5 Tips Menggendong Bayi Yang Wajib Diketahui Semua Ibu Bapa

Menggendong bayi terbukti mampu mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Jom baca apa 5 tips penting tentang mengendong bayi yang anda wajib tahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalan menggendong bayi 

Amalan menggendong bayi telah wujud selama berabad-abad dulu.

Ia tak begitu popular sebelum ini tapi sejak kebelakangan ini, pelbagai kemudahan bayi membuatkan amalan mengendong kembali popular.

Kaitan:

18 Peralatan Kanak-Kanak Yang Canggih, Asalnya Untuk Ibu Bapa

Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan melalui penyelidikan mereka tahu menggendong bayi bukan saja memberi faedah kepada mereka malah juga untuk bayi mereka.

Selain memberikan kebebasan untuk melakukan kerja, menggendong bayi anda juga boleh menjadi alat untuk mengukuhkan ikatan antara ibu bapa dengan bayi.

Walaubagaimanapun, oleh sebab begitu banyak pilihan “baby carrier” luar sana, anda pasti keliru nak pilih mana satu yang sesuai untuk si manja anda kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan risau lagi sekarang! Kami di theAsianparent Malaysia akan beri 5 tips menggendong bayi yang penting dan wajib diketahui semua ibu bapa!

5 tips penting untuk menggendong bayi

Ada 5 jenis pilihan baby-carrier yang boleh anda pilih sekarang. Kami akan kongsikan setiap kelebihan dan kekurangan yang dibawa oleh semua alatan mengendong anak ini, ya!

1. Mei Tai

Mei Tai adalah sejenis kain yang berbentuk segi empat tepat dengan 2 tali diikat di sekeliling pinggang dan 2 lagi tali diikat di bahu anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mei tai untuk menggendong anak

Ia tak mempunyai kancing tali pinggang dengan itu menjadikannya alat yang sesuai setiap masa terutamanya jika ia dikongsi di antara beberapa penjaga.

Mei Tai adalah paling senang, kerana ia boleh digunakan untuk menghala bayi ke depan, ke belakang atau dipikul di belakang.

Ia sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 4 bulan hingga ke prasekolah membuatnya sangat ekonomikal jika dibandingkan dengan pembawa bayi lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Wraps

Berbanding baby carrier yang lain, wraps atau balutan adalah cara paling tradisional dan mudah digunakan.

Kain yang digunakan untuk balutan terdapat dalam pelbagai panjang dan jenis; seperti kain kapas, linen, kain berbulu, kain kasa, jersi dan kain lain.

Sesuai untuk bayi baru lahir, ia boleh dilakukan untuk pelbagai posisi seperti menghala ke depan, digendong di bahagian pinggul atau belakang (untuk posisi belakang, ia bergantung pada kain kerana beberapa jenis kain boleh mengendur kerana berat bayi).

Kelembutan kain menjadikan ia sesuai untuk memeluk si manja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, belajar untuk membalut agar sukar pada mulanya. Tapi bila anda mula mengamalkannya, ia akan jadi lebih senang.

3. Ring Slings

Ring sling pada asasnya adalah sekeping kain panjang yang dibalut di seluruh badan anda dan ia selamat diikat atau disemat dengan menggunakan logam atau cincin.

Baby carrier seperti ring slings memudahkan anda untuk pergi berjalan.

Sama seperti Mei Tai dan wraps, ring slings juga boleh diselaraskan untuk memenuhi keinginan pemakai dan ia juga boleh digunakan dalam kedudukan yang berbeza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, pemakai dengan masalah sakit belakang mungkin tak berasa selesa kerana ring slings dipakai hanya pada satu bahu.

4. Pouch Slings

Sling “pouch” adalah ikatan kain yang dipakai di atas bahu anda. Ia seperti ring slings tapi tanpa cincin dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keinginan pemakainya.

Oleh itu, agak sukar untuk berkongsi pouch slings ini di antara penjaga yang berbeza. Ia amat sesuai untuk bayi berusia 4 bulan ke atas dan ia senang diposisikan.

5. Buckle Carriers/Soft Structured Carrier (SSC)

Buckle carrier atau pembawa berstruktur lembut (SSC) adalah versi moden Mei Tai.

Ibu bapa dinasihatkan supaya menggunakan posisi menghala ke hadapan untuk anak baru lahir dan posisi mengendong di belakang apabila bayi anda sudah boleh duduk tanpa bantuan.

Jika anda tak merasa selamat menggunakan wraps, slings atau mei tai, SSC adalah pilihan yang paling tepat untuk anda. 

Tapi, anda mungkin mengambil sedikit masa untuk mencari SSC yang tepat lagi  sesuai dengan anda yang menjanjikan keselesaan.

Adalah lebih baik anda mencuba semua cara menggendong terlebih dalu sebelum mengambil keputusan untuk membeli.

Apa sahaja pembawa bayi yang anda putuskan untuk beli, sentiasa ingat untuk membaca arahan pemasangan dengan teliti. Kedudukan bayi adalah sangat penting terutama bagi anak baru lahir.

Apabila ragu-ragu, lakukan sedikit penyelidikan atau minta pendapat mommies atau ayah lain tentang baby carrier.

Anda juga haruslah berhati hati semasa membeli carrier kerana terdapat banyak produk palsu di pasaran sekarang!

Baca juga:

Tolong! Bayi Saya Ingin Didukung Sepanjang Masa…

Penulis

Michelle Goh