Wahai isteri, anda perlu lakukan 5 cara ini jika tak mahu suami curang!

Tidak ada seorang wanita yang mahu suami mereka curang. Jadi sebelum terlambat, cuba buat 5 tips bagaimana untuk cegah suami curang ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada isteri atau mana-mana wanita di dunia ini yang mahu menjadi mangsa curang. Jadi, bermacam cara yang sanggup kita dilakukan untuk cegah suami curang.

Namun, Dr Nikki Goldstein, seorang pakar seksologi mengatakan, ketidaksetiaan terdiri daripada pelbagai bentuk. Jadi, tiada cara yang pasti untuk menghalang pasangan dari curang.

Tapi, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk cegah suami curang. Ia juga boleh dipraktikkan oleh lelaki untuk mencegah isteri curang dan pergi ke lelaki lain.

Pakar hubungan suami isteri di Sydney Australia turut berkongsi 5 tips untuk mencegah curang dalam perkahwinan ini.

Antaranya ialah:

1. Cegah suami curang: Bertukar fikiran tentang maksud curang dan tidak setia

Masukkan subjek curang ketika anda berdua sedang meluangkan masa bersama. Tanya pada mereka tentang definisi curang.

Adakah keluar makan bersama kawan berlainan jantina atau chatting di media sosial dengan kawan berlainan jantina termasuk dalam definisi curang buat mereka?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bincang dan letakkan maksud curang yang sama antara anda berdua supaya anda tidak melakukan sesuatu yang anda anggap normal tetapi pasangan anda menganggapnya sebagai curang.

“Curang tidak semestinya melakukan hubungan seks dengan orang lain. Ia boleh jadi anda keluar berdua dengan lelaki lain atau sebagainya.”

Semua orang mempunyai pendapat yang berbeza tentang curang. Tapi, jika anda cuba menyembunyikan sesuatu untuk membuat pasangan anda tidak sakit hati, itu juga sebenarnya dikira sebagai tidak setia!

2. Hati-hati dengan tanda suami curang

Hati-hati dengan tanda suami curang boleh mencegah suami dari tersasar jauh. Jika anda merasakan suami anda semakin jauh atau hubungan tidak rapat seperti dulu, bincangkan dengan suami untuk tahu sebab yang pasti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, jika suami menunjukkan tingkah-laku yang mencurigakan, anda perlu berhati-hati. Contohnya, bila anda melihat suami menyembunyikan telefon atau laptop atau duitnya lebih banyak keluar dari biasa.

3. Cegah suami curang: Berkomunikasi dengan baik

Anda boleh mencegah pasangan dari curang dengan berkomunikasi secara jujur dan terbuka.

Walau apa pun masalah yang anda hadapi, sentiasa ceritakan permasalahan anda. Anda perlu tahu, setiap hubungan pasti mempunyai masalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jika anda termasuk dalam orang yang merasakan pasangan anda tidak akan curang, maka risiko anda lebih tinggi untuk mengalaminya. Jadi, pastikan anda selalu berkomunikasi dengan pasangan,” kata Dr. Goldstein.

Bincangkan segala masalah anda, jangan dipendam hingga lama-kelamaan masalah menjadi semakin besar dan tidak ada jalan penyelesaian.

4. Percaya gerak hati anda

Sentiasa percayakan gerak hati anda. Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena, bincangkan dengan pasangan anda.

Ketika perbincangan, jika pasangan kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu, anda patut curiga.

5. Cegah suami curang: Jujur tentang godaan yang dialami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika pasangan anda menceritakan tentang godaan yang mereka alami, jangan cepat marah, tapi anda perlu membantu pasangan mengatasinya.

Anda perlu hargai kejujuran pasangan anda kerana dia mengharapkan bantuan anda untuk terus setia. Oleh itu, anda perlu membantu pasangan anda untuk mengatasi godaan tersebut.

Anda juga harus jujur pada diri sendiri jika anda tertarik dengan seseorang atau ada seseorang mengajak anda keluar, anda harus mengaku pada pasangan anda dan mencari jalan penyelesaian.

Dr. Goldstein mengatakan, tiada cara yang tepat untuk melindungi perkahwinan dari ancaman curang kerana anda tidak boleh mengawal pemikiran dan tingkah laku pasangan anda.

Tapi dengan pendekatan yang tepat, anda boleh menguatkan lagi hubungan anda dan mencegah kecurangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Kenapa Lelaki Suka Curang Walaupun Sudah Berkahwin?

Penulis

Nadia Ghafar