Tip Mudah Bantu Anak Belajar STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik)

Dari usia kecil, anda boleh mula mengajar anak anda kemahiran STEM, iaitu Sains, Teknologi, Engineering, dan Matematik. Kami ada kongsikan tip mudah dalam artikel ini untuk anda cuba di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa tahun yang pertama bagi anak anda adalah sangat mencabar.

Dan apabila mereka memasuki usia kanak-kanak, anda akan mula lega mereka sudah mula tidur sepanjang malam, menggunakan tandas sendiri serta boleh makan sendiri.

Tetapi, ramai ibu bapa yang tidak sedar sebenarnya, di usia ini juga, ibu ayah boleh memperkenalkan pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik) kepada si kecil.

Tip belajar STEM dari kecil untuk membantu membentuk kemahiran asas penting

1. Membahagikan kerja rumah secara sama rata di antara ibu dan ayah

Salah satu masalah utama dalam mengajar STEM ialah persepsi yang ianya tanggungjawab ayah.

Tapi, jika hanya ayah yang asyik membaiki benda di keliling rumah, dan ibu hanya memasak, ini akan menunjukkan bias jantina.

Jadi, tunjukkan kepada anak anda yang ibu juga boleh membaiki dan ayah juga boleh memasak.

2. Berlatih mengenal pasti bentuk di dalam semua benda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas anak anda mula mengenal pelbagai bentuk, selalu bertanya kepada mereka tentang objek-objek di sekeliling rumah.

Kaitkan dengan benda harian di rumah tentang bentuk objek yang mereka lihat. Contohnya, ajarkan perbezaan antara saiz besar dan kecil.

3. Galakkan mereka menggunakan soalan "apakah" berbanding "mengapakah"

Secara semulajadinya, anak-anak suka bertanya "mengapa". Tapi, soalan begini hanya akan menghasilkan persepsi sama ada jawapan itu betul dan salah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya, galakkan mereka untuk menggunakan soalan "apakah" yang akan membantu mereka untuk lebih memerhati dan berfikir.

Untuk menggalakkan mereka menggunakan "apakah", anda terlebih dahulu harus menggunakan soalan ini dan minta anak anda jelaskan pemikirannya kepada anda.

4. Jangan tunjukkan yang anda tidak gemar atau teruk dalam matematik

Ramai ibu bapa suka bergurau yang mereka teruk di dalam matematik.

Dan lazimnya, kita akan mencapai telefon atau kalkulator untuk membuat kiraan yang cepat berbanding mencongaknya sendiri dalam kepala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak akan melihat ini dan mengikut contoh yang kita tunjukan.

Sebaliknya, berikan mereka persoalan matematik yang ringkas. Contohnya, ketika membeli buku atau snek di kedai.

Anda boleh meminta anak anda untuk mengirakan jumlah bayaran dan mengira wang baki.

Tunjukkan di hadapan mereka yang anda juga boleh mencongak dengan yakin.

Mereka juga akan mula mengikut apa yang anda lakukan untuk persoalan matematik yang mereka dapat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Ajarkan punca dan akibat

luxreview

Tunjukkan kepada anak anda hubungan punca dan akibat yang ringkas.

Contohnya, bagaimana menekan suis akan menyebabkan lampu terbuka dan sebaliknya.

Kemudian minta mereka jelaskan perkara yang sama untuk suis yang lain di rumah anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila mereka sudah faham, tunjukkan hubungan yang lain pula seperti memecahkan telur, atau membasahkan span.

Hubungan yang mudah ini akan mengajar mereka berfikir tentang punca dan akibat sesuatu perkara.

6. Mengira, berpantun/bersajak dan menyanyi

Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, anak anda akan mengenali corak penting dalam asas pembelajaran STEM.

Contoh paling mudah, lagu 'Old MacDonalds" sangat membantu anak anda mengulangi ayat yang sama serta mengulangi bunyi haiwan.

Baca juga perkongsian berikut: 

Sources: The Bumphttps://resourcesforearlylearning.org/, https://naturalstart.org/

Penulis

Aqma