Tip-Tip Keselamatan Membenarkan Anak Berjalan Raya

Ingat tak semasa anda kecil, berjalan raya pusing satu kampung merasa kuih raya yang berbagai serta mengumpul duit raya. Rasa selamat sahaja. Kini, zaman sudah berubah. Keselamatan anak-anak perlu diutamakan. Kami ada kongsi tip untuk si kecil anda pergi berjalan beraya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari raya sememangnya mengujakan, terutamanya anak-anak kecil yang sudah merancang untuk berjalan raya.

Tetapi, sebagai ibu bapa, pasti anda risau akan keselamatan mereka ketika berjalan raya nanti.

Iyalah, begitu banyak berita yang menakutkan dilaporkan, mana mungkin tidak risau.

Walaubagaimanapun, pasti ianya terasa tidak adil untuk menghalang mereka dari menikmati raya mereka disebabkan orang jahat diluar sana.

Ingat tak semasa anda kecil, berjalan raya pusing satu kampung merasa kuih raya yang berbagai serta mengumpul duit raya.

Apa yang lebih menyeronokan ialah dapat berjalan-jalan bersama sepupu beramai-ramai keliling kampung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah tentu anda juga mahu mereka merasai pengalaman itu. Tetapi bagaimana?

Adakah cara untuk membiarkan mereka berjalan raya dan memastikan keselamatan mereka di dalam masa yang sama? 

Tip untuk anak kecil pergi beraya dengan selamat

Mungkin tip berikut boleh dipraktikan semasa hari raya nanti;

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Meminta anak yang lebih besar mengikut anak-anak yang lebih kecil berjalan bersama. Mereka akan bertindak sebagai penjaga semasa berjalan. Dalam berseronok, dapat menerapkan rasa tanggungjawab untuk menjaga yang lebih kecil.
  2. Mengingatkan mereka tentang aturan keselamatan melintas jalan. Contohnya, anak kecil perlu mengangkat sebelah tangan ke udara ketika melintas supaya mudah dilihat oleh pemandu lain.
  3. Menetapkan syarat kepada anak-anak sebelum berjalan raya. Contoh syarat yang mereka perlu patuhi ialah:
    – pulang ke rumah selepas satu jam
    – tidak boleh keluar di waktu senyap atau sunyi
    – hanya boleh berjalan sehingga satu jarak yang dibenarkan sahaja
    – melaporkan setiap rumah yang mereka pergi
    tidak meninggalkan kumpulan
    – tidak menaiki kenderaan orang tidak dikenali
  4. Memakaikan mereka alat pengesan atau mengesan telefon bimbit mereka supaya anda boleh menjejak ke mana mereka pergi. 

    Foto ehsan wearble

  5. Menelefon jiran-jiran terlebih dahulu supaya memberitahu anda jika anak anda tidak sampai ke rumah mereka. Tolong menolong dengan jiran tetangga dalam memastikan keselamatan anak-anak.
  6. Minta mereka berlari mendapatkan perlindungan di rumah orang yang dikenali sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan.
  7. Menetapkan laluan yang mereka dibenarkan lalu.
    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Foto ehsan google

  8. Anda sendiri menghantar mereka berjalan raya, namun tunggu di hujung jalan untuk membiarkan mereka beraya dari rumah ke rumah di antara mereka.

Antara tip yang dicadangkan mungkin kelihatan seperti menyusahkan atau mahal.

Namun, bila ia melibatkan keselamatan anak-anak, ianya pasti berbaloi, bukan? Keselamatan anak-anak mengatasi segala 🙂

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamat menyambut lebaran dan semoga anda dapat mencuba tip keselamatan beraya dari kami ini ya!

Penulis

Aqma