Tips Melancong Dengan Anak Kecil

Teringin untuk pergi melancong tetapi anak kecil anda membuatkan anda berfikir dua kali? Jangan risau. Ia tidak sesukar yang anda sangka. Jom tengok tips melancong dengan anak kecil yang kami kongsikan di sini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sewaktu zaman bujang atau masih berdua dengan suami, jika terasa sahaja ingin pergi berjalan-jalan atau melancong ke luar negara, pasti anda tidak akan berfikir panjang. Siapkan sahaja beg, beli tiket, dan anda bersama rakan-rakan atau pasangan tercinta akan terus berada di dalam perjalanan menuju ke destinasi percutian anda.

Namun, setelah mempunyai anak, terutamanya yang baru lahir atau masih kecil, sudah pasti ia membuatkan anda ragu-ragu sama ada melancong adalah idea yang terbaik untuk anda. Jangan risau. Sebenarnya, dengan perancangan yang teliti dan persiapan yang rapi, aktiviti melancong anda tidaklah seteruk yang anda fikirkan.

Beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan

Apabila melancong dengan anak kecil, ada beberapa perkara asas yang anda perlu pertimbangkan. Di antaranya ialah:

  • Destinasi pilihan anda – Adakah ianya di dalam negara atau di luar negara? Jika di luar negara, antara kos tambahan yang anda perlu sediakan adalah pasport untuk si kecil itu. Juga, terdapat kelengkapan tambahan yang perlu anda sediakan.
  • Tentukan pengangkutan anda – Jika anda ada anak kecil, pertimbangkan juga jenis pengangkutan yang anda bercadang untuk gunakan. Jika kapal terbang, berapa banyakkah transitnya? Berapa jam perjalanan? Jika menaiki kapal terbang atau kereta, adakah kerusi bayi anda cukup selesa untuk perjalanan jauh?

Source: Whattoexpect.com

  • Ketahui jarak perjalanan – Berapa lama masa yang akan di ambil untuk anda sampai ke destinasi? Ketahui beberapa senarai barangan yang perlu anda sediakan untuk anak anda bagi keperluan sepanjang perjalanan.
  • Kemudahan di tempat penginapan – Jika anda bercadang untuk menginap di hotel atau homestay, pastikan anda ketahui beberapa aspek tentang hotel anda. Adakah ia mesra kanak-kanak? Adakah hotel anda menyediakan kemudahan keperluan untuk anak kecil.
  • Makanan untuk anak kecil – Selalunya hotel atau resort tempat anda menginap akan menyediakan makanan untuk para tetamu. Namun, adakah hotel tersebut menyediakan makanan untuk anak-anak. Jika tidak, pastikan anda membuat persiapan untuk makanan si kecil.
  • Sediakan perubatan kecemasan – Ini adalah antara yang sering di lepas pandang ketika melancong dengan anak kecil. Perkara yang tidak di jangka mungkin terjadi dan jika anda tidak membawa keperluan perubatan, seperti kotak kecemasan, amat sukar untuk anda mengatasi kecemasan tersebut.

Nak tahu tips tambahan yang akan memudahkan percutian anda bersama si kecil? Baca seterusnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas mempertimbangkan beberapa perkara asas di atas sebelum memilih tempat pelancongan, berikut merupakan beberapa tips melancong yang kami ingin kongsikan, jika anda bakal pergi berjalan-jalan dengan anak-anak kecil.

Tip melancong dengan anak kecil – Cubanya untuk percutian yang lebih menenangkan

  1. Pastikan anda menyiapkan bag terlebih awal. Antara tip untuk mempermudahkan anda menyusun barangan di dalam beg adalah dengan menyusun keperluan pakaian dan makanan mengikut hari.
  1. Semasa menyiapkan beg, masukkan barangan mengikut hari ke dalam beg plastik vakum untuk mendapatkan lebih banyak ruang di dalam beg bagasi. Labelkan juga beg supaya anda tidak terlupa.

