Kanak-kanak dibelasah teruk oleh pengasuh, ini sebab mengapa anda perlu pilih pengasuh terbaik!

Apabila meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain, ibu bapa harus buat pemeriksaan lanjut dan temuduga sebelum memilih pengasuh anak. Jadikan kes ini sebagai pengajaran.

Memilih pengasuh anak yang baik adalah perkara yang penting, terutamanya untuk ibu bapa yang terpaksa meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain.

Apakan daya kalau ibu bapa perlu mencari duit untuk menyara keluarga dan anak. Kadang-kadang hati pun rasa tidak tenang apabila membaca mengenai kes penderaan oleh pengasuh dan taska yang semakin berleluasa.

Kepentingan memilih pengasuh yang baik - Gadis 3 tahun dibelasah teruk

Menurut laporan ABC News, pihak berkuasa telah mendapati seorang gadis dalam keadaan tidak sedar apabila menerima panggilan dari pengasuh kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu sukar bernafas dan mukanya penuh dengan lebam.

Hannah yang berusia 3 tahun dihantar ke Hospital Kanak-kanak Cincinnati, di mana dia disahkan mati otak. Jantung dan paru-paru Hannah juga tidak dapat berfungsi tanpa bantuan mesin!

tips memilih pengasuh anak, memilih pengasuh anak, tips memilih pengasuh anak yang baik, cara mencari pengasuh anak yang baik, ciri ciri pengasuh anak yang baik, tips memilih pengasuh bayi, mencari pengasuh, mencari pengasuh bayi, mencari pengasuh anak, mencari pengasuh anak di rumah, mencari pengasuh anak datang ke rumah, mencari pengasuh datang ke rumah, tanda pengasuh baik, ciri ciri pengasuh yang baik, ciri pengasuh baik, pengasuh yg baik Lindsay Partin mengaku telah "memukul dan menggoncang" kanak-kanak itu. 

Ayah Hannah, Jason Wesche sangat bimbang anak gadisnya tidak akan hidup. Beliau dipetik mengatakan:

"Saya tidak dapat menerangkan perasaan hati saya sekarang. Bayangkan perasaan kehilangan anak disebabkan perbuatan ganas," katanya dengan sebak ketika ditanya oleh WWSB.

Ketika itu ayah Hannah baru menerima berita dari doktor yang anak gadisnya mungkin hanya dapat bertahan beberapa hari lagi. 

Tips memilih pengasuh anak yang baik 

tips memilih pengasuh anak, memilih pengasuh anak, tips memilih pengasuh anak yang baik, cara mencari pengasuh anak yang baik, ciri ciri pengasuh anak yang baik, tips memilih pengasuh bayi, mencari pengasuh, mencari pengasuh bayi, mencari pengasuh anak, mencari pengasuh anak di rumah, mencari pengasuh anak datang ke rumah, mencari pengasuh datang ke rumah, tanda pengasuh baik, ciri ciri pengasuh yang baik, ciri pengasuh baik, pengasuh yg baik Walau dokumen menunjukkan mereka berpotensi menjadi pengasuh yang baik, pastikan ibu bapa melakukan semakan lanjut.

Jadikan tragedi ini sebagai peringatan supaya ibu bapa lebih berhati-hati apabila memilih pengasuh anak. Lakukan pemeriksaan yang teliti dan jangan sebarangan kerana terdesak.

Ingat, anda akan meninggalkan anak di bawah jagaan mereka. Berikut antara beberapa tips dan perkara penting yang perlu dipertimbangkan apabila memilih pengasuh anak: 

  • Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Pastikan ibu bapa melakukan pemeriksaan teliti dan menemuduga bakal pengasuh beberapa kali sebelum membuat keputusan.
  • Tanya mereka soalan bersenario semasa temuduga itu. Dari cara pengasuh menjawab dan bertindak balas, ibu bapa akan tahu serba sedikit mengenai kemahiran dan personaliti pengasuh berpotensi itu.
  • Lakukan pemeriksaan latar belakang. Lakukan kajian sendiri mengenai perkhimatan pengasuh yang berpotensi. 
  • Tanya majikan sebelum ini. Ini akan banyak membantu ibu bapa untuk memilih pengasuh anak yang sesuai. 
  • Percaya dengan naluri diri sendiri. Akhirnya, dengar bisikan hati sendiri. Jangan memilih pengasuh anak jika rasa tidak nyaman hati. Percayalah naluri sendiri, kerana kebanyakkan masanya naluri anda adalah tepat.

Apakah petua atau tips lain yang ibu bapa boleh cadangkan? Pernah ke ibu-ibu rasa kurang senang hati ketika memilih pengasuh anak? Kongsi dengan kami di dalam ruang komen di bawah. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ABC News , Boston Children's Hospitallaman Facebook Kaitlyn Wesche

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!