Menjalani kehidupan berumah tangga tidak semuanya indah dan manis. Rasa tak best juga bila semuanya indah-indah belaka. Tentu ada masanya anda akan bertengkar dengan pasangan, kan?
Asam rumah tangga sememangnya begitu. Tapi bila isteri sedikit ego dan asyik marah-marah, tentu suami pun pening kepala nak settle. Tak pasal-pasal kena tidur luar bilik.
Sebenarnya, bukan suami saja yang tahu rasa marah. Isteri pun ada rasa nak marah. Tapi apakah tips hadapi isteri pemarah ini?
6 tips hadapi isteri pemarah
1. Memeluk erat isteri
Seharian menguruskan rumah tangga, ada ketikanya isteri akan berasa penat. Mana nak layan suami, anak-anak, mengemas rumah, basuh baju dan pelbagai lagi. Ini yang membuatkan isteri ada ketikanya rasa stres dan nak marah.
Terutama bila suami yang tak membantu. Jadi apabila anda melihat isteri sedang dalam keadaan tertekan dan marah-marah, pergilah belakang isteri dan peluk erat bahunya.
Kemudian bisikkan pada telinganya bahawa anda beruntung memilikinya sebagai isteri. Nak pujuk wanita senang je, dengan kata-kata manis sudah cukup!
2. Bawa ke shopping mall
Kalau nak tahu, isteri ini ada egonya juga. Pendek kata kalau gaduh dia saja nak menang. Tak nak ngaku kalah!
Suami pun mesti rasa fedup nak pujuk. Tak apa, senang saja nak settle, bawa isteri ke shopping mall. Tak lama kemudian surutlah rasa marah dia itu. Tambah-tambah isteri kaki shopping.
Tapi janganlah buat-buat merajuk dan marah-marah selalu, kering pulak poket suami nanti. Siapa yang susah? Anda dan suami juga susah, dapur pun tak berasap!
3. Membeli ikut kehendaknya
Mesti ada yang kata mengada-ngada point yang ketiga ini. Tapi sebenarnya untuk tips hadapi isteri pemarah, suami perlu mengikut kehendaknya.
Cubalah anda renungkan apakah nilai pengorbanan seorang isteri yang tak ternilai dengan wang ringgit anda. Dia yang bertarung nyawa melahirkan anak dan menguruskan rumah tangga.
Jadi tak ada salahnya untuk anda belanja isteri mengikut keperluan yang dia mahukan. Pasti isteri rasa berterima kasih layanan istimewa suami itu secara tak langsung terus tak jadi nak marah.
4. Tolong jadi ‘suri rumah’ sehari
Bila melihat isteri seolah menjeling-jeling anda dengan sanggul tingginya dan muka masih lagi masam mencuka, apa kata anda take over semua benda dalam rumah.
Ini juga tips hadapi isteri pemarah yang paling best. Cuba anda sebut kata-kata ini pada si isteri:
“Sayang..tak apa hari ini biar abang buat semua kerja rumah.”
“Sayang…biar abang bancuh susu anak.”
“Sayang…hari ini biar abang masak untuk makan malam kita ok?”
Pasti isteri rasa seronok dengan bantuan sedikit suami itu dan terus tak jadi nak marah selepas terlalu penat menguruskan hal rumah. Seronokkan macam ini?
5. Buat-buat senyum walaupun hati rasa takut ‘giler’
Ha…jangan main-main dengan amarah seorang isteri. Lagi-lagi kalau dia tengah tension dengan macam-macam hal.
Mana nak siapkan kerja pejabat, hal rumah, perihal anak-anak dan macam-macam lagi. Jadi, bila anda melihat isteri tengah kusut dan marah-marah, suami cuba dengar setiap bebelannya (walaupun sakit telinga dengar).
Sebab isteri memang suka meluahkan apa yang dirasa jadi suami perlu menjadi pendengar terbaik dan buat-buat senyum pasti isteri akan rasa sedikit cair kelak.
6. Pillow talk dari hati ke hati
Tarik lembut tangan isteri dan ajaknya berbicara sebentar di kamar bilik. Kemudian tenung matanya.
Ini mungkin akan ada sedikit perasaan emosi antara anda dan isteri. Kadang-kadang isteri selepas marah dia akan menangis jadi pujuknya perlahan dan katakan maaf padanya andai anda ada menysahkan dirinya saban hari.
Mudahkan? Semoga ia berkesan untuk para suami semua!
Pesanan buat isteri: Jangan lama-lama sangat marah nanti suami kena curi dek orang! 😀
Sumber: theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: