Amaran: Artikel ini hanya untuk pasangan suami isteri. Jangan baca ia di hadapan anak-anak.
9 tips berasmara diam-diam jika ada anak di rumah
Nak bersama pasangan ketika ada anak atau bayi di rumah pasti akan menguji kreativiti setiap ibu bapa. Antara tips berasmara yang kita selalu dengar adalah anda kena buat seks sembunyi-sembunyi.
Tapi, itu bukan satu-satunya tips berasmara yang berguna. Kalau tanpa kaedah dan kreativiti yang betul, belum sempat anda memanaskan ranjang, pasti tiba-tiba kalian akan “diserbu” anak-anak.
Jadi kalau anda salah satu parents yang mengalami masalah sama, jom semak 9 tips bersama pasangan yang kami disediakan ini. Percayalah, ia amat berguna!
Kalau anda cuba tips ini nanti, pasti tersenyum sampai ke bibirlah nampaknya… Hehehe.
#1 Kunci pintu
Jangan lupa tips berasmara yang paling penting ini. Anda pasti tidak mahu anak tiba-tiba serbu masuk bilik ketika anda dan pasangan sedang bersedia untuk beraksi, kan?
#2 Suara jangan kuat sangat
Tips bercinta yang tak kurang penting, lebih-lebih lagi jika anda ada anak di rumah ialah memastikan suara kalian tidak terlalu kuat.
Kalau boleh, rendahkan suara itu walaupun ketika anda mengerang. Cuba guna tangan, kain atau cium pasangan di bibir saat anda mencapai klimaks. Barulah suara itu tak keluar dari bilik!
#3 Buat seks waktu pagi ketika anak tengah tidur
Kalau anda tidak dapat melakukan seks pada waktu malam sebab anak kerap terjaga atau menangis, apa kata kalian cuba ubah waktu berasmara ke waktu siang pula.
Cuba bangun lebih awal daripada jadual anak-anak. Ehem, lagipun waktu pagi biasanya senjata suami memang akan cepat terbangun, kan? Jalankan kerja anda sekarang!
#4 Pasang muzik dengan kuat
Selain menggunakan bantal, kain atau tangan, anda juga boleh mengurangkan bunyi desahan yang akan terbit ketika di ranjang dengan bunyi muzik.
Cuba pasang muzik dengan kuat ketika anda sedang beraksi.
#5 Biar anak leka dengan TV
Memang helah ini tidak terlalu bagus. Tapi kalau anda tiada pilihan lain, tak apa jika anda buat helah biar anak leka dengan TV ini sekali sekala.
Pastikan anda telah membuka siaran TV kegemaran anak-anak. Sementara anak leka itu, perlahan-lahan selinap masuk ke dalam bilik tidur okay…
#6 Tunggu sampai anak tidur
Biasanya, parents yang bijak memang akan menunggu anak mereka tidur dulu baru mereka akan berasmara. Jadi, jom trick mereka untuk tidur lebih awal.
Jangan lupa pastikan mereka betul-betul tidur, tau! Anda pasti tak mahu mereka tiba-tiba terbangun dan nampak anda atau suami tengah….
#7 Goda suami ketika bayi tidur siang
Jika anda mahu belaian manja suami, tapi kalian baru saja dikurniakan cahaya mata, pasti susah kan?
Tips berasmara yang kami sarankan adalah anda buat hubungan intim ketika bayi tidur siang. Sebelum bayi tidur, pastikan anda telah menukar lampinnya.
Selepas dia tidur siang sekejap, waktu itulah anda mula beraksi!
#8 Jangan biar katil berbunyi
Selain bunyi desahan dari mulut anda, hubungan intim di ranjang juga selalunya membawa bunyi dari katil. Elakkan bunyi-bunyi ini!
Jika katil sudah berbunyi dengan kuat hingga mampu membangunkan anak-anak, lebih baik anda sambung berasmara di bawah (di lantai saja!)
Kalau ada duit lebih, beli katil baru, yay!
#9 Buat di bawah selimut
Jika bilik anda tiada pintu dan hanya ada tirai, tips berasmara ini yang paling berguna untuk anda.
Cuba bersenggama di bawah selimut saja. Jangan berbogel dengan sepenuhnya. Tapi, cukuplah dengan membuka pakaian di bahagian bawah saja. Kemudian, tutup dengan selimut.
Kami harap tips ini berguna untuk semua pasangan suami isteri di luar sana. Jangan lupa save tips kami beri ini tau!
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.companduan-ibu-bapa-tidur-bersama-anak/