereka menjawab yang anak mereka berusia 11 tahun sedang menjaga bayi mereka itu.
Wakil pihak polis Surrey telah menyatakan yang mereka akan meminta pihak berkuasa di kawasan tempat tinggal keluarga itu untuk membuat susulan.
Keadaan ini sungguh mengejutkan dan menakutkan. Tetapi apa yang lebih teruk ialah, keadaan ini biasa terjadi di taman tema tersebut.
Menurut pihak sekuriti taman tema tersebut, ibu bapa sering berbuat demikian untuk menaiki permainan di taman tema ini.
Apa yang boleh anda lakukan untuk menjaga anak anda ketika di luar?
Hal ini sungguh mengejutkan hingga saya hilang kata-kata. Ia tidak sepatutnya terjadi. Mereka tidak patut membawa bayi ke taman tema jika akan meninggalkan mereka begitu.
Jika anda ingin ke taman tema yang tidak sesuai untuk membawa bayi, anda mungkin boleh mencuba alternatif ini:
- menggunakan khidmat pengasuh bayi.
- meminta bantuan kenalan atau ahli keluarga untuk menjaga bayi anda.
- menghantar bayi anda ke spa bayi
- membawa pembantu untuk menjaga bayi anda
Pilihan taman tema mesra keluarga
Berikut adalah beberapa cadangan tempat permainan yang ibu bapa boleh turut bermain bersama anak-anak atau selamat untuk kanak-kanak:
- The Parenthood
Selain ibu bapa boleh turut bermain dengan ibu bapa, tempat ini juga menyediakan spa untuk ibu bapa yang ingin merehatkan diri sementara anak-anak bermain. Mereka mempunyai penjaga yang mengawasi kanak-kanak bermain. - Trampoline park
Terdapat dua taman Trampoline di Malaysia; Amped dan Jumpstreetasia. Kedua tempat ini memang mempunyai penjaga yang mengawasi anak anda. Namun ianya tidak sesuai untuk bayi kecil. - Legoland
Ia mempunyai bahagian di mana anda boleh berseronok dengan anak kecil anda. Namun tidak menyediakan perkhidmatan menjaga anak anda.
Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh kunjungi untuk berseronok dengan anak kecil. Mereka tidak selamanya kecil . Sampai masa nanti mereka juga boleh bermain pelbagai permainan yang lebih mengujakan bersama anda 🙂