Kebersihan 101: 5 Tip Kebersihan Terbaik untuk Kanak-kanak

Walaupun terdapat banyak pilihan untuk cecair cucian tangan, tidak semua yang dicipta adalah sama.Teruskan membaca untuk mengetahui mengapa Kirei Kirei ialah pilihan terbaik, dan cara untuk memastikan anak-anak anda selamat daripada kuman!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak secara semula jadi bersifat ingin tahu dan aktif. Oleh itu, mereka mendekati persekitaran mereka dengan banyak persoalan dan rasa kagum. Mereka bergerak meneroka setiap sudut dan celah, menyentuh pelbagai permukaan. Meskipun, ianya bagus, ini juga bermakna tangan mereka menyentuh hampir semua perkara.

Malangnya, bersama dengan pengetahuan dan pengalaman, mereka juga membawa kuman dengan banyak. Memandangkan kita berada dalam situasi pandemik, ini membimbangkan ibu bapa.

Oleh itu, berikut adalah lima tips kebersihan mudah untuk kanak-kanak, bagi memastikan mereka kekal selamat sambil menikmati zaman kanak-kanak mereka yang indah!

1. Cuci Tangan Anda Doo Doo Doo Doo Doo

Ini sepatutnya menjadi mantera apabila bercakap tentang kebersihan untuk kanak-kanak. Kanak-kanak sentiasa bersentuhan dengan kuman dan mereka boleh dijangkiti hanya dengan menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang kotor.

Mencuci tangan mungkin adalah langkah paling mudah dan salah satu tips kebersihan paling berkesan untuk kanak-kanak. Ia adalah barisan pertahanan pertama terhadap penyebaran banyak penyakit bermula daripada selesema biasa kepada jangkitan yang lebih serius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka mungkin tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh pada mulanya tetapi dengan elemen keseronokan, seperti menyanyikan lagu, atau melakukan sedikit gerak tari semasa mencuci tangan, dan sentiasa diingatkan, ia akan menjadi amalan kebersihan yang baik untuk kanak-kanak dalam masa yang singkat. Ingatkan anak-anak anda untuk mencuci tangan dengan sabun dan air:

  • Sebaik sahaja mereka pulang ke rumah
  • Setiap kali sebelum makan
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas menyentuh permukaan biasa seperti butang lif, tombol pintu dan pemegang
  • Selepas batuk, mengelap, atau menghembus hidung mereka
  • Selepas menyentuh haiwan peliharaan mereka

Di samping itu, ajar anak-anak anda teknik mencuci tangan yang betul.

Mereka perlu mencuci tangan mereka dengan air bersih yang mengalir, menggosok kedua-dua tangan dengan sabun sehingga berbuih sekurang-kurangnya 20 saat, meratakan buih di celah setiap jari, di belakang tapak tangan, dan di bawah kuku, sebelum dibilas dan dikeringkan dengan tuala bersih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Mandi Selalu

Satu lagi tips kebersihan penting untuk kanak-kanak ialah mandi dengan kerap. Ini memastikan seluruh badan mereka bebas daripada kuman. Sama seperti mencuci tangan, mandi membantu menyingkirkan kuman serta mencegah penyakit dan jangkitan.

Tambahan pula, mandi bermanfaat untuk kesihatan mental kanak-kanak kerana ia mencergaskan dan boleh membantu mereka berasa lebih segar pada waktu pagi dan lebih tenang pada waktu petang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan siapa yang tidak suka memeluk anak yang baru mandi?

3. Beruskan Gigi Dua Kali Sehari

Kebersihan oral/ mulut adalah sama penting dengan aspek kebersihan yang lain. Tip kebersihan mulut yang paling penting untuk kanak-kanak adalah memberus gigi mereka dua kali sehari.

Ini membantu membuang bakteria dan plak yang menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, gigi yang bersih bermakna anak-anak anda dapat memancarkan senyuman 1000-watt mereka dengan yakin untuk menawan hati semua orang di sekeliling mereka!

4. Tutup Mulut Anda Ketika Bersin atau Batuk

Kanak-kanak perlu memahami bahawa kebersihan bukan sahaja tentang menjaga diri mereka dengan bersih dan selamat daripada kuman. Ia juga merupakan tanggungjawab peribadi supaya tidak menyebarkan kuman kepada orang di sekeliling mereka.

Tips kebersihan penting yang lain untuk kanak-kanak ialah menutup mulut dan hidung mereka dengan tisu apabila bersin atau batuk. Ini adalah untuk memastikan bahawa kuman dalam badan mereka tidak tersebar ke seluruh bilik, yang boleh menyebabkan orang lain dijangkiti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingatkan mereka untuk sentiasa menggunakan tisu dan tidak bersin atau batuk terus ke tapak tangan. Selain itu, mereka harus mencuci tangan dengan sabun secepat mungkin.

5. Bersihkan dan Potong Kuku Secara Berkala

Terdapat pelbagai faktor mengapa memotong kuku secara berkala adalah tip kebersihan yang penting untuk kanak-kanak.

Pertamanya, kuman dan bakteria yang terperangkap di bawah kuku mereka boleh hilang dengan mudah tanpa disedari. Ia adalah sarang kuman untuk membiak! Kuku yang panjang juga berbahaya kerana ia boleh menyebabkan calar yang teruk pada anak-anak anda atau kepada mereka yang bermain bersama.

Lebih-lebih lagi, apabila kanak-kanak mula menggigit atau mengutip kuku, ianya boleh menyebabkan jangkitan. Oleh itu, dapatkan klip/ gunting kuku dan potong kuku. Jika anak-anak anda masih kecil, mereka memerlukan bantuan anda untuk memotong kuku.

Seiring dengan kebersihan, memiliki kuku pendek dan bersih juga merupakan cara yang baik untuk mengajar anak-anak anda tentang dandanan peribadi dan kelihatan kemas rapi.

Ibu-ibu, walaupun kuman ada di mana-mana, anda tidak perlu takut kepadanya atau menghalang anak anda daripada berseronok atau menjadi kotor kerana kuman. Kebersihan diri sangat membantu dalam memastikan anak-anak anda selamat.

Tip kebersihan yang paling penting untuk kanak-kanak kekal selamat ialah kerap mencuci tangan, kerana mereka mesti melakukannya secara berterusan.

Jika anda sedang mencari cara untuk menjadikan aktiviti mencuci tangan lebih menyeronokkan, adakah anda tahu bahawa jenama Kirei Kirei bermaksud "bersih bersih" dalam bahasa Jepun?

Ia adalah perkataan yang biasa digunakan oleh ibu-ibu di negara Jepun untuk mengingatkan anak-anak mereka supaya membersihkan diri. Kanak-kanak gemarkan apa sahaja yang berunsur keseronokan, oleh itu apa kata jadikan Kirei Kirei perkataan kod gembira anda untuk mengingatkan anak-anak anda supaya mencuci tangan mereka?

Mengapa Cucian Tangan Berbuih Kirei Kirei Adalah Pilihan Hebat

Namun, Kirei Kirei lebih dari sekadar keseronokkan. Ia adalah jenama nombor 1 di Jepun selama 19 tahun dan sememangnya layak, kerana boleh menyingkirkan 99.9% kuman.

Cucian tangan berbuih Kirei Kirei mengandungi Isopropyl Methylphenol (IPMP) dan diformulasikan dengan 100% bahan pembersih daripada sumber tumbuhan yang memberikan perlindungan anti-bakteria yang selamat dan unggul. 100% diuji secara dermatologi, Kirei Kirei mempunyai kekuatan menyahkuman namun lembut pada kulit, menjadikannya selamat untuk kanak-kanak.

Cucian tangan berbuih Kirei Kirei mengeluarkan banyak buih berkrim yang sangat halus dengan serta merta dan menjadikan pembersihan lebih berkesan daripada sabun tangan cecair biasa.

Walaupun tanpa menggosok, buih halus mudah menghilangkan kotoran. Buih yang terhasil mempunyai isipadu 12 kali ganda lebih banyak daripada cucian tangan cecair biasa yang memudahkan anak-anak anda meratakannya ke seluruh tangan dan diantara celah-celah jari mereka.

Buihnya juga mudah dibilas dan tidak mudah jatuh. Anak-anak anda tidak akan membuat kucar-kacir di sekeliling sinki!

Ibu-ibu, terdapat banyak pilihan dalam memilih cucian tangan untuk anak-anak anda. Kini anda sudah tahu mengapa cucian tangan berbuih Kirei Kirei adalah pilihan terbaik, dapatkan stok anda dan mula amalkan 5 tip kebersihan untuk kanak-kanak.

Mereka akan selamat daripada kuman dan bersedia untuk menghadapi dunia. Inilah cara hidup yang lebih bahagia, bersih dan sihat!

Cucian tangan berbuih Kirei Kirei boleh didapati dalam talian di Lazada, Don Don Donki, Kedai Rasmi Southern Lion Shopee dan AEON Outlets

Berpeluang menang hadiah menarik dengan menjawab soalan ini, "Bagaimana anda membantu anak anda menikmati cucian tangan dengan lebih kerap?" Cepat dan tekan pautan ini!

Rujukan

  1. https://kidshealth.org/en/parents/hand-washing.html
  2. https://healthpoweredkids.org/lessons/splash-why-we-need-a-bath/#:~:text=Physical%20Health%E2%80%94Regular%20baths%20or,%2C%20infection%2C%20and%20other%20problems.
  3. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/toothbrushing-children
  4. https://www.verywellhealth.com/why-you-should-cover-your-cough-770726

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Sebab Mengapa Pentingnya Mencuci Tangan & Memilih Pencuci Tangan Serasi Untuk Keluarga