Tips beraya dengan anak-anak!

Kunjung-mengunjung belum selesai lagi! Beraya bersama anak-anak boleh jadi mencabar jika kita tidak melakukan persediaan yang cukup sebelum pergi beraya. Teruskan membaca artikel kali ini bagi mendapatkan tip-tip persediaan pergi beraya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips beraya dengan anak-anak

Yey, yey! Nak pergi raya lagi! Semestinya kanak-kanaklah yang paling seronok bila sebut pasal hendak pergi beraya. Mana tidaknya, pada mereka pergi beraya bermaksud dapat duit raya.

Namun sebagai ibubapa, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa pergi beraya bersama anak-anak kita. Ikuti saranan-saranan berikut:

1. Disiplin

Ingatkan anak-anak tentang disiplin di rumah orang sebelum pergi jalan beraya. Persediaan mental amat penting bagi kanak-kanak agar mereka dapat memahami tindakan anda sekiranya mereka ditegur jika tidak berkelakuan baik di rumah orang.

BERKAIT: How to deal with tantrums

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Pakaian

Pakaikan mereka dengan pakaian yang menyerap peluh dan kain yang tidak terlalu tebal. Maklumlah, Malaysia ini negara panas. Oleh kerana kita biasanya menghabiskan sehari suntuk untuk jalan-jalan beraya, adalah penting memastikan anak-anak kita sentiasa selesa agar mereka tidak mudah merengsa dan merengek. Kalau tidak nanti hilang pula ‘mood’ beraya kita…

3. Keperluan si kecil

Sekiranya anda akan beraya bersama si kecil, pastikan segala keperluannya dibawa: lampin pakai buang, barangan mandian, susu dan air panas, botol susu tambahan, pakaian, bekalan makanan jika bayi anda sudah boleh makan tetapi belum boleh makan makanan orang dewasa, tilam dan bantal kecil serta barang mainan agar dia tidak bosan dalam perjalanan dan ketika di rumah orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Baju menyusu

Bagi ibu yang menyusu badan, pastikan baju yang dipakai adalah sesuai untuk memudahkan anda menyelaknya  bagi menyusukan bayi. Jangan pula pakai kebaya ketat ala-Saloma kerana ini akan menyukarkan anda dan bayi anda dalam proses menyusu.

BERKAIT: Entertaining games in car during a long ride

5. Simpan susu perahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda bercadang menggunakan susu perahan ketika jalan beraya, pastikan anda membawa stok susu yang mencukupi bagi kegunaan seharian. Gunakan  ‘cooler bag’  bagi membawa stok susu perahan. Pastikan pek ais yang digunakan di dalam ‘cooler bag’ boleh bertahan sekurang-kurangnya lapan jam. Gunakan ‘warmer’ mudah alih bagi menghangatkan susu di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke rumah yang dituju dan simpan botol di dalam beg botol susu.

6. Jaga masa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elakkan berada terlalu lama di sesebuah rumah bagi mengelakkan anak-anak berasa bosan dan mula merengek atau ‘buat hal’. Anda mungkin merasakan inilah masanya untuk bersembang panjang bersama rakan-taulan tetapi jika anak-anak merengek, pasti itu akan menghilangkan ‘mood’ anda untuk berbual. Segeralah beredar apabila anak mula menunjukkan tanda-tanda stress atau bertindak agresif.

7. Hiburan semasa dalam perjalanan

Sekiranya perjalanan dari satu rumah ke rumah yang lain itu jauh jaraknya, bawa beberapa barang permainan sebagai hiburan bagi anak-anak anda yang sudah keletihan itu. Sekiranya anda ingin memberi mereka bermain dengan gajet, pastikan mereka boleh berkongsi dan tidak berebut dan bergaduh kemudiannya. Kalau macam tu, lebih baik jangan diberi dari awal-awal lagi…

BERKAIT: Penyusuan badan: Cabaran dan cara penyelesaiannya

Semoga kunjungan Hari Raya anda terus menyeronokkan bagi anda sekeluarga!
Jangan lupa ‘Like’ lelaman FB kami!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan