Buat pengantin baru, malam pertama boleh menjadi sesuatu yang amat mendebarkan. Tetapi jika anda banyak membaca mengenai tips malam pertama, mungkin perasaan anda akan jadi lebih relaks.
Tahukah anda, menurut portal xgeneroyales, bagi pasangan dara dan perawan, peratusan hubungan seksual yang tidak berlaku pada malam pertama adalah lebih tinggi?
Selain tidak tahu cara yang tepat, perasaan takut dan janggal juga menyebabkan pasangan pengantin baru ini tidak dapat melayari malam yang penuh kebahagiaan itu.
Tips malam pertama untuk pasangan pengantin baru
Siapa saja yang tidak berdebar terpaksa berkongsi bilik dengan yang berlainan jantina yang selama ini tidak pernah dilakukan sama sekali.
Berdebar betul jadinya hingga jadi serba tak kena, malah ada rasa nak lari keluar dari bilik pun ada. Tapi apa pula kata orang nantikan?
Di sini dikongsikan tips dari XgeneRoyales cara-cara, nasihat dalam melayari bahtera malam pertama dengan jayanya.
Jangan nervous lagi ya! Anda boleh cuba praktikkan beberapa tips malam pertama agar mudah masuk ini.
#1. Ambil masa anda
Bagi pengantin baru, masing-masing masih lagi tidak mahir dengan cara-cara melakukan hubungan seks yang mahir. Jadi tak semestinya malam pertama anda perlu terus melakukannya. Ambil masa anda.
Tambahan lagi, pada malam pertama tersebut, pasangan pengantin boleh kekurangan tenaga akibat penat seharian melayan tetamu dan kenalan yang bertandang ke majlis perkahwinan.
Ditambah pula dengan suasana di rumah mentua yang sibuk, serta ramai tetamu yang barangkali turut sama tidur di sana.
Walaubagaimanapun, jika kedua pasangan sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, silakan sama-sama melayarinya.
Namun, jika salah seorang tidak bersedia, pasangan perlu bertolak ansur dan bertoleransi. Ini penting.
Sebab, kalau seks kali pertama tersebut dilakukan secara paksaan ataupun secara cepat (quickie), dikhuatiri anda tidak dapat menikmati ‘keasyikannya’ sepenuhnya.
Di samping itu, aktiviti seks kali pertama buat pasangan pengantin baru, pastinya akan jadi agak sedikit ‘bising‘ disebabkan proses pecah dara isteri yang sedikit menyakitkan.
#2. Bersenggama di awal pagi pun boleh
Tips malam pertama agar mudah masuk yang seterusnya adalah dengan mengadakan seks pada waktu pagi.
Sebagai langkah alternatif, hubungan sek suami isteri kali pertama boleh juga dilakukan pada waktu awal pagi selepas semua orang di rumah sedang lena tidur.
Kejutkan pasangan anda, dan pujuklah dengan mesra. Apa-pun jangan risau, untuk pengantin baru, tiap-tiap malam selepas itu masih dikira sebagai seks malam pertama.
#3. Jangan terpengaruh dengan filem
Dalam filem yang berunsur 18 sx, adegan-adegan sexs ganas yang ditonjolkan adalah dirancang dan nampak begitu sempurna.
Perwatakan pelakon yang bersedia, fizikal yang terbaik, dan ianya kelihatan berlaku dengan lancar sekali.
Ingat, realitinya bukan begitu. Jangan terikut-ikut dengan filem. Dalam filem-filem tersebut, kesemuanya hanyalah fantasi dan berunsurkan sexs ganas.
Adegan ‘aksi’ yang dilakukan kesemuanya sudah dirancang dari babak ke babak, telah di’shoot‘ beberapa kali sehingga sempurna, serta prosedur angle video taping yang tepat dan mengiurkan.
Fantasi yang keterlaluan ketika malam pertama selepas nikah akan menyebabkan keinginan pengantin baru tidak dapat mencapai jangkaan.
#4. Wajib tenang, usah terlalu takut
Tips sek suami isteri yang berikutnya adalah, kedua-dua pasangan wajib bertenang dan jangan terburu-buru.
Jangan fikir terlalu banyak benda yang bukan-bukan. Sehinggakan, jangan terlalu hafal langkah-langkah yang patut, serta jangan tunjukkan ekspresi muka yang tertekan dan risau.
Lebih mngeruhkan keadaan, jika salah seorang pasangan tak dapat bersikap tenang, pasangan yang lain juga pastinya akan menjadi tak keruan. Kuncinya adalah sentiasa bersikap semula jadi.
#5. Borak-borak manja dulu, barulah…
Dalam keadaan duduk di atas katil, ajak pasangan anda untuk berbual-bual. Mulakan dengan topik yang mudah dulu.
Tanyalah dia pasal soalan-soalan yang biasa anda tanya sebelum berkahwin. Ini akan menjadikan permulaan sek malam pertama yang hebat, kerana pasangan akan terus merasa selesa sesama sendiri.
