Tips Membesarkan Anak Lelaki

Biarlah mereka panjat pokok, main parit dan memelihara alam semula jadi. Tapi jangan lupa untuk mendidik anak lelaki anda menjadi gentleman juga!

Untuk membesarkan anak lelaki, ibu dan bapa haruslah menempuhi pelbagai cabaran kerana anak lelaki, terutamanya, kerana mereka lebih bertenaga dan lasak dan untuk membesarkan mereka dengan baik, kita memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Apa cara mendidik anak lelaki yang betul?

Dibandingkan dengan anak perempuan yang kita boleh menghadkan pergerakan mereka dan mereka berupaya duduk secara diam sambil bermain dengan mainan, anak lelaki pula, tidak boleh dididik dengan cara yang sama.

Ini adalah tips dari Khadijah Tahirah Seikh Salim untuk mendidik anak lelaki dan bagaimana beliau mendidik 4 orang puteranya.

5 Cara Mendidik Anak Lelaki Dengan Betul

Anak lelaki perlu main di luar

Anak lelaki kan banyak tenaga dan suka berlari, bergusti, bermain dan ia adalah bagus untuk kesihatan mereka jika mereka boleh bemain di luar. Biarlah mereka memanjat pokok, bermain parit dan ajarlah mereka untuk memelihara alam semulajadi.

Biarlah juga mereka membuka kasut, sentuh tanah dan jalan tampa kasut. Biarlah mereka rasa rumput di tapak kaki mereka dan ia akan meningkatkan system imuniti mereka dan neutralize cas negatif.

Beri anak lelaki haiwan peliharaan

Tak kisahlah walaupun ikan guppy, anak kucing, anak anjing, ajarlah mereka bagaimana untuk memelihara haiwan mereka.

Ajarlah mereka untuk memelihara binatang dengan lembut supaya mereka tahu belas kasihan dan membesar dengan baik dan boleh menjaga anak isteri dengan baik.

Anak lelaki perlukan ayah

Ayah adalah idola setiap anak lelaki. Ayahlah yang mengajar mereka bagaimana menjaga keluarga, bermain dengan mereka dan paling penting sekali, ayah juga haruslah meluangkan masa untuk membawa anak lelaki ke masjid. Ajarlah anak lelaki ajaran agama Islam. Bimbinglah mereka ke jalan yang baik.

Anak lelaki perlukan ibu

Ibulah yang sentiasa mendengar dan mengasihi. Ajarlah mereka dengan lembut dan mereka akan belajar menghormati wanita. Ibu juga ada cara dan seni untuk membimbing anak lelaki supaya mendengar kata. Ibu juga haruslah mendidik dan memberi kasih sayang, tampa belah bahagi.

Peluklah anak anda

Anak anda hanya kecil sementara sahaja. Sekejap saja mereka akan membesar, peluklah mereka selagi berdenyut nadi.

 

Penulis

Michelle Goh