X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Video Tular Pengasuh Mencampak Bayi – Para Ibu Sekalian, Jom Ketahui Tanda Anak Kita Didera!

25 Apr, 2017
Video Tular Pengasuh Mencampak Bayi – Para Ibu Sekalian, Jom Ketahui Tanda Anak Kita Didera!

Tular sebuah video yang merakam tindakan kasar seorang pengasuh terhadap seorang bayi dan kanak-kanak lelaki di pusat asuhan kanak-kanak. Ia mendapat kecaman dari pelbagai lapisan masyarakat. Para ibu sekalian, jom ketahui tanda anak kita didera.

Malaysia dan kes dera bayi di pusat pengasuhan kanak-kanak sememangnya (dan malangnya!) tidak dapat dipisahkan. Malah, dengan teknologi CCTV yang ada kini, semakin banyak kes penderaan bayi dan kanak-kanak yang terbongkar.

Baru-baru ini, telah tular satu video yang dirakam oleh CCTV yang menunjukkan seorang pengasuh telah berlaku kasar dan diluar perikemanusiaan.

Para ibu sekalian, jom ketahui tanda-tanda anak kita didera! Kita boleh mengelakkannya daripada berlaku kepada ahli keluarga kita.

Seorang Bayi dan Kanak-Kanak Lelaki Dicampak dan Dihempas di Satu Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Dalam satu video yang telah dimuat naik di internet baru-baru ini (anda boleh tontonnya di sini), seorang pengasuh di sebuah pusat pengasuhan kanak-kanak telah dirakam menghempas seorang bayi lelaki ke atas tilam.

Bayi malang itu juga turut dipukul dan diterbalikkan dengan kasar. Kepalanya kemudian dipukul dari belakang. Kelihatan kanak-kanak tersebut menangis dek kelakuan kejam pengasuh wanita terbabit.

Tidak cukup dengan itu, ditarik pula tangan bayi tersebut (yang dalam lingkungan kira-kira setahun) dengan kasar dan diangkat oleh wanita terbabit. Tiada langsung tanda-tanda yang pengasuh itu cuba menenang atau memujuk bayi tersebut!

Terdapat sambungan kepada video berkenaan di mana seorang kanak-kanak lelaki juga turut diperlakukan dengan cara kasar. Ia hanya kerana budak lelaki tersebut mencampak mainan dan terkena kakinya.

Pengasuh wanita itu terus mengangkat dan mencampaknya di bilik berasingan sehingga terhentak kepala dan badannya ke lantai!

Tanda-Tanda Anak Kita Didera di Tempat Pengasuh

Sebagai ibu bapa yang bekerja, sememangnya kita tiada pilihan lain. Dengan tuntutan mencari rezeki, kita terpaksa menyerahkan kepercayaan kita kepada tempat-tempat asuhan kanak-kanak untuk menjaga anak kita.

Namun, dengan tularnya video sebegini, kita tidak lagi boleh melepaskan tangan dan mempercayai pusat tersebut 100%.

Video Tular Pengasuh Mencampak Bayi – Para Ibu Sekalian, Jom Ketahui Tanda Anak Kita Didera!

Source: Huffingtonpost.com

Jom ambil langkah proaktif dengan melihat tanda-tanda anak kita didera di tempat pengasuh.

Menurut seorang doktor yang terkenal dengan rawatan homeopati, Dr. Suriyakhatun, terdapat beberapa petunjuk pada anak kita yang boleh dijadikan sebagai isyarat berhati-hati.

Selalunya ia jelas kelihatan sewaktu kita menghantar mereka ke pusat terbabit pada waktu pagi. Malah, tandanya juga boleh dilihat ketika mereka tidur.

Antara tanda anak kita didera adalah seperti berikut:

  • Anak akan menangis dan tidak mahu keluar kereta
  • Muka anak berubah selepas melihat pengasuh
  • Anak tidak mahu dipegang atau didukung oleh pengasuh
  • Sering kencing malam tetapi sebelum ini tabiat kencing malam tidak pernah atau jarang berlaku
  • Anak menggetap gigi
  • Anak menggigit kuku atau bibir
  • Anak menjadi terlalu sensitif di luar kebiasaan
  • Anak berubah menjadi nakal dan mudah marah
  • Terdapat tanda-tanda lebam pada kulit

Tanda-Tanda Lain Anak Kita Mengalami Trauma

Menurut The National Child Traumatic Stress Network, ada beberapa simptom trauma lain yang akan ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak yang mengalami stress. Antaranya adalah:

Video Tular Pengasuh Mencampak Bayi – Para Ibu Sekalian, Jom Ketahui Tanda Anak Kita Didera!

Source: Todaysparent.com

  • Mudah terkejut seperti contoh tersentak badan apabila kita memegang tangan atau kepalanya
  • Takut apabila didekati oleh orang dewasa yang tidak dikenali
  • Takut apabila berjauhan dengan ibu atau bapanya
  • Tiada selera makan
  • Tidur terganggu pada waktu malam
  • Mengigau atau meracau dalam tidur

Apa Langkah Penyelesaian Segera yang Boleh Kita Ambil?

Jika anak anda ada menunjukkan salah satu simptom di atas dan anda mula berasa tidak sedap hati, jangan abaikan perasaan tersebut.

Bertanyalah kepada anak anda. Kanak-kanak sangat jujur dalam menyatakan sesuatu. Jika dia masih belum boleh bercakap, lihat tanda-tanda di atas. Jika ada yang tidak kena, anda boleh melakukan penyiasatan awal bagi mendapatkan kebenaran.

Antara yang boleh anda lakukan adalah melakukan spotcheck atau lawatan mengejut ke pusat asuhan semasa hari kerja. Jangan beritahu kepada pengasuh akan kehadiran anda dan lihatlah sendiri bagaimana pekerja di pusat berkenaan melayan anak anda serta kanak-kanak lain yang berada di situ.

Dengan langkah proaktif yang diambil oleh para ibu serta bapa di pusat terbabit, mudah untuk kita membanteras kes kejam sebegini.

Para pengasuh pasti akan lebih berhati-hati kerana dia tahu gerak gerinya sedang diawasi dan boleh dipantau oleh ibu bapa pada bila-bila masa.

Malah, langkah spotcheck secara berkala oleh ibu bapa juga mungkin lebih berkesan daripada penggunaan CCTV semata-mata. Yelah, video rakaman CCTV kan boleh diedit dan dipadam pada bila-bila masa oleh pihak pusat asuhan atau taska!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Video Tular Pengasuh Mencampak Bayi – Para Ibu Sekalian, Jom Ketahui Tanda Anak Kita Didera!
Kongsikan:
  • Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

    Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

    Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham