Tips Dari "Budak Kampung" Untuk Menguasai Bahasa Inggeris

Ini adalah cerita seorang “budak kampong” yang akhirnya, mendapat banyak anugerah di New York, Vienna, Korea, Australia dan pelbagai untuk kemahiran bentangan beliau dalam Bahasa Inggeris.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan pada zaman teknologi yang pesat membangun ini, penguasaan bahasa Inggeris amatlah penting untuk mengelakkan kita ketinggalan.

Justeru, masyarakat pelbagai lapisan usia amat digalakkan untuk menguasai bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris amatlah penting jika lebih-lebih lagi untuk anak muda yang ingin melanjutkan pengajian tinggi ke luar negara, kerana kebanyakan buku rujukan ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ini adalah cerita seorang “budak kampong” yang akhirnya, mendapat banyak anugerah di New York, Vienna, Korea, Australia dan pelbagai untuk kemahiran bentangan beliau dalam Bahasa Inggeris.

Kini, beliau telah mendapat PhD dalam bidang kedoktoran dari University of Adelaide, Australia. Tidah tersangka pula, masa kecil dulu, beliau tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Bak pepatah, “Usaha tangga kejayaan.” Antara tips yang berguna adalah:

Bermula dari diri sendiri

Anda mahu berubah, anda hendak berubah menjadi lebih baik. Perubahan bermula dari diri sendiri untuk meningkatkan kualiti diri. Berpegang kepada prinsip jangan mudah mengaku kalah. Berusaha dan terus berusaha. Berpegang kepada prinsip, Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal, anda mampu menguasai bahasa Inggeris dan mampu untuk mencabar keupayaan anda dengan lebih lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mampu jadi orang yang hebat hasil daripada usaha anda tanpa jemu.

Dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan

Nyatakan hasrat anda untuk menguasai bahasa pengantar asing ini. Usaha murni yang dilakukan anda pasti mendapat sokongan yang mantap daripada ahli keluarga sendiri

Keluarga anda pasti menyokong dan membantu anda, seperti menghantar anda pergi ke kelas tuisyen, atau belikan anda kamus atau alat bantuan lain seperti buku cerita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melihat anda berubah menjadi lebih baik pasti membuat ibu bapa anda terharu atas usaha anda. Kamus poket sudah memadai untuk permulaan.

Memotivasikan diri sendiri

Yakinlah bahawa anda boleh mencapainya. Fikirlah bahawa jika ada orang lain boleh lakukan anda pasti boleh lakukannya.

Abaikan ejekan dan sindiran. Sindiran dan kritikan pemangkin semangat untuk anda berjaya. Berusaha memajukan diri ke arah yang lebih baik. Buktikan yang anda mampu mengubah persepsi orang lain terhadap anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan orang melabel orang yang bercakap dalam Bahasa Inggeris sebagai seorang yang berlagak, lupa daratan dan pelbagai perkara negatif yang lain. Bergaul dengan orang yang positif dan bersemangat. Anda tidak akan terpengaruh dengan aura negatif mereka.

Rajinkan membaca

Bacalah banyak article dalam bahasa Inggeris. Tidak semestinya buku cerita, malah surat khabar dan artikel dalam internet pun boleh membantu.

Baca kamus anda untuk membantu anda memahami perkataan dalam bahasa inggeris.

Jadikan kamus rakan karib anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kamus poket adalah permulaan yang baik untuk menguasai bahasa Inggeris. Bawalah kamus poket anda kemana sahaja supaya masa yang berlalu tidak akan menjadi sia-sia.

Catatkan perkataan-perkataan yang baharu di dalam buku nota kecil berserta maksud.

Tonton dan dengar program yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Tonton dan dengar program di televisyen yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Cara agak mudah namun pada permulaan agak susah untuk memahami bahasa inggeris tanpa terjemahan bahasa Melayu.

Untuk memahirkan diri dalam bahasa inggeris, anda haruslah menonton drama atau program Inggeris tanpa terjemahan. Dengan cara ini, anda dapat melatih pendengaran dan pemahaman anda dalam bahasa Inggeris dengan lebih mendalam. Fokus setiap perkataan yang disebutkan didalam bahasa Inggeris.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Catatkan setiap perkataan baru

Membuat catatan di setiap perkataan yang baru anda jumpa boleh menajamkan ingatan anda. Tulis maksud perkataan dalam bahasa Inggeris, struktur penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat dan membuat catatan perkataan tersebut di dalam bahasa Melayu.

Terjemahkan mengikut pemahaman anda. Anda boleh menggunakan kamus untuk membuat rujukan penggunaan perkatan tersebut di dalam ayat.

Bercakap dan berfikir dalam Bahasa Inggeris

Monolog diri adalah penting. Contohnya, jika anda rasa anda perlu ke tandas, ucapkan ayat tersebut kepada diri sendiri di dalam Bahasa Inggeris. Lama kelamaan, anda sudah membiasakan diri untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Selain kamus, Cermin adalah kawan rapat anda. Bertutur di depan cermin boleh meningkatkan keyakinan diri anda.

Berfikir dalam Bahasa Inggeris

Kemampuan manusia terbatas. Manusia tidak mampu mengingat semua perkataan dalam tempoh yang cepat. Anda mampu mengubah situasi ini dengan berfikir dalam bahasa Inggeris.

Sebagai contoh " I better pack all my stuff earlier, for my vacation next week". Ini sudah cukup memadai. Jika anda sudah menguasai hampir kesemua kosa kata yang terdapat dalam kamus kecil, cabar diri anda untuk membaca kamus Bahasa Inggeris yang lebih besar.

Rencana dipetik dari Says dan laman Facebook Syahr Musafir

 

Penulis

Michelle Goh