Anak tak mahu tinggalkan mainan di rumah
Selalu kita terpaksa bergelut dengan anak supaya mereka meninggalkan mainan kegemaran mereka di rumah. Dan selalu juga kita tewas, lalu terpaksa membenarkan mereka tak tinggalkan mainan di rumah dan bawa ia keluar untuk menenangkan mereka.
Tapi tentu ada caranya supaya anak tinggalkan mainan di rumah, kan? Sebenarnya – ya ada.
Kami akan kongsikan kepada anda 5 langkah ini untuk mula mengajar anak tinggalkan mainan di rumah.
Jom ikuti bagaimana anda boleh memujuk mereka ini:
1. Beri karakter pada mainan itu
Berikan ia nama, berikan ia karaker. “Teddy ni baik kan? Mesti dia suka main dengan adik.” Dengan memberi karakter pada mainan tersebut, anda menggalakkan anak-anak untuk berempati.
Dengan itu, bolehlah anda cakap padanya “Teddy nak tidur. Dia tak mahu keluar. Kesian Teddy. Bagi dia tidur di rumah, ya?”
Maka, anak-anak pasti boleh mula belajar untuk tinggalkan mainan di rumah kelak!
2. Beri sebab kenapa anak kena tinggal mainan
Berikan sebab mengapa mainan anak anda harus tinggal di rumah.
Contohnya seperti – “Teddy dah penat main, bagi dia rehat pula ye.” atau “Teddy kena tolong jaga rumah. Jaga mainan adik dekat rumah. Balik nanti kita main dengan Teddy balik.”
Apabila anak memahami sebab mengapa mereka tidak boleh membawa mainan itu keluar, maka dia akan belajar bertolak ansur dan tidak mengamuk semata-mata kerana anda enggan membenarkan dia bawa mainan itu.
3. Libatkan anak anda dengan mainannya
Libatkan anak anda semasa mengcapkan selamat tinggal pada mainannya.
Contohnya sama-sama meletakkan Teddy di tempat permainannya atau selimutkan Teddy di atas katil. Kemudian sama-sama mengucapkan selamat tinggal dan jumpa lagi.
4. Tenangkan anak anda
Selepas anda mencuba 3 langkah penting di atas, mungkin anak anda akhirnya bersetuju meninggalkan mainan kegemarannya di rumah.
Tapi ibu bapa kena ready. Anak-anak ini akan rasa tidak selesa, sedih atau gemuruh kerana tiada mainan kegemarannya.
Di sinilah anda harus memainkan peranan dan buatkan mereka rasa tenang. Dengan pujukan dan belaian dari anda, anak-anak akan faham yang mereka tidak perlu takut walaupun tiada barang mainan kegemaran mereka itu.
5. Ibu bapa kena beri jawapan bernas
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia