Menjelang hari raya yang bakal menjelma, kami di theAsianparent Malaysia menyediakan beberapa tips kemas rumah untuk raya agar nampak cantik dan membawa suasana baru untuk anda sekeluarga. Yang menariknya, anda tidak perlu berbelanja besar pun!
Apabila kita pergi ke rumah saudara mara dan rakan-rakan, pasti kita sukakan rumah yang kemas dan selesa seolah-olah kita dialu-alukan untuk menziarah. Mereka juga sama seperti kita, ingin lebih selesa apabila keadaan rumah bersih, kemas dan terurus.
Tambahan lagi, pada musim perayaan ini pastinya rumah bakal menjadi tumpuan kenalan yang mahu beraya dan menikmati di rumah kita. Takkanlah tuan rumah nak biarkan rumah dalam keadaan bersepah dan berbau , nanti apa pula kata tetamu?
Rahsia dan tips kemas rumah untuk raya
Ada yang berpendapat, rumah tidak kemas kerana perabot lama perlu ditukar baru, bosan dengan langsir yang sama dan macam-macam lagi. Memandangkan sudah terbiasa dengan semua itu, anda pun seolah malas nak mengemas dan mood nak bercantik pun hilang, mana boleh macam tu!
Jangan risau ya, ada cara mudah untuk memastikan keadaan rumah dalam keadaan kemas tanpa perlu menukar perabot atau mendapatkan barangan perhiasan baru.
Sebenarnya anda hanya perlu melakukan beberapa trik sahaja untuk menjadikan rumah kemas, cantik dan wangi hanya dengan melakukan beberapa perkara di bawah:
#1. Tips kemas rumah untuk raya- guna semula langsir lama
Kalau tahun ini tak ada bajet untuk tukar langsir, tak perlulah paksa suami untuk belikan juga. Kalau tiap-tiap tahun tukar langsir, kena sesuai dengan warna cat rumah, nanti kena cat baru pula. Hihi.
Jalan penyelesaiannya adalah gunakan yang lama, atau recycle semula yang beberapa tahun lepas. Tetapi memandangkan langsir yang hendak digunakan kerana sudah lama terperap dalam simpanan, pastikan anda basuh semula sebelum pasang.
Kami yakin anda mesti ada langsir lama yang sudah lama tidak diusik! Cubalah mesti rumah nampak berbeza, padahal langsir pakai semula saja.
#2. Cuci karpet
2-3 minggu sebelum raya tu, apa kata anda hantar karpet ke dobi untuk dicuci. Ada rumah yang tidak pernah hantar karpet untuk dicuci, malah hanya divakum sahaja sejak bertahun-tahun.
Kalau karpet tidak dicuci dengan baik, anda sendiri pun tidak pasti apa yang tersembunyi di celahan karpet tu! Lipat karpet anda sekarang dan hantar untuk cucian, bila dah siap anda akan nampak perbezaan ketara semasa ia dibentangkan semula.
Rasa macam beli karpet baru tau!
#3. Ubah kedudukan perabot
Kalau anda tidak mempunyai perabot baru tahun ini, anda jangan khuatir. Jalan penyelesaian paling mudah adalah mengubah susun atur perabot rumah yang ada dengan berlainan sedikit.
Jika anda mahukan suasana baru, kenalah berani buat perubahan! Yang ini kami jamin anda tidak akan menyesal sebab anda akan rasa macam pindah rumah baru dan pastinya berpuas hati!
#4. Jangan lupa cuci cadar bilik
Bila sibuk menguruskan banyak benda, pastinya tiba malam hari kita cuma fikir nak tidur je kan? Sudahnya, lupa hendak basuh cadar dan alas bantal sendiri!
Bagi masalah ini, jangan susah hati, semburan pembasmi bau dan kuman kan ada! Anda cuma perlu sembur Febreze di barangan yang berfabrik seperti cadar, sarung bantal, selimut, tilam, sofa dan juga langsir.
#5. Pastikan rumah berbau wangi
Bila tiba Hari Raya saja mesti para ibu akan sibuk menyediakan pelbagai juadah Aidilfitri. Walau bagaimanapun, bau masakan ini boleh tersebar memenuhi seluruh ruang rumah.
Bila rumah dalam keadaan cantik, tetapi ada pula bau ini mungkin agak kurang menyenangkan. Apa kata anda sediakan pewangi rumah automatik atau sembur sahaja pewangi di sekitar ruang tamu.
#6. Pinggan mangkuk sudah tersedia
Ha, buat yang tugasnya membersihkan pinggan mangkuk tu, pastikan jangan biarkan terkumpul pula. Sentiasa bersihkan pinggan mangkuk sebaik sahaja selesai satu sesi jamuan makan.
Kalau boleh, lakukan secara bergilir-gilir dengan ahli keluarga yang lain. Kalau seorang sahaja melakukan kerja ini, sampai ke petanglah anda tidak keluar dapur!
#7. Jaga penampilan diri
Apabila rumah kemas dan bersih, anda pasti berasa segar dan bersemangat untuk nampak lebih menarik di hari raya!
Takkan rumah je yang cantik kan? Meskipun sibuk di dapur dan menguruskan keperluan raya anak-anak, tuan rumah juga hendaklah berseri-seri kerana raya hanya setahun sahaja sekali!
Khas untuk pembaca theAsianparent
Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tips Rumah Bersih & Berkilat Menjelang Aidilfitri Menggunakan Vakum Dyson Digital Slim