7 Ibu Dan Selebriti Ini Kongsi Tip Keibubapaan Yang Paling Bijak Mereka Buat

Tip keibubapaan dari 7 ibu dan artis terkenal ini sungguh bijak dan mungkin berkesan untuk anak-anak kita. Jom cuba! Belum cuba belum tahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tip keibubapaan dari 7 artis terkenal

Tiada siapa yang akan cakap pada anda jadi seorang ibu bapa ini mudah. Tugas ibu bapa adalah tugas besar, digalas dengan tanggungjawab seumur hidup dan boleh memenatkan.

Tak kiralah sama ada anda ibu bapa yang duduk di bandar, pekan atau kampung – semua ibu bapa menghadapi masalah yang sama iaitu kerenah anak-anak.

Setiap hari adalah satu lagi hari yang penuh dengan cabaran. Sama juga dengan 7 artis antarabangsa terkenal ini.

Kredit: Women’s Health

Walaupun mereka kaya dan ada pengasuh yang boleh menjaga anak mereka, namun semua ibu-ibu ini tetap perlu menghadapi situasi lampin bocor, tantrum dan perangai mengamuk anak, malah kesan contengan krayon di dinding.

Semua ini pernah terjadi pada semua ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, sebab itu 7 artis terkenal ini ingin berkongsi tips keibubapaan atau parenting hack yang bijak untuk kita.

Jom kita tengok apa nasihat dan tip keibubapaan yang mereka telah kongsikan untuk semua ibu bapa di luar sana!

1) Bijak atur waktu mandi baby – Chrissy Teigen

Kredit: People

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri kepada John Legend ini sungguh bijak. Menurut dia, waktu memandikan bayi adalah waktu paling seronok buatnya, walaupun ia agak sukar.

Bagaimana nak mandikan bayi tanpa mereka meragam? Chrissy menyarankan anda bijak mengatur masa dan cara memandikan bayi.

Contohnya, Chrissy akan meletakkan lampin atau kain bedung dalam tab mandi sekali dengan bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Instagram Chrissy Teigen

Dengan cara ini, si manjanya tidak akan menangis dan meragam ketika mandi!

2) Atasi masalah anak “terberak” tiba-tiba – Kristen Bell

Cuba bayangkan anak anda “terberak” tiba-tiba. Sudahlah anda di dalam pesawat! Macam mana nak salin lampin ini???!!!

Masalah tiada bilik untuk salin lampin adalah mimpi ngeri semua ibu. Jadi apabila anak Kristen Bell tiba-tiba “melepas” dalam kapal terbang, Kristen bijak mengatasi masalah ini.

Dia mengikat lampin anaknya dengan getah rambut. Bertindak pantas dan cepat ya ibu bapa semua!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Instagram Kristen Bell

3) Menyusu badan dengan tenang – Kim Kardashian

Siapa yang tidak mengenali Kim Kardashian?

Dalam satu episod Ellen DeGeneres Show pada April lalu, Kim telah berkongsi isu menyusu badan yang dia hadapi. 

Sekarang ini, Kim sedang menyusu badan anak keduanya – Saint. Akan tetapi, proses menyusu badan itu selalunya tidak tenang kerana anak pertama Kim, North akan cemburu melihat adiknya itu menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kreedit: Hollywood Life

Jadi, apa tip keibubapaan untuk mengatasi masalah ini?

Kim bijak meletakkan botol susu dan straw North di dalam bra-nya untuk “berlakon” seolah-olah menyusu North sambil betul-betul menyusu badan Saint.

Dengan cara ini, terus kedua-dua anak menghisap susu dengan tenang!

4) Selalu bawa baju salin lebih – Hilary Duff

Kredit: BabyCenter Blog

Anda mesti tahu untuk selalu bawa baju salin lebih buat anak-anak, kan? Tapi pernah tak anda bawa baju salin lebih untuk diri anda sendiri?

Ha… jangan ambil mudah hal ini. Hilary Duff selalu bawa baju salin lebih untuk dirinya kerana dia pernah melalui situasi anaknya “melepas” tiba-tiba dan terkena dirinya!

Anak dia boleh salin baju, tapi dia tak boleh sebab lupa bawa baju salin lebih!

5) Multitask di mana saja, walaupun dalam bilik air – Jessica Biel

Kredit: brit.co

Pelakon dan isteri Justin Timberlake ini sungguh sibuk hingga dia terpaksa makan dalam bilik air!

Menurut Jessica Biel, semua ibu bapa harus bijak melakukan multitask di mana-mana saja. Lagipun, ini saja peluang untuk anda tetap menjaga kesihatan diri sendiri, ketika menjaga anak-anak.

6) Komunikasi dan fahami anak – Blake Lively

Kredit: Today Show

Ibu cool dan isteri kepada Ryan Renolds ini ada tip keibubapaan yang hebat untuk ibu bapa lebih memahami dan berkomunikasi dengan anak-anak.

Caranya adalah dengan meletakkan kotak komen di rumah. Dalam kotak komen itu, anak-anak atau kawan-kawannya boleh meletak komen tentang apa yang ibu bapa boleh buat, boleh tambah baik dan sebagainya.

Dan cara itu berkesan! Kini Blake faham apa yang anak dia mahu dan apa yang dia patut lakukan.

7) Rutin tidurkan anak sepanjang malam – Tamera Mowry

Kredit: Bossip

Semua ibu bapa pasti tahu yang mereka perlu mencipta rutin untuk memastikan anak mudah tidur sepanjang malam.

Dan perkara itulah yang dilakukan oleh selebriti Tamera Mowry ini.

Agar anak-anaknya mudah untuk tidur setiap malam, dia akan melakukan rutin sama dengan anak-anaknya.

Tamera memasukkan aktiviti mandi air panas, bercerita sebelum tidur dan bersembahyang untuk menenangkan anak-anaknya.

Selepas mereka relaks, barulah dia akan mendodoi mereka hingga tidur. Senang!

Macam mana? Ada tip keibubapaan dari artis-artis ini yang boleh anda guna untuk anak-anak?

Sumber rujukan: Women’s Health

Kredit gambar: Women’s Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com9-parenting-hacks-paling-berkesan/

Penulis

Ayu Idris