Menjadi suri rumah atau bekerja di pejabat dua-dua ada kelebihannya. Walau apa pun kerjaya yang dipilih oleh ibu-ibu semua, menjaga kecantikan dan kesihatan anda itu pun tetap penting, ya! Sebab itu kami sediakan 5 tips menjaga kecantikan yang mudah ini.
Untuk ibu yang bekerja di pejabat, mungkin anda sudah biasa untuk bersiap cantik-cantik. Tapi, bagaimana pula dengan ibu yang duduk di rumah? Jangan jadikan alasan “duduk di rumah” untuk anda malas menjaga kecantikan dan kesihatan.
Selain menjaga rumah tangga, menjaga kecantikan dan kesihatan diri supaya lebih menarik juga boleh membuat kita sendiri berasa lebih bahagia.
Tapi bagaimana nak menjaga kecantikan kalau pagi-pagi dah busy? Dengan nak urus anak, nak hidangkan sarapan untuk suami, kemas rumah basuh baju. Mana ada masa?
Haa, nak nampak cantik bukan hanya perlu pakai make up sahaja. Di sini kami sediakan 5 tips menjaga kecantikan untuk ibu-ibu semua. Ia tak susah pun! Jom cuba.
5 tips menjaga kecantikan yang mudah saja, ibu boleh curi masa buat!
1. Pakai pelembap wajah
Ini tips menjaga kecantikan dan cara yang paling mudah dan asas yang boleh anda lakukan. Walaupun anda berada seharian di rumah, pelembab wajah wajib digunakan untuk menjaga kulit agar ia tidak kering dan kusam.
Tidak hanya pancaran matahari yang buatkan kulit menjadi kering dan kusam, wap panas di dapur juga boleh membuatkan wajah cepat kering dan lebih cepat mengeluarkan garis-garis halus.
Kadang-kadang bila kita sibuk nak mneguruskan rumah, kita terlupa nak pakai pelembab, kan? Langkah mudah: anda boleh letakkan pelembab di tandas supaya kita sentiasa ingat untuk memakainya selepas mandi.
Tambahan pula, kulit yang agak basah akan menyerap pelembab dengan lebih baik.
2. Mendandan rambut
Selalunya ibu-ibu di rumah mesti hanya main sanggul rambut saja, kan? Kalau ini adalah pilihan harian anda, mungkin sekarang adalah masa untuk anda ke salun bagi mendapatkan potongan yang mudah untuk didandan.
Sekali-sekala memanjakan diri takkan cik abang nak marah. Kalau tak nak lepaskan rambut yang panjang kerana rimas atau panas, anda boleh ikat ponytail atau memakai bandana. Kan lebih stylish?
3. Senaman
Walau bagaimana sibuk pun anda dengan urusan rumah dan anak-anak, jangan lupa untuk meluangkan sedikit masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk bersenam.
Anda tak perlu pergi berlari sejauh 2 km untuk mendapatkan badan yang cergas. Hanya dengan senaman ringan seperti yoga, push-up, squat ataupun skipping pun dah cukup. Ajak anak anda bersenam sekali, kan lebih seronok.
4. Makan buah dan sayur
Bukan si kecil saja yang wajib makan buah dan sayur, anda juga memerlukannya. Kandungan vitamin dan nutrisi pada buah memiliki khasiat untuk mencerahkan kulit wajah dan mencegah timbulnya bintik-bintik hitam yang kerap muncul apabila usia bertambah.
Pilih buah yang mengandungi vitamin C yang tinggi, seperti jambu air, betik, atau strawberi.
Untuk sayur, pilih yang berserat tinggi seperti bayam, brokoli, dan tomato. Serat akan membantu melancarkan sistem pembuangan di dalam tubuh dan secara tidak langsung membuatkan kulit wajah lebih cerah dan bersinar.
5. Memilih pil perancang keluarga yang tepat
Tahukah anda salah satu kelebihan pil perancang keluarga ini adalah ia dapat menjaga kecantikan?
Jadi anda harus memilih pil perancang keluarga yang memiliki kandungan hormon yang rendah dan dapat membantu mengurangkan sakit senggugut supaya sakit itu tidak menggangu kerja seharian.
Kredit gambar: Self.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: