"Curfew" Untuk Remaja Keluar Waktu Malam Akan Dipertimbang, Ini 5 Tips Didik Anak Remaja

Masalah sosial melibatkan anak remaja kini amat membimbangkan, apa yang boleh kita lakukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda mempunyai anak yang berusia 18 tahun ke bawah, anda mungkin akan menarik nafas lega dengan undang-undang Malaysia yang dicadangkan baru-baru ini iaitu larangan keluar lewat malam bagi anak remaja.

Tapi kami pasti, selain merencanakan larangan keluar malam untuk mengelakkan aktiviti sosial yang berunsur negatif, anda mesti nak tahu apa lagi tips mendidik anak yang boleh dibuat untuk menjaga batas anak remaja, kan?

Larangan Keluar Malam Bagi Remaja 18 Tahun Ke Bawah

Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mencadangkan curfew atau sekatan keluar rumah pada waktu malam, khususnya buat anak remaja. 

Pihak berkuasa sedang mempertimbangkan kemungkinan menetapkan had masa bagi golongan muda untuk keluar dari rumah tanpa pengawasan orang dewasa, bagi melindungi mereka daripada kegiatan negatif dan pengaruh.

Cadangan Larangan Remaja Keluar Malam Dalam Undang-Undang Malaysia: Malaysia Bukan Negara Pertama

Ini adalah antara perkara yang dibangkit dan dipersetujui di mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pemberantasan Dadah yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Menurutnya lagi, Malaysia bukanlah negara pertama yang memperkenalkan perintah berkurung pada remaja dan kanak-kanak, malah Iceland juga mempunyai larangan yang serupa!

“Kami melihat polisi ini diamalkan oleh Iceland. Ia mungkin tidak mudah dilaksanakan, tetapi kami merasakan ia perlu dan pastinya dapat membantu mencegah golongan muda daripada terlibat dalam kegiatan negatif,” katanya.

Mendidik Anak Remaja Pada Masa Kini Merupakan Satu Cabaran!

Anak kita tidak akan selamanya kecil, mereka akan melalui akil baligh dan melalui perubahan tingkah laku, sikap yang berbeza dan mood yang berubah akibat perubahan hormon.

Tambahan lagi, dunia kini semakin mencabar dengan pelbagai anasir yang boleh mempengaruhi remaja melakukan perkara yang tidak baik.

Apa yang kita boleh lakukan dalam mendidik anak seiring dengan perubahan mood dan zaman masa kini?

Tips Mendidik Anak Remaja #1 Jangan Terlalu Mengongkong

Berikan mereka kebebasan untuk membuat keputusan sendiri. Anak kini bukan anak kecil lagi, mereka sudah boleh berfikir dengan bijak dan mahu membuat keputusan sendiri.

Dengan pengawasan yang minimal, cuba ikut arus mereka dan jangan terlalu mengongkong untuk mengelakkan anda anda memberontak.

Namun pada masa yang sama, ingatkan mereka secara halus yang anda adalah ibu bapa mereka yang wajib dihormati dan jangan melangkaui batas peraturan keluarga yang ditetapkan.

Tips Mendidik Anak Remaja #2 Jadilah Ibu Bapa Yang Berfikiran Terbuka

Jadilah ibu bapa yang berfikiran terbuka, dan tidak melenting secara melulu apabila anak remaja berdepan dengan masalah.

Cuba dekati dengan lembut supaya mereka berasa selamat untuk meluahkan dengan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada masa yang sama, didik mereka tentang bahaya merokok, dadah dan pendidikan seks. Berbicara dengan berhemah tentang isu-isu ini tidak ada salahnya, kerana ia bertujuan untuk mengajar mereka cara sekiranya berdepan dengan masalah dan supaya mereka pandai menjaga diri.

Tips Mendidik Anak Remaja #3 Elakkan Terlalu Mencampuri Urusan Anak

Elakkan dari memaksa anak untuk mengikut anda melakukan aktiviti yang tidak disukainya. Berikan mereka sedikit kebebasan dan jangan terlalu masuk campur dalam kegiatan mereka, selagi tidak melampaui batasan.

Kadangkala, apabila ibu bapa terlalu mencampuri urusan anak, mereka akan kerap berbohong dan menjauhi diri dari anda.

Namun anda sebagai ibu bapa haruslah mengambil tahun dengan siapa anak anda berkawan ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Mendidik Anak #4 Menyiasat Anak Anda Dengan Terlalu Terperinci

Bila anda ingin mengetahui hal yang terjadi dengan anak anda, anda tidak perlu menyoal dengan terlalu terperinci setiap maklumat.

Sebaiknya biar mereka yang mula bercerita, setelah anda memulakan perbualan dengan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketahui had anda sebagai individu dan jangan menceroboh privasi anak, melainkan anda risaukan perubahan pada anak anda. Semak akaun media sosial anak anda secara berkala tetapi jangan terlalu gigih pula!

Tips Mendidik Anak #5 Melakukan Aktiviti Bersama Keluarga

Mulakan dengan menonton wayang atau makan luar bersama-sama keluarga untuk menguatkan hubungan dengan anak.

Mengatur pertemuan begini secara rutin akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan anak-anak juga lebih cenderung untuk lebih terikat dengan keluarga dan menjauhi perkara negatif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa pendapat anda berkenaan larangan keluar malam atau curfew untuk anak remaja ini? Jom berkongsi dengan kami!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman