Jaga-Jaga Malaysia Bakal Alami Pertambahan Kelahiran Bayi Pada 2021, Covid-19 Musim Orang Buat Anak!

Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, Malaysia berkemungkinan akan mengalami pertambahan bayi baru lahir yang drastik dan luar biasa!

Ramai suami isteri yang sudah lama berkahwin minta untuk dikongsikan tips dapat anak sama ada secara semulajadi atau perubatan moden. 

Malah kita boleh lihat banyak tips dapat anak ini dikongsikan oleh mereka yang berpengalaman sehinggalah wanita yang dikatakan tidak subur mula menunjukkan simptom untuk hamil. 

Namun, berbeza dengan situasi sekarang apabila pelaksanaan PKP dijalankan, peratusan untuk miliki anak itu mungkin tinggi. Kenapa agaknya ya? 

Seperti yang kita sedia maklum Malaysia kini telah berada di fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan susulan wabak corona virus atau Covid-19 semakin menunjukkan peningkatan.

Atas sebab itu, dapatlah suami isteri dan anak-anak meluangkan masa bersama-sama dengan melakukan aktiviti di dalam rumah.

Namun, persoalannya adakah dengan PKP yang dilanjutkan ini memberi peluang untuk setiap pasangan memperolehi cahaya mata atau menambah bilangan anak?

Malaysia mengalami pertambahan jumlah kelahiran bayi pada 2021

Ini mungkin boleh berlaku berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilakukan pada 18 Mac lalu dan telah dilanjutkan hingga 14 April.

Atas sebab itu, Malaysia berkemungkinan akan mengalami situasi pertambahan kelahiran bayi yang luar biasa pada Januari tahun hadapan.

Menurut Dr Hamizah Mohd Hassan, Ketua Unit Kesihatan Reproduktif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh mempengaruhi kadar kelahiran penduduk di Malaysia menjelang awal tahun depan.

Hal ini kerana, majoriti pasangan yang sudah berkahwin terpaksa berkurung sepanjang tempoh berkenaan.

Kejadian pertambahan penduduk di luar negara

Terdahulu beliau merujuk kepada kes kelahiran secara luar biasa yang pernah terjadi di luar negara seperti Maine dan New Hampshire Amerika Syarikat. Ia berlaku berikutan bandar tersebut ditutup beberapa minggu oleh kerana cuaca ribut dan salji yang buruk pada tahun 1998.

Beliau turut menambah, susulan dari kenyataan yang dilaporkan oleh Patrick Whittle seorang wartawan sekitar tahun 1998 di mana muncul ribut salji yang buruk di beberapa tempat di sana hingga menyebabkan bandar terpaksa
ditutup dan rakyat terperangkap dalam rumah dengan tempoh yang panjang.

Kemudian selepas sembilan bulan terjadi kelahiran yang luar biasa. Sebab itu, perkara yang sama boleh berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana tempoh PKP ini telah berlanjutan selama beberapa minggu.

Semua orang diminta duduk rumah

Boleh dikira hampir dua minggu kita terpaksa duduk di dalam rumah bagi mengekang wabak coronavirus yang telah menular dalam negara hingga membabitkan seluruh negeri.

Lebih membimbangkan kawasan zon merah seperti negeri Selangor dan Kuala Lumpur berada dalam fasa yang membimbangkan sehingga beberapa jalan telah ditutup susulan masih ramai lagi yang berdegil dan ingkar serta
berkeliaran di luar rumah.

Bukan itu sahaja, hampir semua operasi, jabatan, perniagaan dan lain-lain yang tidak berada dalam bidang khusus ditutup dan ditangguhkan operasinya.

Tips dapat anak: Amalkan perancangan keluarga

Bagi menangani kehamilan yang tidak dirancang, Dr Hamizah berkata sebaiknya setiap keluarga mengamalkan perancangan keluarga yang boleh diambil melalui kaedah tertentu seperti pil kontraseptif bagi mencegah kehamilan.

Selain itu, kaedah suntikan hormon pencegah hamil, memasang IUCD, implan dan memakai kondom juga boleh bantu mencegah kelahiran bayi secara mengejut di tahun depan.

Jika selepas melakukan hubungan intim dan kemudian wanita bimbang jika hamil, anda disarankan untuk terus makan pil cegah hamil kecemasan (ECP) sebanyak dua biji sekali makan disusuli sebiji pil selepas 12 jam.

Buat pengetahuan, pil ini boleh diambil dalam tempoh 72 hingga 150 jam atau tiga hari maksimum tetapi keberkesannya hanya 85 peratus sahaja.

Sementara itu, anda juga boleh menggunakan IUCD atau implan tapi jika sudah tamat tempoh, anda boleh ambil pil cegah hamil atau kondom.

Ia boleh dibeli dari farmasi atau kinik kerana termasuk dalam kategori C yang boleh dibeli tanpa preskripsi daripada doktor.

Justeru, diharap setiap pasangan suami isteri lebih bijak mengawal nafsu semasa tempoh PKP ini dan tahu merancang kehamilan supaya lebih bersedia untuk menerima kelahiran bayi di tahun hadapan.

Tips seks untuk elak hamil :

Opss dah terpancut dalam? Ini cara yang boleh dibuat untuk elak kehamilan selain pil cegah hamil, IUCD, implan dan lain-lain :

#1. Ini adalah cara yang paling jimat dan sesuai untuk tempoh PKP ini di mana isteri tak perlu makan pil perancang tapi elakkan bermain semasa waktu tidak subur.

Kalau susah sangat dan takut lupa, install app dalam telefon masing-masing dan dari situ boleh tahu bila waktu subur seterusnya elakkan bersama dalam tempoh tersebut.

#2. Kalau susah sangat dan tak mampu nak kawal keinginan untuk melakukan hubungan badan, apa kata anda pakai kondom secara tak langsung dapat mengelak isteri dari kehamilan yang tidak dirancang.

#3. Paling tidak tembak luar di mana suami mengeluarkan air mani di luar faraj isteri. Kaedah ini dapat mengurangkan sperma bertemu dengan telur.

#4. Lendir faraj biasanya menunjukkan yang isteri berada dalam tempoh kesuburan. Di mana ia kelihatan pekat dan anda dinasihatkan memerhati cecair ini semasa pagi dan bukan di waktu siang.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Berita Harian 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comtips-cepat-hamil