Source: Eastcoastmommyblog.blogspot.my

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pastikan baju, seluar, stoking, kasut dan sebagainya di susun bersama-sama supaya mudah anda untuk mengeluarkan dari beg dan memakaikannya kepada anak anda – satu set pakaian harian elok terletak bersama-sama.
  1. Asingkan kain napkin bayi dan set losyen/tisu lembap untuk mencuci di dalam beg diaper yang berasingan. Senanglah anda untuk mencapai napkin jika anda perlu menukar lampin bayi ketika dalam perjalanan atau ketika sedang melancong ke tempat-tempat pilihan. Bawa sahaja beg yang penuh dengan kelengkapan menukar lampin ini.
  1. Sediakan juga beg untuk digalas. Masukkan sehelai dua baju tambahan bayi dan juga baju anda. Takut-takut si kecil terbocor! Jadi, dapatlah anda menukar baju bayi dan juga baju anda yang kotor itu dengan mudah – tidak perlu menggeledah beg bagasi.
  1. Masukkan juga set mandian bayi dan kotak kecemasan di dalam beg plastik berasingan. Selain memudahkan anda mengambil barangan ini, plastik tersebut juga boleh mencegah syampu atau ubat yang tertumpah dari bocor terkena baju anda yang lain.
  1. Bawa beg plastik kosong tambahan. Anda mungkin memerlukannya untuk membungkus apa sahaja pakaian atau barangan kotor.
  1. Pastikan anda tahu nombor panggilan kecemasan di tempat yang anda ingin tujui. Kalau ada kecemasan yang serius, bolehlah anda menghubungi nombor ini dengan cepat.
  1. Jika anda menaiki kapal terbang, pastikan anda tahu tentang peraturan membawa naik botol cecair ke dalam kabin. Selalunya, botol yang mengandungi cecair lebih daripada 88ml tidak dibenarkan. Jadi, pastikan anda menyemak isipadu losyen bayi anda. Peraturan ini tidak dikenakan bagi makanan bayi, susu ibu di dalam botol, dan minuman formula bayi.
  1. Ambil giliran dengan pasangan anda untuk menjaga atau mengendong bayi. Ini supaya anda berdua tidak keletihan dan dapat menikmati percutian bersama-sama.

Jika anda membawa bayi anda melancong, ketahui senarai semak barangan bayi yang perlu di bawa di halaman seterusnya.

Jika anda ada bayi dan ingin pergi melancong, sudah tentu senarai barangannya lebih panjang. Cuba tengok tip senarai barangan yang perlu anda bawa ketika melancong bersama anak kecil ini. Mungkin ia membantu!

Senarai barangan yang perlu di bawa ketika berjalan-jalan dengan bayi

  • Kerusi kereta bayi yang mudah alih dan ringan. Kalau ada bajet lebih, sediakan yang jenis 2-in-1 dengan kereta sorong bayi yang mudah untuk dilipat-lipat.
  • Bawa ‘carrier baby’ yang boleh di gunakan semasa berjalan-jalan. Sama ada yang jenis di letakkan di pinggang atau di galas di belakang.
  • Bekas mandian bayi yang boleh dipam dan dikecilkan semula (inflatable baby bathtub). Jenis yang bergetah dan berudara sebegini mudah untuk dipek di dalam bagasi anda.
  • Bawa pam susu dan beberapa botol, puting, dan cawan bayi. Bawa lebih dari satu pun tidak mengapa jika anda melancong seminggu dua. Bawa juga kain sendawa si kecil.
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Source: Babyblankets.com

  • Bawa topi dan jaket untuk si kecil sebagai persediaan jika cuaca menjadi terlalu terik atau dingin.
  • Minuman formula susu dan snek bayi jika dirasakan perlu.
  • Jika anak anda sudah makan makanan pejal, bawa satu set pinggan mangkuk/cawan/botol plastik. Bawa juga berus botol untuk mencuci botol susu yang telah digunakan.
  • Beberapa mainan kegemaran si manja anda untuk menenangkannya sewaktu di dalam kerusi bayi.
  • Tisu lembap, losyen bayi, dan krim ruam – simpan di dalam beg galas atau beg tangan anda.
  • Bawa selimut kecil berserta lapik getak. Selimut digunakan untuk mengelakkan si kecil dari kesejukan dan lapik getah boleh di gunakan ketika menukar lampinnya.

Jika destinasi percutian telah di pilih sebaik mungkin dan persediaan sewaktu berjalan-jalan di buat secara rapi, anda pasti akan berasa lebih tenang dan yakin ketika membawa anak kecil anda berjalan-jalan.

Yang paling penting, hayatilah percutian tersebut. Jangan tertekan jika perkara yang tidak di duga terjadi, kerana percayalah, ia akan terjadi! Tarik nafas, senyum dan gunakan barang yang telah anda sediakan untuk mengatasi masalah yang timbul. Sememangnya percutian dengan anak kecil memberikan pengalaman yang manis dan berharga buat ibu bapa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor