Tip Travel Ketika Balik Kampung

Walaupun kita seronok balik kampung dan sibuk dengan barangan yang masih perlu di kemas, ada banyak lagi yang perlu dipertimbangkan serta disemak sebelum kita bertolak. Jom baca!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Persiapan balik kampung bersama keluarga dan bayi memang seperti berpindah rumah. Walaupun seronok balik kampung dan disamping barang-barang yang perlu di kemas, banyak lagi yang perlu dipertimbangkan serta disemak sebelum kita bertolak.

Servis kereta

Sumber gambar: belauto.com.my/

Pastikan kereta anda selamat dan dalam keadaan tip-top. Saya pasti tiada yang mahu kenderaan mereka rosak dengan tiba-tiba di jalan yang sunyi ataupun gelap.

Kalau boleh, elak dari berhenti di tepi jalan kalau tiada kecemasan kerana takut lori besar, bas ekspres serta kenderaan besar lain tidak nampak kereta anda.

Ini juga boleh menolong mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah (berhenti tepi jalan, kena rompak).

Pastikan jack kereta anda juga berfungsi. Periksa tekanan udara untuk keempat-empat tayar anda dan periksa tayar ganti juga (ini penting dan sering dilupakan!).

Ia adalah lebih baik jika anda mempunyai keahlian perkhidmatan kecemasan jalan seperti AAM atau insurans yang menyediakan perkhidmatan trak tunda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba mulakan perjalanan dari rumah apabila hari masih siang dan pastikan anda periksa semula barang-barang yang sudah dimuat dalam kereta terlebih dahulu.

Jangan lupa, apabila membawa anak-anak bersama-sama, pasti ada yang menyebabkan delay atau lambat, jadi rancang masa perjalanan anda dengan baik.

Tip untuk perjalanan di lebuhraya

Simpan nombor-nombor telefon berikut:

  • 999
  • 1-800-88-0000 untuk Lebuhraya PLUS
  • 1-800-888-021 untuk Lebuhraya LEKAS
  • 09-54791111 untuk Lebuhraya Pantai Timur dan,
  • 1-300-88-0035 untuk Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengguna-pengguna lebuhraya di atas boleh menelefon untuk menerima maklumat trafik terkini dan meminta bantuan pada bila-bila masa.

Pastikan anda bawa travel charger dalam kereta untuk telefon bimbit dan dapatkan bantuan orang lain untuk menelefon atau mendapatkan maklumat terkini. 

Tip travel untuk kanak-kanak dan bayi

Belikan carseat yang terbaik untuk anak anda dan rujuk buku panduan untuk memasangkan carseat dengan betul.

Jika ibu bapa kurang pasti jenis carseat yang lebih sesuai, baca sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut jenis-jenis carseat yang ada.

Semua kakak-kanak akan berkelakuan lebih baik ketika kenderaan masih bergerak. Tetapi, kalau berhenti ketika traffic jam, mulalah si kecil itu meragam!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, rancangkan perjalanan anda dan ketahui laluan alternatif yang boleh digunakan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk. 

Pastikan perut anak anda sudah kenyang dan bayi sudah diberi susu kerana ia tidak selamat untuk menyusukan anak dalam kereta yang bergerak.

Untuk perjalanan lebih dari 4 jam, rancang untuk berhenti sekali di kawasan rehat yang lebih baik dan lengkap.

Kebanyakkan kawasan rehat ini tidak dilengkap dengan bilik menyusu atau diaper changing station.

Pastikan untuk membawa alas berkusyen yang rata atau diaper changing kit untuk menukar lampin anak dan nursing cover untuk menyusukan bayi anda di dalam kereta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber gambar : Real mom reviews

Letakkan beg lampin di tempat yang mudah diakses

Pastikan beg lampin anda dilengkapi dengan lampin, tuala, bibs, pakaian bersih, tisu basah, sanitiser tangan, botol susu, serbuk susu yang dipisahkan, serta air kosong yang cukup untuk perjalanan. (Baca tip ini untuk barangan bayi yang perlu ada dalam kereta)

Jangan lupa bawa makanan ringan seperti baby puffs, teething rusks atau biskut beras. Sediakan beg plastik beg untuk pakaian kotor dan sampah.

Pasangkan mainan bercermin jika anak masih dalam carseat yang menghala ke belakang, mainan-main kecil, teethers dan jangan lupa download muzik kesukaan mereka untuk dibawa bersama. 

Sumber gambar : airsickness-bag

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu tip yang boleh saya kongsikan adalah untuk membawa beg muntah yang selalu terdapat di belakang kerusi hadapan dalam kapal terbang.

Lain kali naik kapal terbang, bawa balik beg itu. Ia ringan, kalis air dan sangat berguna kalau anak mabuk kereta dan tiba-tiba nak muntah. 

Tip dan peringatan lain untuk balik kampung Hari Raya ini

Sumber gambar : Tarfm.com

  1. Patuhi had laju lebuhraya untuk keselamatan keluarga dan elak dari disaman.
  2. Jangan main whatsapp/text semasa memandu.
  3. Lorong kecemasan hanya untuk kecemasan sahaja.
  4. Pakaikan tali keledar dan gunakan carseat.
  5. Jangan mengekori kenderaan berat dengan terlalu dekat.
  6. Beri perhatian kepada jalan dan kawal stereng kereta dengan kedua-dua tangan.

Yang paling penting, kita semua kena bersabar dengan satu sama lain kerana semua pun nak balik ke kampung dengan selamat dan tanpa kejadian yang tidak diingini.

Berhenti memandu jika mengantuk, bawa bergilir-gilir apabila perjalanan itu jauh.

Pandulah dengan cermat semasa balik kampung Hari Raya ini. Dapatkan rehat yang cukup pada malam sebelumnya dan amalkan sikap toleransi antara satu sama lain.

Jangan bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Biar lambat, asalkan selamat.

Sumber: Mak Chic, Salwasaleh

Penulis

Rosanna Chio