Doktor Ini Kongsikan 4 Tips Membentuk Anak Bijak, No. 3 Kena Amalkan!

Memiliki anak yang bijak memang impian semua ibu bapa. Untuk menjadikan anak anda bijak, mungkin anda perlu lebih banyak belajar tips anak bijak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki anak yang bijak memang impian semua ibu bapa. Untuk menjadikan anak anda bijak, mungkin anda perlu lebih banyak belajar tips anak bijak.

Anak bijak tidak datang dengan percuma, sudah pasti ada usaha yang perlu anda lakukan. Dalam tak sedar, banyak perkara kecil yang anak buat malah yang kita lakukan setiap hari boleh menyumbang kepada menjadikan anak itu seorang yang sangat bijak.

Memang kadang kala kebijaksanaan itu datang dan diwarisi daripada ibu bapa atau ahli keluarga lain, tetapi ada perkara lain yang perlu ibu bapa lakukan sebagai usaha sampingan untuk menjadikan anak mereka bijak.

Tips anak bijak, ibu bapa perlu mulakan

Menurut perkongsian seorang doktor di portal neuroversiti, katanya ada beberapa perkara yang sering kita lakukan dalam tidak sedar ia sebenarnya membuatkan anak anda menjadi bijak!

Tak percaya? Mungkin anda sebagai ibu bapa boleh mencuba dan buat eksperimen pada anak anda sendiri.

Bukan mahu buat mereka jadi tikus makmal, tetapi tidak salah kan untuk mencuba sesuatu perkara yang akan membawa kepada kebaikan tidak kiralah jika ia nampak simple sekali pun kan?

Tidak rugi untuk mencuba tips anak bijak yang diberikan doktor ini kerana ia bukanlah memerlukan modal besar sehingga ratusan ribu ringgit untuk dibelanjakan.

#1. Berjalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berjalan? Tidak sangka kan selama ini dengan hanya berjalan ia boleh menjadikan seseorang itu bijak.

Dalam kajian di jurnal Frontiers in Public Health tahun lepas mendapati berjalan 10 minit akan meningkatkan kapasiti menjawab soalan matematik bagi pelajar.

Memori mereka jadi lebih baik. Lebih menarik lagi pelajar yang tidak cemerlang akademik tunjukkan lebih peningkatan dalam ujian matematik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehlah jadikan berjalan ini aktiviti keluarga. Atau di saat anak buntu dengan kerja sekolah, minta anak berjalan dahulu. Sambung kerja sekolah kemudiannya.

Kajian lain di Journal Experimental Biology 2017 pula dapati berjalan kaki tingkatkan aliran darah ke otak. ​Peningkatan darah di otak naikkan prestasi otak dan baiki memori.

Berjalan saja kan? Takkan tak boleh cuba.

#2. Beri anak makan B.I.T

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita adalah apa yang kita makan. Anak kita pun sama. Anak kita adalah apa yang mereka makan.

Mereka makan jajan, itu tanda bahaya akan datang.

Beri anak kita makan B.I.T:

Buah Berries – Contohnya blueberI s, cherry, blackberries dan strawberries. Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi kuat dan hebat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi. Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.

Telur – Ia ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Menu wajib sarapan. Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak.

Perlu hati-hati dalam menjamu anak. Usah meracun anak sendiri.

#3. Berzikir untuk tambahkan sel otak

Kajian dari Harvard University tahun 2011 mendapati bahawa zikir besarkan hippocampus. Pusat memori dan belajar. Bayangkan apabila hippocampus besar. Apa akan jadi pada kemampuan mengingat dan belajar? Bukankah lebih hebat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian ini juga dapati amygdala, pusat takut manusia menjadi kurang aktif. Tiada ketakutan. Muncul tenang. Timbul damai.

Kajian dari Yale University pula dapati ia mampu tenteramkan fikiran liar kita. Fikiran yang melompat sakan dari satu topik ke topik lain tanpa henti. Bahasa Sains Otak ialah Monkey Mind. Bukankah apabila fikiran tidak melayang, kita terasa damai?

#4. Tidur awal supaya hormon dapat bekerja

Ini adalah perkara yang sering terlepas pandang. Ramai orang tidak peduli. Apalah yang ada pada tidur.Tidur ini istimewa. Allah ciptakan tidur khusus untuk kita. Apabila tidur tidak cukup, maka ada bahaya yang bakal menimpa. Apa dia?

Kesan tidur tidak cukup:

  1. Memori – prestasi memori merudum
  2. Keputusan – kemampuan membuat keputusan juga merosot
  3. Perubahan hormon pada otak. Boleh membawa kepada kemurungan
  4. Jadikan kita cepat lapar

Pastikan anak cukup tidur. Tidur antara 6 hingga 8 jam untuk dewasa penting. Tidur 9 jam untuk remaja dan kanak-kanak itu wajib.

Waktu tidur akan muncul ‘makcik cleaner’. Muncul di perut. Namanya melatonin. Tugasnya mudah. Mencuci. Proses healing semulajadi mengambil tempat. Andai tidur lewat, ‘makcik cleaner’ ini tidak dapat menjalankan tugas.

Bayangkan tandas yang tidak dicuci seminggu atau dua minggu. Bagaimana rupa dan baunya?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: neuroversiti

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-bijak

Penulis

Lala Annuar