Selepas anda rasa perbualan tersebut sudah cukup rancak, jangan malu-malu untuk berbincang tentang langkah seterusnya bagi menjadikan malam pertama pengantin lebih bermakna.
#6. Mulakan dengan teknik foreplay
Seringkali hubungan sexs suami isteri menjadi hambar adalah disebabkan oleh tiadanya foreplay semasa permulaan.
Jangan risau, foreplay sebenarnya tidaklah susah yang digambarkan.
Aktiviti foreplay ni bertindak sebagai muqaddimah, serta dapat menaikkan keselesaan dan nafsu pasangan pada awal hubungan seks. Warm up!
Ia boleh dimulakan dengan ciuman mesra pada bahagian bibir pasangan.
Persediaan malam pertama bagi suami isteri
Bagi para suami, pengalaman malam pertama adalah salah satu tempat untuk membuktikan kasih sayang di awal perkahwinan. Antaranya:
1. Senaman fizikal yang kerap sejak lama sebelum perkahwinan
Ketahanan anda di atas katil dapat menjadikan pengalaman malam pertama lebih bermakna.
Senaman fizikal yang kerap mampu meningkatkan keupayaan untuk menegakkan kemaluan kerana ia meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Ini bermakna ia akan melancarkan saluran darah. Kemaluan lelaki tidak mempunyai tulang, jadi ia boleh menjadi ereksi kerana darah memenuhi urat di kawasan zakar apabila anda berasa lega.
Selain itu, senaman membantu melegakan tekanan. Apabila anda mempunyai peredaran darah yang lancar dan santai, anda tidak perlu risau tentang sukar ereksi.
2. Jaga penampilan
Suami isteri hendaklah sama-sama menjaga penampilan. Pastikan anda kelihatan terbaik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pastikan rambut kemas dan terurus, tidak berbau busuk dan juga berkelemumur.
Pastikan juga seluruh badan disabun dan buang segala kotoran.
3. Rancang apa yang ingin dilakukan di atas katil
Ian Kerner, PhD, ahli terapi seks memberitahu WebMD tentang kesilapan biasa yang dilakukan pada malam pertama.
Dia mencadangkan, salah satunya adalah untuk memulakan malam pertama terus di atas katil.
Malah, keinginan seksual tidak akan muncul serta-merta. Anda boleh melakukan ini dengan memegang tangannya, mengurutnya, memeluknya, atau mencium.
Bermula dengan pelukan hangat selama 30 saat, ia akan merangsang oksitosin, hormon wanita yang menghasilkan rasa perhubungan dan kepercayaan.
Selain itu, anda boleh mulakan dengan sembang romantis. Malah kongsikan kisah malam pertama yang pernah anda baca di internet dan selitkan beberapa babak mesra bersama. Kena ingat bahawa malam pertama bukan tentang seks semata-mata.
4. Pengambilan nutrien untuk meningkatkan tenaga agar tahan lebih lama
Makanan dan minuman juga sangat penting untuk persiapan malam pertama anda.
Kenapa begitu? Makanan dan minuman mengandungi nutrien yang bermanfaat kepada tubuh, contohnya dalam proses metabolisme tenaga.
Elakkan ambil makanan yang berbau kuat seperti petai, durian ataupun bawang putih.
Pendarahan kerana pecah dara, adakah ia menyakitkan?
Tindakan dan aksi yang begitu gelojoh pada malam pertama boleh membuatkan sesetengah isteri tidak begitu menikmati hubungan di ranjang kerana hanya kesakitan sahaja yang dirasakan.
Justeru adalah penting untuk para suami mengetahui bahawa tidak semua dara pecah disebabkan oleh hubungan sek suami isteri.
Jika pasangan sudah pecah dara sebelum cerita malam pertama, ia berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti harian seperti terlalu lasak atau bersukan.
Berikut beberapa tips pecah dara isteri tanpa rasa sakit:
- Biasakan diri dengan bahagian tubuh pasangan. Suami perlu pandai merangsang isteri dengan meneroka bahagian intim menggunakan jari terlebih dahulu
- Beritahu pasangan dengan kaedah pujukan. Disebabkan oleh sexs kali pertama boleh menyebabkan ketidakselesaan, adalah lebih baik jika anda menyusu ayat yang boleh membuatkan isteri tenang. Pastikan aksi dilakukan perlahan-lahan
- Ikut rentak pasangan. Perhatikan reaksi isteri ketika anda mula membelai tubuhnya. Jangan terburu-buru, berikan yang terbaik buat pasangan
- Ajar pasangan. Beritahu isteri apabila dara pecah, ada apa lagi yang anda berdua boleh lakukan bersama. Bila anda dan pasangan sudah selesa, boleh lajukan lagi rentak bersama.
Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda teruskan adegan seterusnya.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Seks Kali Pertama Menyakitkan? Newlyweds, Ini Yang Anda Patut Tahu
Baca juga: Suami Suka Isteri Yang Mulakan Seks, Rangsang Titik Sensitif Ini Untuk Lebih Ghairah!
Baca juga: Cumbuan Ghairah & Kod Seksi, Antara 30 Aksi Yang Mampu Tarik Perhatian Suami!