Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia Dalam Pesawat AirAsia Ketika Penerbangan KL-Perth

Sekiranya anda ingin membawa bayi travel, pastikan anda mengetahui tips membawa bayi perjalanan jauh agar sampai ke destinasi dengan selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keselamatan anak kecil haruslah dititik beratkan apabila melalui perjalanan yang jauh, terutamanya apabila melibatkan bayi yang mempunyai isu kesihatan. Ibu ayah, teruskan pembacaan bagi mengetahui tips membawa bayi perjalanan jauh.

Bayi Meninggal Dalam Perjalanan Ke Australia

Seorang bayi berusia 2 bulan telah meninggal dunia di pangkuan seorang penumpang lain berikutan kecemasan perubatan di atas pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Perth. Keluarga bayi tersebut yang berasal dari Arab Saudi, menaiki penerbangan tersebut dengan niat untuk berhijrah menjalani kehidupan baru bersama keluarga di Australia.

Nadia Parenzee, wanita yang memegang bayi tersebut.

Nadia Parenzee, seorang wanita asal Perth, merupakan penumpang yang terakhir memegang bayi tersebut sebelum bayi tersebut, Farah, meninggal dunia dalam dakapannya.

"Terbang pulang dari Malaysia pagi ini saya menghadapi situasi yang paling sukar dihadapi. Saya mendakap bayi yang baru lahir dan Tuhan mengambil nafasnya yang terakhir di tangan saya." kata Parenzee dalam catatan Facebook.

Bayi Tidak Berhenti Menangis

Parenzee berkata semasa kejadian tersebut, ibu bapa Farah telah memintanya memegang bayi tersebut yang kelihatan resah dan tidak henti menangis dari mula pesawat berlepas.

"Saya menawarkan pertolongan kepada ibu bapa dan kakitangan bantuan kerana saya dapat melihat ibu bapa bayi tersebut nampak tertekan," katanya. "Ketika saya cuba menutup mata untuk tidur, pelayan wanita AirAsia mengetuk saya di bahu untuk menolongnya. Ibu bapa yang menawarkan bayi kepada saya, dan kelihatan buntu di mata mereka, lalu saya mengambilnya di tangan saya dan segera membaca Surah Fatiha." "Kemudian Farah mengambil nafas terakhir dan terus lemah. Saya dengan serta-merta tahu sesuatu yang tidak kena dan berteriak kepada penumpang untuk melihat sama ada terdapat doktor. " Parenzee berkata usaha dibuat untuk memulihkan kanak-kanak selama kira-kira 2 setengah jam. "Saya tidak tahu apa yang perlu dirasakan tetapi saya dengan jujurnya berasa bersyukur dapat mendoakannya sebelum bayi itu meninggal dunia," katanya.

Jurucakap AirAsia berkata pesawat itu dipenuhi oleh polis dan paramedik ketika tiba di lapangan terbang Perth pada pagi Isnin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami, dan mengikut prosedur, kru penerbangan akan segera meminta bantuan perubatan ketika mendarat," katanya.

Laporan polis akan disediakan untuk siasatan koroner.

Tips Membawa Bayi Perjalanan Jauh

  1. Sekiranya perjalanan menaiki kapal terbang, pastikan bayi diberi susu dan makanan semasa kapal terbang mula berlepas dan selepas mendarat bagi menghilangkan sakit telinga.
  2. Jika anak mempunyai masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor bagi mengesahkan ia selamat untuk bayi menaiki kapal terbang atau melalui perjalanan jauh.
  3. Sediakan topi/krim pelindung matahari untuk bayi. Bayi di bawah usia 6 bulan harus elak dari cahaya matahari sama sekali, manakala bayi antara usia enam bulan dan setahun haruslah terhad, terutamanya antara jam 11 pagi dan 3 petang pada hari yang panas.
  4. Bawa krim ruam lampin, plastik untuk lampin terpakai, lampin yang secukupnya untuk sepanjang perjalanan dan paracetamol bayi untuk mengurangkan kesakitan dan demam. Sediakan kit keselamatan yang bersesuaian untuk bayi anda.
  5. Pastikan kereta anda dilengkap pelindung cahaya matahari untuk melindungi bayi dari terik matahari,
  6. Letak bayi di kerusi kereta bayi dan pakaikan tali pinggang keselamatan dengan baik. 
  7. Jika membuat perjalanan dengan kereta, bayi patut sentiasa duduk di dalam kerusi kereta bayi menghadap ke belakang, sebaik-baiknya di tempat duduk belakang.  Jangan letakkan kerusi kereta bayi anda di tempat duduk penumpang hadapan yang ada beg udara.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya perlu bawa anak 4 bulan travel 8 jam, apa yang perlu saya sediakan?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: babycenter.com

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman